Thursday, January 30, 2014

Apa nak buat kalau baby kena Nappy-Rash?

Assalamualaikum.

Semalam sampai jer rumah, tengok-tengok Shein kena nappy rash yang teruk giler. I sebak kot tengok Shein nanges sampai ketar-ketar gigil kaki. Sebut Mama Mama Nak uweeet. Eh tak. Sebut Mamaaa Mamaaaa Abahhh Paaapaaa semua la sebut. Pastu dia angkat-angkat kaki dia and sampai sedu-sedu nanges. Melecet dia tu I tengok sampai ada nampak putih at one part. Macam kulit dia dah tercabut. All over at the be-bird, pelipat lelemak babat Shein (sebab dia gemok) and jugak vontot dia. Menyeluruh. Habes merah. Menang teruk giler. Kenot put into words.

Masa nak lap kering and nak letak ubat, I sendiri rasa macam tak sanggup bila tersentuh kat red area nanti dia meraung. Sazli lagi la. Memang tak sanggup nak tengok terus keluar dari bilik. Sampai demam la member harini sebab terkejut. Malam tadi sampai ngigau-ngigau dia tido. Haih. Risaukan anak punya pasal.

Cara Shein tu, we know yang dia sakit. Baby macam tu, mana la dia reti nak belakon sakit kan? Kalau nanges macam tu memang sebab sakit la tu. Bukan sebab dia nak henbeg Prada (contoh jer ni).

I rasa a bit frust dengan Nanny Shein masa dia explen through phone. Dia kata dia mandikan Shein pagi and pukul 2 dia tukar pampers Shein sebab Shein berak and dia tak perasan yang Shein ada nappy rash tu. Macam mana eh boleh tak perasan? Sedangkan mesti Shein meraung dah kot time dia mandikan petang tu pulak (if la dia tak perasan yang pukul 2 tu). Patut la masa Baba and Maktok ambik Shein, Shein memang muka tahan sakit and muka teruk menangis. (Time tu baru siap mandi).

I pelik. Pelik sebab kenapa ada manusia yang tak boleh fikir logik. Dah nampak Shein macam tu, call la I. tanya nak buat macam mana. Bukan la I nak jadik fussy parents tapi they should know what to do. I tak marah pada owner nursery because she’s a good person and a good friend of mine. Tapi I bengang dekat nanny yang handle Shein that time. Nak marah pon tak guna. Things happened and I takot pulak lepas ni kalau dia menganak-tirikan Shein dekat nursery lepas kena tegur dengan I. We never know kan? Bagi I, hantar anak dekat nursery ni memang gamble jer. I tawakkal jer. Doa biar la Shein molek-molek jer dekat sana.

I buat full payment every month. Dalam seminggu I hantar Shein Isnin half day, and Rabu full day. Itu sahaja. Masa lain, Baba and Maktok yang jaga. Dekat sini, I tadek la berkira pasal payment ker apa. Duit boleh carik. Kalau orang jaga anak kiter dengan baik, tak kisah la berapa amount yang kena keluar every month asalkan puas hati and we know that our child selamat.

So, pagi tadi I bawak Shein jumpa Dr. Adrian. Kata dia memang kena nappy rash sebab lambat tukar pampers. Why Mommy letak Shein dekat nursery? (Dah tu nak letak Shein kat klinik ke macam mana? Haha) U know this thing always happened at nursery. Accident and something like this. Bebel bebel bebel. U call them and cakap Doktor bagitau Shein sensitive skin. Kena extra care and alert kencing/berak dia. Ok. Baiklah Incik. Tolong jangan marahkan saya insan yang hina.

Dia bekalkan dengan these two cream. It’s a Zaricort yang sapu pada red area 4 times/day for one week. Bila dah ok, after mandi letak this Sudocream pulak untuk elak dari Shein kena nappy rash lagi. Always cuci kawasan yang nak letak tu bersih-bersih and makesure kering and barulah letak ubat.

Harini Shein dekat rumah Baba and Maktok. I call tadi Bapak kata bagus cream ni, improve a lot. Alhamdulillah…

Pada semua yang komen dekat FB yang I meroyan about this and yang suggest cara-cara macam mana nak ubat tu (U know who U are) Thank you very such! Eh. Very much! Thanks sebab concern pasal Shein. Terharu Mak noks. Meh la group hug ke apa,

Gini la emak-emak. Kekadang tengok anak orang sakit, naluri keibuan kiter ni sikit sebanyak akan tersentuh jugak. Itu la orang kata Motherhood. Tak kenal pon kau ni siapa but sebab kiter ni IBU maka kiter faham akan perasan masing-masing. Tak gitu Cik Salmah?

Okla. Tu jer nak mengadu.

Untuk semua diucapkan selamat bercuti. Dengan kata-kata, kalau makan sedap-sedap tu, ingatlah dinda disini. Kbye. Assalamualaikum. (Tak jawab dosa)


-EnD-


Terpaling bagus kata CT. Suggest by Dr. Musa paed favorite dia.

Zaricort

7 comments:

Janna said...

Hi,i silent reader...Cube try baby bottom balm jenama earth mama angle baby.kt onebabyworld ade jual.sgt brkesan utk ank i yg sebaya shein.jrg sgt kena nappy rash sbb slalu sapu balm ni tiap kali tukar lampin n klu kena rash pon kejap je ok bile sapu balm ni.hrtu kene cirit birit smgu yg satu hr lebih 10x kot cirit,tp bon2 ok je x melecet pon.try la...

Unknown said...

hye kak sue,
dapat ilmu baru..tq :)

Unknown said...

hye kak sue,
dapat ilmu baru for my baby :)

ZuNas77 said...

Hi..I silent reader ni first time comment sbb tajuk anak sakit biasalah motherhood kn..hehe..and u were right about nursery. Diaorg carelesss sket la bab nak tukar pampers ni.diaorg tak perasan sbb tukar pampers asal tukar je.tkde la belek ke apa.if bdk2 nangis maybe diaorg igt sbb bdk lapar ke apa.anak I 4 semua membesar kat nursery.semua ada experience mcm ni.kadang2 taik bdk sampai kering baru sempat basuh (kantoi sbb lapisan najis yg kering tkleh tanggal)..tp again, this is minor issue..kita harap and doa je anak2 kita di lindunganNya. ..nak harap diaorg teliti, , careful and beratkan hygiene mmg susah sgt2. .bertabahlah yer..

ZuNas77 said...

Salam, silent reader..tp baru nak comment atas semangat motherhood. .hehe..bertabahlah if hantar anak2 kat nursery..I empat anak membesar kat nursery. .dah lali dgn benda2 ni..kadang sampai najis kering lambat cuci (kantoi bila ada lapisan najis kat kulit takleh tanggal)..tp benda ni minor issue. .InsyaAllah. .selagi anak2 tak didera..tak di zalimi, kita doa yg baik2 aje k..mmg sedih tgk anak sakit mcm ni...but nak buat org paham situation kita and jaga ikut logic mmg susah sket..bertabahlah yer..

chuya - the mother of A's said...

Yep ni yg sy tulis kat.komen ari tu.. angel balm sangat best.. even kalau sy kena gigit semut ke sgt bagus inshaallah.. pstt kdg2 jerawat pun mak tepek jugak aha

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue.
Zaricort pnh try.. mmg ssgt2 serasi.. pas ni Sue mmg kena pantau stok diapers Shein...
Baby yg jenih bobot ni mmg senang nak kena ruam lampin... Sabaq na...:)