Wednesday, February 5, 2014

Intan Punya Beza Dulu Dan Sekarang Dengan Safi Rania Gold. Hebat!

Assalamualaikum.

Lately ni ada ramai pulak peminat Intan Dayana (cecece) yang tanya dekat I apa produk kecantikan yang dia pakai sampai semakin berseri-seri  macam seri pengantin ohoooooo hoi!  Sebab dah banyak sangat permintaan, so today Intan bagi permission untuk I share sama-sama dengan nkorang pasal apa yang membuat dia bertukar dari Dayang Senandung ke Snow White. Poyo jugak Intan ni kadang-kadang. Bagi permission la, apa la. I tengokkan ajer perangai dia ni.

Sebenarnya kitorang pon kalau tengok gambar lama nanti mesti ketawa. Intaaaaaaaaaaaan kenapa Intan terlalu hitam dulu? Hahaha. Sekarang Intan dah putih! Lekas bagitau Intan pakai apa. Jangan nak cantik sorang-sorang.  Si Ira dengan Dyba gelak kuat-kuat tengok gambar lama. Macam kesian sangat dekat Intan. Kenapa yang sampai jadik macam tu Intan? Intan main panas ke? Ni I yang tanya. Pastu kata Intan, Kaksu Ingat Intan ni budak-budak ke yang tanya Intan main panas ke tak? Hahaha.

Ok. Kata Intan, dia pakai satu set Safi Rania Gold. Tapi memang makan masa la. Tadek la pakai harini, seminggu dah nampak kesan. Dia pakai konsisten berset-set and lama-lama dalam 2 3 4 5 6 bulan baru la nampak kulit dia memang cerah macam sekarang. Infact lagi cerah dari I kot? Cis! Kata Intan setahun dia pakai. Lepas setahun, dia ada la pakai Tabita untuk 3 bulan. Lepas tu dia rasa macam kulit dia menipis macam kulit bawang and now dia continue pakai Safi Balqis pulak.

Safi Balqis tu sama macam I la. Memang I pon pakai pencuci muka dengan krim Safi je. Pelembap pulak, mana sempat jer. Kekadang I pakai jer lotion Johsnon kaler pink tu or kalau naseb baik ada mood, I beli pelembap Safi Balqis tu jugak. Golonga marhaen memang cenggini la. Pakai produk kecantikan yang murah-murah jer. Eh? Tadi nak citer pasal Intan kan? Haha.

Ok. Back to Intan. So now, dia memang guna Safi Balqis je. Tadek produk lain. And dia amek Vitamin C Shaklee. Sooooooooo mana-mana yang jual Shaklee, apa lagi? Promote la U Olls punya produk kat sini.

But actually in depends on kulit orang jugak. Ada yang dah lapan tahun pakai Safi Rania Gold tapi macam tu jugak pon kulit. Yang jenis serasi dia akan jadik cerah la.

Pastu kalau sapa yang pakai Safi Rania Gold and muka tadek apapa perubahan jangan marah I eh? Pergi marah Intan. Haha. Ok. Untuk semua diucapkan Selamat Berjaya! Pesan I, nak menjaga kecantikan muka and nak kulit cantik bukan la dalam sekelip mata tapi kena la konsisten. Kecuali kalau duit ada lapan juta, boleh pergi buat Plastic Surgery terus. Kbye.


-EnD-

DULU


 Bukan kerana main panas kan Intan?

 Mati Kaksu ketawa tengok gambar ni Ira. Macam kesian sangat kan? Hahahha
INTAN MACAM ORIGINAL PEOPLE DAH NI


Malam ni kitorang main mekap-mekap dalam bilik. Kemain. Haha. Aku la Mak andam. Tengok bawah mata Mas tu. Kuning! Hahahaha. Intan macam Beyonce U Olls!


Intan. Sebelum menggunakan Safia Rania Gold. Haha. Kemain caption. Tak menahan.


Kesian sangat. Yang sebelah tu boleh tahan gemok. Ni gambar 2009 eh? Jangan carik pasal.

SEKARANG


Semua bukan guna Camera 360 (Ni Intan suruh tulis)


Intan solo lagi. Saja nak bagitau. 


Wow!


See the different? Hebat kan? Intan bukan lagi Dayang Senandung. Call me. 012-91840** untuk berkenalan. Hahaha.

19 comments:

alia said...

Ok la tu..hehe.. dayang senandung tukar jdi snow white..btw..lia plak guna sabun tia ..dulu gelap..now cerah la sikit..huhuhu..

