Assalamualaikum..
Was thinking to join Kickboxing or Muay Thai Class lately
ni. Memula rasa macam nak carik satu aktiviti sukan indoor and boleh berpeluh
macam orang giler. Now macam trend orang join Zumba tapi I rasa macam tak
berapa minat. (Kecuali kalau Intan and
Kaklong nak join sama tapi dorang kedeks. Haha. Tak boleh imagine nanti macam
mana kitorang gelak kuat-kuat and Kaklong terkepit-kepit tahan kencing sebab ketawa and tak serius time zumba)
And bila ada kawan I upload gambar dia tengah tempeleng
punching bag terus I rasa Hoyeeeahhh bebeh! I nak I nak! Kawan I tu
kata, ada kickboxing class dekat Ampang. Kawan dia ada join kat sana and I rasa
macam why not kan? Lagipon dekat area rumah I jer. Dekat.
Malam tadi I tanya pada Sazli, I cakap. I ingat samada nak
masuk kickboxing class, cycling or belajar main drum and terus dia cakap ‘Bubu
belajar main drum jer la’. Hahahaha. Sabar jer la. Tak mencabar langsung. Yang Cycling tu sebab Si Fiezul la dengan
Abang opis I ni kalau bercerita pasal cycling macam best jer. Dorang join night
ride semua. Mokcik teruja ok? And office I pon ada cycling club. Depa aktif
naik basikal sana sini. I tengok dalam Instagram si Yan Rooney and rasa macam
dia cool giler.
Tapi sebab basikal pon paling busuk RM4,000k maka I rasa
kena la cukupkan duit dulu baru boleh fikir kedepan. Dengan accessories lagi
topi keledar, seluar ada sepan and all. Itu semua cost. Dah acane kalau
netball, volleyball asyik simpanan jer? Hahaha. Baik aku main team yang
sorang-sorang jer. Tadek nak kecik hati ke apa sebab nanti kalau dah beli kasut
harga RM300 pastu molek jer duduk dalam beg and sikit pon tak calar sebab
simpanan kiter jugak yang kecik hati. Haha.
I ada la bagitau Intan and Dyba pasal kickboxing class ni.
Dorang pandang I pastu tak respon pon. Pastu terus bukak topic lain. Kwahaja.
Kalau la ada kawan nak join sekali kan best? Sebab kalau bongok sangat nanti,
tak la I terbongok sorang-sorang. Hahaha.Anyway, sapa yang berminat boleh tengok dekat sini. Tak mahal
pon yuran dia. Tengok ni. Memang affordable.
REGISTRATION FEE: RM 70
PERSONAL TRAINING: RM 70
PER SESSION
WALK-IN: RM 30 PER SESSION
STUDENT RATE (PER MONTH):
4 times : RM 70
8 times : RM 100
12 times : RM 140
16 times : RM 170
ADULT RATE (PER MONTH):
4 times : RM 90
8 times : RM 120
12 times : RM 160
16 times : RM 190
Murah kan? Hurm. Hopefully I akan dapat join kickboxing
class ni anytime soon. Tasabarnyeh! LAGIPON KATA KAWAN I TU, DIA JOIN SEBULAN DIA LOSE 9 KG's! Kata Fiezul, Kaksu join je la kickboxing. Dalam bangunan. Nanti tak panas. Tak la hitam. Kalau cycling nanti hitam, tak cantik dah. Eleh. Macam tau-tau je I bakal menyusahkan dia kalau join dia and team office cycling. Hahaha. Tolong eh? Kaksu athlete ok??
-EnD-
P/s : Tempeleng tu kalau bahasa Jawa, penampar.
Anyonyonyo
9 comments:
AS Salam.
Macam best gak ni sue..
tp rasanya En.Sazli tak bagi join tu cos org suami ni dia sgt pandang hadapan :P cos nak ajaq boxing2 ni kena kangkang koyak, kan.. pas tu environtment masih ramai lelaki.. bilik salin n bilik mandi mestilah tak berapa nak selamat sgt...
buat apa pun kena istiqomah, barulah berkesan.. joggin ja la sue... erobik ka...
Haris Zuhaina : Haaaaaaaa dont worry, yang ni perempuan punya kelas n su nak tumbuk2 jer. taknak sepak2.
OIC.. best tu.. leh lepas geram.. pelekat plk muka hat org kita menci tu ...:P Sue, mungkin klu explain kat En.Sazli in detail dia bg green light kot...
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dia kata ok je bubu. tadek hal. gegegegege
kak suuuuu! kite suke sgt martial arts! ms mude2 dulu join silat olahraga. bile stop, pumpang pumpang kawen seme,teruh jd badak air..huwa.... bestkan kixboxing, tp lg suke muaythai! heeee
di mana ni?? nk join sbb nk pertahan diri dgn keadaan yg sgt teruk skrg 😂
Lokasikelas di mana ? kalau area seremban, nak juga sha join
Hey, i nak tanya ampang area mana ya kickboxing ni?
Apa nama kickboxing ni? Ada detail x?
Post a Comment