Assalamualaikum.
I don’t know why, tapi kehilangan
MH370 macam close to my heart. Walaupon takde sesiapa dalam flight tu I kenal,
tapi I rasa sedih. Who doesn't kan? Semua orang akan sedih and tertanya-tanya.
Buntu. Yang bertanya pon buntu, yang menjawab pon buntu.
Sehebat-hebat equipment seluruh
dunia ni, yang peliknya takde satu pon dapat kesan mana hilangnya pesawat ni.
Vanish macam tu jer. Pelik kan? And I, each time duduk depan tv, hati
berdebar-debar. Taktau nak cakap macam mana. Like I said earlier, it is close
to my heart.
At the same time, bila keluar
komen bodoh cakap Kapten MH370 ni sengaja la buat onar, pasal twitter fake
segala and pelbagai pendapat kurang bijak dari keyboard warrior buat I
terfikir, kenapa ada manusia macam ni dalam dunia ni? Tak boleh ker berfikir
dengan apa yang dia tulis tu boleh mengguris hati sanak saudara krew dan
penumpang MH370? Lantoi la. Geram pulak aku.
Pagi tadi, I tengok MHI. I dengar
temubual dengan Kapten Norudin Abdul Majid. Bekas kapten MAS yang secara
personal kenal dengan Kapten yang bawak MH370 tu. Dia ni memang berkaliber la.
I dengar dia cakap, meremang bulu roma.
Okla. I share dekat sini apa yang
I mampu dari apa yang I dengar dalam Youtube isi temuramah dengan Kapten
Norudin ni. Mana yang sempat I tangkap and maybe takkan sama 100% tapi tak lari
sangat la. Maafkan I kalau ada yang tersilap ke apa. Naik sengal belakang aku
dok play pause play pause sambil taip ni ha. Ok.
Kapten Norudin adalah diantara Individu
pertama yang membawa pulang MH777 ke Malaysia.
Apa persepsi pertama beliau tentang MH370.
Pesawat adalah satu machine yang
sangat canggih yang mana dia ada kepakaran dan keupayaan dia mengatasi
segala-gala atas apa yang dicipta dan kapalterbang Boeing 777 adalah pesawat
yang terbaik yang dibina oleh Boeing. Mengikut apa yang telah berlaku,
technologically tiada masalah pesawat ini. Secara sabotaj tidak timbul. Secara
apapa yang lain itu hanyalah keluhan hati yang keluar dari masyarakat dunia
apabila segala usaha yang telah dibuat tapi masih belum jumpa. Bukan usaha
satu-satu individu, satu kumpulan tapi negara yang disegani pon sekarang dengan
Malaysia masih membawa keadaan tragedy dalam fenomena yang tiada jawapan.
Kenapa dengan segala teori tu masih gagal dikesan?
Alhamdulillah, dalam pesawat ini
ada ELT (Emergency Located Transmitter). Dia ada at least 48 jam akan bagitau
semua equipment yang boleh detect dia (Plane) awam atau military. Dia akan
bagitau dia ada di mana ketika ini. Dan kotak hitam tidak akan musnah. Dalam
insiden dulu dapat dikesan pesawat TWA800, Egypt Air, Air France di Atlantik
dapat diselesaikan dalam masa hanya selepas 12 jam dan dilaut yang sedalam-dalamnnya.
Di Atlantik. Tapi kita sehingga hari ke 4 tidak dapat jawapan. Apa yang kita
perlu lihat dimana sains berakhir,
disitulah kuasa Allah bermula.
Tolong cerahkan apa dia makna Dimana Sains Berakhir, disitu kuasa
Allah bermula?
Usaha manusia mempunya limit
sebab manusia ini makhluk dan selain daripada manusia ada alam lain. Alam lain
jugak makhluk. Malaikat pon makhluk. Dan apa yang ada atas bumi, benda yang
nyata senang diusaha. Semuanya ini telah diberitahu Allah dan kunci kepada
semua ni dalam tangan kita, sebab kita telah lari/ignore daripada maksud kita
yang sebenarnya. Waktu itulah masalah bermula. Dan sebab inilah masalah bermula.
Alam Ghaib? Mungkin wujud fenomena Segitiga Bermuda? Satu sekstor
yang amat misteri sehingga kini
Bermuda Triangle misteri adalah
satu perkataan/term yang telah dinyatakan dahulu untuk memberi explanation
hilangnya beberapa pesawat dan kapal dan beberapa pesawat di Caribbean (kawasan
Bermuda) dan teori itu bermula hampir serupa bila manusia telah datang kepada
satu takat buntu mengenai kecanggihan/keupayaan mereka itu untuk usaha itu.
