Tuesday, January 28, 2014

Resepi Macaroni And Cheesedale Sheindong Kedondong (Amboi)

Assalamualaikum.

Harini I nak share satu resepi simple yang I buat untuk Shein. Yang I improvise (sebab poyo) dari resepi yang I dapat dari Adik Dyba. (Dia ajar I buat macaroni soup).  Simple sangat. Dah tau simple ada hati nak share la apa la. Memang I poyo. Lempang la I pelisssssssssss. Hahahaha. I guna macaroni. Actually boleh guna jugak spaghetti, penne or apapa pasta yang korang suka. Ok?

I namakan resepi ni as Macaroni and Cheesedale Sheindong Kedondong. (Amboi).

Bahan-Bahan

Bawang merah
Bawang Putih
Macaroni
Unsalter Butter
Olive Oil
Lada Hitam
Cheesedale cheese (2 keping)
Carrot/kentang
Ayam

Cara Membuatnya

Memula masukkan unsalted butter dengan olive oil sampai cair dalam periuk. Pastu tumiskan bawang merah and bawang putih yang dicincang halus sampai wangi and bau harum semerbak. Kalau boleh biar sampai jiran sebelah pon bau. Lagi bagus. Biar dia tau kiter pandai masak. Kahkahkah.

Dah garing skek bebawang segala mala tu, masukkan la sedikit serbuk lada hitam fresh. Jangan bubuh banyak-banyak nanti cirit anak korang, I kena carut tak pasal. Sikit jer. Pastu masukkan la ayam yang dipotong kecik tu sampai air ayam kering (biar tak hanyir) and lepas tu masukkan kentang/carrot. Biasa I akan rebus awal-awal segala mala sayur-sayuran dan pasta sebab nak jimat masa. Senang and cepat siap.

Apapa sayur lain nak letak ikut suka hati awak. Macam nak masukkan broccoli ker, kacang pis ke, tadek sapa nak marah pon.

Pastu dah mesra segala macam Bob Af kata Messssssraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa baru la masukkan pasta. Pastu masukkan boiling water agak-agak la banyak mana. Nak banyak kuah letak lebih. I letak boiling water sebab malas nak tunggu air menggelegak. Pastu udah. Tutup api. Asyik sebut malas jer. Tapaham aku.

Last sekali masukkan la cheesedale cheese tu dua keping. Nak letak jenis lain pon takpe. Boleh study kat internet apa cheese keping yang terpaling bagus untuk baby ok? Pastu siapppppppppppppp!!! Dah boleh ngap! Kalau nak kasik sedap untuk orang dewasa makan, masukkan je la cube ayam. Settle. Bapak Shein pon gembira. Haha.

Shein suka giler makan ni. I tukar-tukar la jugak makanan dia. Semenjak keluar hospistal last time member dah taknak makan nasik. Memang ngada/belagak sangat. Dia tau tak dia tu keturunan Jawa? Yang ngada taknak makan nasik kenapa? (Tapi kalau nasik Heinz nak pulak, yang masak sendiri dekat rumah dia taknak). Nama dah la nak Shein jer. Kekadang I buatkan dia porridge oats campur dengan pisang. Dulu Shein tak suka masam-masam. Sekarang kalau makan puree pear/pisang/strawberry Heinz tu suka pulak dia.

Kelmarin suapkan dia bubur nasik+yogurt+strawberry Heinz pon dia suka. Nanti nak kena buat jugak la untuk dia. Asyik nak makan Heinz je. Sebotol  yang Organic dah RM8.00-RM9.00. Pastu sehari makan 3 kali.  Macam ni lambat lagi la nak dapat pakai Prada. Hahaha.

Senang kan?

Selamat mencoba!


-EnD-


Cecece

6 comments:

eda said...

hahahaha shein vs PRADA !!!

Ayu sukatiakula said...

sedappppnyeee.. senang rupanya nak buat.x penah amik tau pun simple cenggini

adda syuhada said...

mcm dapat rasa jer kesedapan macaroni tu...

NURUL NADIA Jafar said...

kaksu bg shein makan ni mase umur die berape ye?

NURUL NADIA Jafar said...

kaksu bg shein makan ni mase umur die berape ye?

Chooyaya! said...

nurul nadia : kaksu bg bila shein dah setahun sebulan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...