Anna Dayana said...

kak suuu...Ececece.. buat teperanjat pulak. padahal kak su dah minta permission nak tulis dalam blog..

Ya Allah.. hitamnye aku.. patot la kalau kua jalan ngn kak su, org tak pandang aku.. rupanya kusam, hitam mcm kulit manggis, lebam dan tak bermaya.. TAPI! kini tidak lagi..

Ekceli, amik masa juga nak jadi putih berseri2 ni walaupun tak de calon. setahun pakai Safi Rania Gold tu, kalau tak serasi mmg naik jerawat banyak berkepol2 kat muka nak menepeknye pon.. lps setahun tu ada perubahan sikit kt wajah intan.. maknanye serasi la katanye.. lps Safi Rania intan guna Tabitha. Tabitha ok tapi kos mahal, 3 bulan pakai. masa sebulan pakai tu muka da naik mengelupas .. so continue lagi nampak la perubahan ketara.. sbb mahal tak sanggup (satu set almost 400rm) i pakai pulak Safi Balqis.. Alhamdulillah muka pun ok. shaklee tu pun membantu tau.. vitamic C katanye..

selamat memcuba kawan kawan.. tapi tak cantik jgn marah intan, marah kat cik Ta.. eh Ziana.. eh siapa eh duta produk Safi Rania yg baru.. hehehe

Unknown said...

Memang kelain la intan dulu dan sekarang. Ewahh.. Nanti intan nak guna testimoni vitamin c shaklee tu yeww.. Tq intan.. I lap uuu... Eh, utk kaksu jgkkk...

Unknown said...

sori ya su..saya just share pendapat saya..

tengok pada gambar intan yg dulu dengan sekarang..saya rasa kulit intan dulu masalahnya adalah kusam. maybe sbb penjagaan muka tak konsisten atau penggunaan skin care product yg kurang sesuai.. saya tak pasti product mana satu.. tapi punca kecerahan intan adalah.. product tu dah berjaya bantu intan untuk percepatkan pertumbuhan sel kulit baru dan buang kulit lama.. dan lagi, tone kulit pun jadi sekata..thats why nampak cerah berseri..

anyway.. mmg bagus konsisten dgn satu product.. at least 6 bulan++ kalau nak tengok kesan.. sbb cell turnover lebih kurang 3-4 minggu kalau tak silap..so bila dah konsisten guna.. product yg guna tu dah mula serap masuk ke lapisan kulit terdalam..

tapi saya pun tak recommend product yg jenis harsh exfoliation mcm tabita..mmg boleh nipis kulit.. still.. terpulang pada individu.. hehe..

eda said...

bravooooo intannn !!!!
intan mmg cunn pun .. sory kasu hahaha

Unknown said...

hai...su...saya jual shaklee.....hahahaha....

FadMN said...

yeay.shaklee mmg best.contact i ok kalau nak beli.i pengguna & penjual tegar shaklee..hehe..

fad 019 4545 482.

http://cinta-caramel-latte.blogspot.com/

CPI said...

Hahahahhah intannnnnnn! Nana nak tiru intan.. nana la msg kak sue kat fb tuewww

Hani said...
This comment has been removed by the author.
Hani said...

Intan ni memang comel. bubbly girl. mata dia bulat.

Anna Dayana said...

alahai..terharunya... terima kasih atas pujian kawan kawan

apa la cantik tapi takde bf.. huhuhu... apa pun tak boleh..

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Kalau sykt safi rania tbaca ni terus promot kak intan ni jd duta tukar che ta.. hehe. Masa tu kaksu boleh mtk royalti sb tlg tuliskan cite ni

Unknown said...

Mmg vita c shaklee mencerahkan kulit...sy pun akui..sbb sy jg pengguna...bkn stakat wajah shj...

Unknown said...

Mmg vita c shaklee mencerahkan kulit..bukan setakat muka...sy akui...sbb sy juga pernah guna..

sue (mrsatiewan) said...

wow...sangat cantik
jom ke blog saya

sue (mrsatiewan) said...

wow..cantik

jom ke blog saya..

Cikgu Ije said...

Jauh beza intan dulu dan sekarang! Bravo!

Memang diakui konsisten ambil Vitamin C Shaklee akan jadi semakin cerah.
Consume sejak 2011, sampai sekarang masih setia. 1 botol tahan 6 bulan. Berbaloi.

Nak cuba? Klik VitaminSuci.

Nur Fannun said...

wow..blh jd model before & after...hahaha..
nmpk keberkesanannya tp mkn masa jugak ye

Unknown said...

lepas pakai beauty cream dia, u pakai power lagi x?