Wednesday, January 8, 2014

Perihal Ego

Assalamualaikum

OK.

Sapa pernah berada dalam situasi awkward seperti nampak ada kawan kiter kena sound baek punya dengan the other party. Maksud I dekat sini ialah situasi dimana member kena sound dengan agak harsh and kawan kiter tu dah tak boleh nak bela diri and pihak lagi satu tu kemain la naik hantu sampai tanya soalan poyo seperti, ‘Who do u think u are?’ or ‘Don’t you know who I am?’ or something belagak macamkan Malaysia ni dia yang punya. Pui!

Apa yang anda akan lakukan masa tu? Dengar sambil menitis air liur or bela your friend ni or buat bodoh?

Ok. If its happen to me, apa yang I akan buat ialah samaada masuk campur kalau pihak satu tu lagi biadap ya amat sampai nak naik tangan and bukak silat gayung and ready to pukul OR kalau dia poyo jer, marah lite-lite I akan buat bodoh and teruskan activity and act like nothing happen sebab biasanya ego orang yang sesuka hati nak marah orang lain depan orang ramai ni tinggi. Dia rasa macam dia hebat sampai tak fikir maruah and perasaan orang lain so IF ada orang lain yang dengar maka dia berasa hebat and at the same time dia nak orang lain tau yang jangan main-main dengan wa aaaaaaaaaaa. Wa tailong bunuh orang punya. Sebab tu elok kalau kiter buat tak dengar. 

Abang Jebaaaaaaaaaaaaatttttttt !!  Eh. Tetiba. Haha. Sapa tengok Bukan Kerana Aku Tak CInta angkat tangan. Hahaha

 Abang jebaaaat. Nak hug!

Ok. Sambung
 
Bagi I kan? If la nak marah macam mana pon, jangan la sampai menjatuhkan maruah orang lain. Buat lex sudah la. Kalau betul tak puas hati and ada konek (for guy), cuba panggil mana-mana orang yang kiter tak puas hati tu and cakap elok-elok. Biar jangan ada orang lain sebab kalau ada orang nampak kan dah menjatuhkan maruah dia nanti? Malu la dia. 

Cuba panggil tempat jauh sikit. Tarik nafas. Genggam tangan. Istifar banyak-banyak. Renung mata dia and cakap molek-molek apa yang tak kena. Apa yang tak puas hati. Kalau dia muslim, bagi salam. Cuba bertoleransi skek. Tegur molek-molek. Itu lebih bagus. Dari meroyan tak tentu hala.  Kan?

Sebab kiter ingat, hari ni kalau kiter malukan sesiapa, esok lusa jangan pelik kalau ada orang lain pulak malukan kiter. Apa yang kiter dapat by tunjuk hebat? Respek dari orang lain, memang takder la. Kaya, kedudukan, pangkat, nama bukan boleh bawak mati. Tu semua pinjaman sementara jer dari Allah. 

I pon kekadang ada la jugak macam nak terbelagak poyo cambagus .Especially kalau pergi mana-mana restoran yang cashier, waiter/waitress yang suka buat muka poyo belagak nak mampos time serve kiter. Letak makanan hempas-hempas. Ewah ewah engkau. Yang tu memang I tak boleh nak tolerate but untuk tahun 2014 ni I nak gunakan cara menegur dengan lebih berhemah.

Instead of ‘Macam ni ke cara U attend your customer? Tak senyum. Kasar semacam’ I akan cakap ‘Dik, kalau senyum dan mesra sikit kan bagus?’ Sambil senyum. 

Itu la tu Ira. Yang ni Kaksu nak tengok berjaya ker tak. Hahaha.

Tata!

-EnD-

4 comments:

Unknown said...

kalau kes severe sampai berpencak silat saya interfere jugak.. at least tanya.. "kenapa ni". then dengar explanation dari dua belah pihak.. bukan nak jadi judge.. just nak supaya both side faham isunya kat situ.. kadang2 salah paham biasa je..

saya jarang makan kat kedai makan sendiri..kalau kes pelayan poyo gitu mesti husband saya yg sound dulu..tapi dia sound mmg pedas gila lah..

Anonymous said...

bab meroyan dan sesuka hati nak menghembus org tgh org ramai.. it's happened to me..always. and my teammate also. kesian kami. huhuh

Kengkadang ada gak nak bukak silat payung gayung cekak musang bagai, Tp...utk org yg mcm tu??? Tak baloi.Buat gelak jela mcm nothing happened walaupun telinga dah panas tebakar. Tak nampak asap pasal pakai tudung.

last2 kan sekarang org yg dok memekik tu jugak yg hidup x pernah tenang. kita ni lek2 je. Kesian tgk life dia skrg.

Eh, panjang nye komen. baik tulis kat blog sendiri je suruh kak su baca.

hahahahah

VenusVenus said...

maksu, entry aku mana?

eda said...

kasu kalau kes terbalek ?
kita lak kene hamuk garuda smpai silat pecak tp kwn kita wut dunno je amacam ???

kait dgn ego gak tak ? hehehe ...