Tuesday, February 4, 2014

Sakae San and Shein

Assalanmualaikum.

Dah lama cuti, pagi ni nak kerja macam ada lemau sikit. M A L A S giler nak kerja. Dengar cerita, cikgu-cikgi dekat Johor cuti lagi harini. Melampau kan cuti lama-lama? Tapi sebab dorang kena kerja hari Ahad, so takpe. Tak jadik nak dengki. Haha. Orang hari Ahad tengok Melodi, dorang kena duduk sekolah lagi. Nenenene.

Ok. Thank you bebanyak pada semua yang komen dalam previous entry pasal Nappy-Rash tu. Harini I tengok  vontot Shein ada banyak sangat kurang and improve a lot la. Dia berry pon dah tadek angkat-angkat kaki or nanges time basuh maknanya dia dah tak sakit sangat except for kalau nampak dedua cream tu nanti dia akan nanges la. Mangkali sebab phobia. Mak takot tengok Ikan Tilapia, anak takot tengok krim vontot. Elok sangat la tu.

Pada semua emak-emak diluar sana, ni I nak pesan. If anak anda dapat Nappy-Rash yang tahap macam Shein yang merah berair tu. Makesure pakai Zaricort dulu ok? Bila dah kering, dah tinggal parut-parut ayam and tak berair dah, baru la boleh apply Sudocrem tu. Itu pon lapisan nipis and sehari sekali jer. Tak boleh tengah berair luka tu dah letak Sudocrem. Kiter akan rasa excited la (macam I) Sebab bila letak Sudocrem tu lekas je kering tapi kata Dr. A, tak ok. Not good bebeh.

And makesure kalau nak sapu tu, jangan letak macam tepek bedak sejuk. Konon lagi tebal letak, lagi hebat la. No. Kenot. Letak lapisan nipis je. Kalau each time kiter tukar diapers anak and nampak ada kesan cream putih tu, maknanya kiter dah letak lebih. Apply hanya lapisan nipis je ok? Sebab kulit baby kan nipis and sensitive lagi. If terlebih letak pon actually not so good for their skin. Ok?

Ok. Cukup sudah membincangkan tentang vontot Shein. Haha. Kiter layan gambar Sakae-San la eh? Dah lapanblas tahun dah rasanya tak makan ni. It’s a salmon pizza yang base dia rangup. Pastu sapu dengan tomato paste. Letak tumbuh-tumbuhan atas tu and salmon carpacio. Ada fish-roe, mayo and wasabi on top. Samadengan PENGSAN. Go get urself one dekat Souled-Out. Ada dekat Jalan Ampang sebijik and dekat Hartamas sebijik. After 3pm baru ada. Kang kalau datang time lunch tadek, jangan salahkan I pulak. Ni aku dah bagitau ni.

Sekian cerita.

-EnD-

 MENGGILA SEDAPNYA


Dekat GE Mall. Tempat terpaling favorite.

2 comments:

Ann said...

suke pergi GE mall sebab relax...tmpt mkn pun sedap2..

bsr dah shein omel

eda said...

hoiii jejes ailio hoiii ...

kasu pegi la hotel kat shah alam mcm kita discuss tu hahhaha ..

g la ajak intan .. dia sure nak punye .. suh dia blanja ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...