Thursday, January 9, 2014

Mira Yang Cantik Dan Levain

Assalamualaikum

Hari Rabu lepas, **Mira yang cantik ada bawak I makan dekat satu restoran hebat ni. Nama dia Levain Boulangerie & Patisserie (Amboi). Restoran ni dekat Jalan Delima, KL. Mira sesuka suki je kata dekat Jalan Ampang. Kalau nak tau dekat mana, if datang dari Jalan Ampang, akan lalu Prince Court Hospital kan? Restaurant ni yang simpang nak masuk Pavilion tu, pastu simpang kiri pertama, masuk situ pastu dia ada dekat sebelah kanan nanti, dapat imagine tak? Kalau tak dapat imagine google map je dah.  Tak payah nak kerut-kerut kening ke apa. Aku pon bukan main besungguh explen. Haha.

I suka giler la dekat sini sebab konsep dia ala-ala Western Italian (ongkampong tak sedar diri macam ni la, nak suka yang western jer). Teringat time minum cappuccino kat Sorento dulu. Sambil tengok pokok limau tepi jalan and sejuk gigil-gigil. Bestnya! Tapi kat sini jangan la tanya ada pokok limau ke tak, aku tampar kang.

Untuk yang ketama kali datang sini or ada plan nak datang sini meh I ajar skek cara dia macam mana supaya kiter takpayah nak terbongok-bongok ke apa. Ok? Yang penting, muka kena confident. Konsep taktau tapi muka confident ni memang help me a lot. Hahaha.

Memula sampai, carik meja dulu. Kalau datang time cuti memang orang ramai la skek. So, jangan terus beratur amek makanan ke apa. Nanti nak makan lepas tu tade tempat terus bersila dekat lantai tak ok jugak kan? Malu kat oghang. Baju dah Ralph Laurent tapi bersila pulak. Haha.

Memula carik meja. Bila dah ada meja. Letak tanda ‘vacant’ dekat atas meja so takyah la kau amek makanan dulu, aku tunggu jaga meja sebab kalau macam ni nanti orang yang nak belanja makan boleh melarikan diri. Hahah. Tak la. Gurau jer. Ok. Kalau dah letak tanda tu atas meja, so orang lain tak amek dah tempat itu. Kau selamat Cik Senah!

Pastu kalau rasa nak makan roti, boleh terus pergi kaunter roti. Memang ada banyak nak mampos and semua fresh from oven roti dia. Memang  sedap. Amek roti yang mana nak. Pastu kalau nak panaskan, boleh panaskan or kalau taknak boleh terus pergi cashier.

Ok. Lepas tu kalau nak makan roti je suka hati kat kau la tapi kalau nak makan menda lain, boleh tengok menu kat situ. Nak makan apa, air apa, dessert apa or apapa la yang nak, kena bagitau kat situ and bayar terus. Pastu bagitau number meja sekali. Sebab nanti dorang akan hantar air kat meja. Kena ingat number meja. Macam I haritu buat lawak tak ingat number, pergi patah balik kemeja. Hangen jer orang belakang. Lantak ah. Masa ni konsep muka confident tapi taktau sangat tak membantu. Haha.

Pastu bayar. Udah. Siap. Later dia akan hantar apa yang kiter order tu. Sudu, air sejuk, tissue, semuaaaaaaa amek sendiri kat kaunter dessert. Ni memang konsep layan diri. I makan spaghetti dekat sini. Olio seafood. Memang sedap. Dessert dia pon sedap. Macaroon sedap, pavlova sedap. Semua la sedap. Harga dia affordable. Roti semua tu ada je yang 2 3 hengget and  main course dalam RM15++ over. Depends on apa yang kiter nak makan.

Restoran ni bukak dari 7am hingga 9pm everyday.  Kalau nak datang bawak GF ke BF ke pon boleh. Cuma kalau peak hours ada la hingaq and sebok skek. Tapi tadek hal la. Janji makan sedap. Aritu I bawak Shein sekali, molek je tido lama. Dah nak makan dessert baru dia jaga. Bagus kau nak. Paham pada Mama yang tengah bizi nak makan ni. 

Overall I bagi 4 bintang. Nak parking la ada susah sikit. If tadek ramai orang takper. Pastu valet parking murah je Diknon. RM2.00 jer. Haha. Giler murah vallet. Take note eh, kat sini memang very limited space for parking, tu jer yang tak best.

Untuk Elly, Filla & Peej apa lagi. Kasik serang la restoran ni. Nkorang sure suka. Pastu boleh la fefeeling Breakfast at Tiffany. Konsep muka confident tu jangan lupa praktik ok?

Sekian, terima kasih. Bon appetit!




Pavlova kapit. Cuma RM8++ jer U'Olls. Kata Dyba, dah macam sipot vavi. Haha. Buah dia letak 3 ketul je MEMANG LA MURAH. Kalau nak lagi sedap makan, tapau bawak balik pastu beli la sendiri strawberry kat rumah. Sebab adalah dimaklumkan pavlova ni manis tahap kencing manis. Kalau tak balance dengan buah yang masam memang pengsan arrr.


Yang ni I punya. Spaghetti Olio Seafood. Sedap! Sebab ada rasa dia. Biasa kekadang kalau Olio rasa makan spaghetti dengan olive oil and chili flakes jer. Yang Mira makan Spaghetti Meatball tapi apa bongok entah tak boleh nak masukkan. Lantak.


Macaroon gemok sesuai dengan harga. Ada banyak jenis. 


OMG Mira dah la cantik, putih pulak tu. Mira sekarang dah tak Dayang Senandung dah. Tahniah Mira. Biasa kalau orang nak kawen memang muka berseri-seri. Lagi kalau selalu belanja makan, lagilah cantik berseri. Haha.


Kepada Mira, sorry la lambat up entry ni. Sebok komen bila kisah dia nak masuk. Haha. Blog ni apa menda entah tak boleh nak masukkan gambar. Dua hari dah I pending. Kalau nak tau macam mana rupa restoran ni google la sendirik eh? Jangan malas-malas but I memang highly rekemen. Dengar cakap I. PERGI. OK?

-EnD-

4 comments:

aisha said...

hahah.. sekangkang kera (errr 2 kangkang la kot pasai if jalan kaki, basah gak ketiak).. mmg best pun.. tapi meroyan kot tgk roti dia... harum je..

tp bab parking mmg sengsara.. and if sape dtg naik keta pastu tgk parking penuh, pastu jalan ke depan konon nak buat u-turn, jangan masuk u-turn kat dlm ada restoran jepun tu.. nanti kena marah dek joki dia..
amik space skit nak undur pun tak leh kay...

beta kupu said...

kak su sbnrnya nak tulis elly kan bkn ella kan? nnt ngamuk plak ahkak elly sbb salah eja...haha

Nur Alya said...

Kalau pasal makanan,semua sedap bagi Su.yg tengah baca pun boleh meleleh air liur kat meja.
Mira ni ex colleague Su kann..
makin lawa dia...

Haris Zuhaina said...

As Salam...
Sue ni klu crita bab makan, mmg bt kami terliuq.. Hulu Selangoq ni jenuh nak kayuh mencari semua tu.. adoih...
tp lawak lah baca:ketama kali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...