Wednesday, January 22, 2014

Ikan Tilapia Penjahat!

Assalamualaikum..

Mulai harini I declare war dengan ikan tilapia. Taknak kawan dah. Padan muka. Nak lagi bila-bila. (Phrase masa zaman kanak-kanak dulu. Sapa tau angkat tangan!) Haha. Ok. Kisahnya pergaduhan I dengan ikan tilapia ni sebenarnya semalam, I dengan Intan, Ira and Dyba pergi makan dekat Home Town Yong Tau Foo Ampang. Kat situ sedap. Masuk je kedai, Intan cakap dia penah makan Ikan Tilapia sedap. So sebab I ni kepantangan kalau orang kata sedap maka gigih la nak order jugak. Share 4 orang.

Masa sampai ikan tu atas meja I tengok je. Pesal tak sama macam dalam gambar? Dalam gambar nampak macam goreng. Ni aperhal yang lembik semacam ni? Dia kukus lepas tu atas dia, curah dengan sambal. Limau takdak. Kompem hanyir ni. Ikan sungai I memang kurang gemar kalau kukus. Bau hanyir. Kalau stim masam-masam pon siakap je yang I boleh accept. Itu pon perah asam limau namblas juta bijik baru ok..

Kata Intan, kejaaaaap Intan nak amek gambar. Eeerrrm sedapnyaaa. Intan memang suka ni. Lepas tu I cakap pada Dyba, kiter jangan makan. Biar Intan makan sorang. Takyah share. Hahahha. Pastu Intan kata, janganlaaaaa. Intan mana cukup duit (dia manjang takde duit U'Olls. Jangan simpati).

Dek kerana taknak membazir, I makan jugak la. Sebab kang kalo tak makan kena bayar jugak. Habes settle sepinggan nasik tak lama lepas tu perut I dah menggegegak. Actually I memang saiko. Dah kalau I tak suka satu menda tu, I memang boleh merana sepanjang hari.

Sampai je office terus memerut. Tekak dah loya macam orang mengandung. Balik kerja, I berselimut menggigil demam. Shein korek-korek hidung pon I tak layan. Memang restless giler. Sazli kejut suruh makan ubat demam. Lepas tu I sambung tido. Badan memang lembik habes siap mengerang-ngerang tido. Pastu malam tu I mimpi Ikan tilapia satu kolam. Ya Allah ngeri giler. Pastu dalam mimpi tu, I kena paksa makan ikan tu. Sampai termuntah-muntah. Saiko kan?

Jaga-jaga tengok dekat pukul 2am and terus I muntah ikan tilapia sebezen! Eeeuwwww hanyir nak mampos. Aku benci kau! Lepas muntah terjelepok kat lantai. Lega giler but perut still menggelegak. Pastu dah cirit pulak. Haih. Kejam betul penangan  ikan tilapia. Biar la habes semua sisa-sisa dalam perut ni. Memang I dah tak larat dah ni. Dehydrated.

So moral of the story. Number 1. Jangan  percaya dah kalau Intan kata sedap. Siasat dulu. Haha. Number 2. Kalau dah tau tak boleh nak makan ikan sungai (except ikan patin masak tempoyak and siakap stim) jangan peramah-peramah nak cuba. Kau kan tekak ongkampong belagak. Nak ikan salmon je kan? Haha.

Ikan sungai ni kalau salah cara masak dia, memang a bit berbau la. Kekadang ikan sepat masin tu pon I rasa ada macam bau hanyir dia. Taktau nak explen macam mana. I kalau mabok phobia makan memang macam ni. Sampai lembik-lembik badan. Hopefully tak la lama rasa badan macam ni. Sebab I kan athlete. Kena selalu cergas. So arini sebab  tak larat, I cuti. Untuk yang bekerja good luck. Nak sambung tiddddoooooo!!

-eNd-


KAU JAHAT KAU JAHAT KAU JAHAT!




6 comments:

pinky said...

hehehe....kesian sangat u... jgn lupa minum yakult ya... baik untuk org yg kena dehydrated ni....

Anna Dayana said...

kak su mmg tau.. semua salah intan semua intan yg tak betol semua intan yg kejam.. semuanya Intan.. eee benci benci benci benciiiiiii..

intan bayar balik kat kak su 8.00rm ni hari kak su masuk opis. tak payah tunggu hari gaji pun takpe la...

lepas ni jgn makan ikan makan la kangkung.. murah dan sedap..

rina mazlan said...

haha.. baru jumpa ikan talapia belum phirana lagi kott...

ijan said...

Talapia memang jahat kat Su..

Foof poisoning ek.. Take care and get well soon Su..

Kirim salam kat Shein hensem & gebus

Home4health said...

sedapnya talapia masak swee n sour.muahaha..
minum air kelapa sue.penawar poisoning n dehydrated.

chuya - the mother of A's said...

tengah ngantuk, baca ni, pastu ilang ngantuk 3 saat..