Keadaan itu sedang berlaku. Kita tak boleh deny. Kita terlalu taksub dan
kerana itu kiter tak datang kepada perkara asal. Bermuda Triangle bukan teori
atas apa yang berlaku. Tapi sebab dia tak berlaku dekat negara kita. Allah telah
menceritakan segala-galanya. Saya tahu dan kita tau semua, ada orang didunia
paham dalam perkara ini. Tapi sekarang ini telah taksub pada teknologi dan
mereka juga telah rosak dan menyebabbkan kebuntuan yang sangat dasayat sekarang
ini
Didalam dunia yang ada lebih
kurang 7 billion orang ini, setiap yang berlalu akan dikaitkan dengan individu
atau kumpulan besar untuk memberi manfaatkan pada mereka. Manusia tidak boleh
dibodohkan dan tiada kosnpirasi disini macam kita di Malaysia sekarang, information
sekarang semenjak hilang dari MH370 berlepas, operasi mencari semua kiter tau. Tapi
sebab membuntukan manusia maka mereka telah mencari-cari dan membuat cerita
pasal ni.
Pengalaman Kapten mengendalikan pesawat Boeing 777 ni.
Dalam pengendalian pesawat,
setiap pilot termasuk pilot MAS sangat berdedikasi
dan mempunyai skill amat bagus. Above average and some of them is excellent.
Sebab itu ramai pilot dari Malaysia join Qantas, Air France etc. Setiap
penerbangan dari bermulanya mendapat jadual, setiap pilot terutamya dari Malaysia
mereka amat responsible dan start dari rumah pon mereka memang full of control
setiap saat. Takkan berlaku sedikit pon kekurangan dalam pengendalian. Dan
pesawat Boeing 777 mempunyai computer canggih dan yangg sangat canggih untuk membantu.
Dan system yang sama ada dalam Boeing 787.
Minda manusia dan masyarakat
seluruh dunia masih ingat. Yang pertama pesawat dari Perth Australia.
Juruterbang tak dapat mengawal pesawat. Tapi selepas beberapa ketika dapat
kembali normal dan dapat mendarat. Saya ketika itu mengendalikan Accident Investigation.
Peristiwa di Zurich dimana ekor pesawat telah kena pada landasan. Selepas
berlepas dan mengalami kerosakan yang teruk tetapi pilot dapat mengendali
pendaratan kecemasan dan saya kesana mengetuai investigation team, tapi saya
nak bagitau disini, aircraft accident bila berlaku dan pesawat ini kepunyaan kita,
kita mesti mengetuai investigation team tu. Dan pihak lain cuma tolong seperti
dimana dia berlaku dan dia hanya menolong bila perlu. Kiter lead the whole
team. Selepas dianalisis secara terperinci apa yang berlaku kerana angin yang
berubah arah menyebabkan pesawat tak dapat naik.
Ada 7 kemungkinan disebalik peristiwa MH370. Juruterbang melakukan perkara
luar biasa. Terangkan.
Kiter kenal pilot secara
individu. Dia sangat dedikasi. Pernah tinggal sama saya masa mula kerja. Kenal
keluarga secara peribadi. Dan dia sagat bertanggungjawab dan pengetahuan
mengenai penerbangan amat luar biasa sebab dia minat. Dekat rumah pon ada
simulator. Itu hobi dia. Sebelum orang kenal computer dia dah ada disitu. Dia
berkongsi pengetahuan dengan semua orang dan dia banyak tolong saya dalam RND
Boeing 777 ni. Semasa masalah di Teluk Arab (peperangan) pesawat perlu lalu
ruang udara Afghanistan untuk ke Eropah. Tetapi undang-undang negara ketika itu
hanya membenarkan pesawat yang lebih 2 enjin melalui ruang udara di Afganistan
kerana jika berlaku kehilanga tekanan udara didalam kabin makan pesawat perlu
turun mendarat di landasan yang terdekat iaitu altitude tertentu dan bagi
pesawat yang kurang dari 3 enjin iaitu 2 enjin maka altitude yang dia akan
turun itu tidak dapat melepasi gunung dan kiter perlu buat satu RND iaitu (Escape
Route) macam mana apabila berlaku dari situ kiter perlu melalui satu tempat
yang kiter perlu blok untuk selamat dan Kapten
Zahari Shah inilah yang membantu saya dan seterusnya menjadi Standard Operating
Procedure Penerbangan Malaysia yang dapat lalu Afganistan dan semua orang
diseluruh dunia tiru kiter.
Tidak mungkin Juruterbang melakukan
sesuatu yang luarbiasa dan ini bukan persoalan. Kiter perlu bertanya orang yang buat
konspirasi, darimana dia mendapat ilham membuat konspirasi ini.
Komen tentang Air France dan kotak hitam?
Kita hanya akan dapat take
control dan mengusai keadaan bila kita ada hubungan yang nyata dengan pesawat
dan apapa yang dipertuturkan dengan pesawat by kotak hitamnya, by ELT nya dan
segala-galanya. Tetapi benda itu telah mati. Bukan mati dibawah atau dimana-mana. Tapi
mati diudara ketika 35,000 kaki diatas udara, 855 km sejam dan bukan mati
selepas itu. Tidak ada radar imaging
berlaku. Inilah dia yang dikatakan fenomena. Telah berlaku hijab antara alam nyata
dan alam teknologi dan alam ghaib. Beyond technology.
Disebalik alam nyata iaiatu
alam ghaib ada cara dia iaitu kita perlu ada usaha untuk menghubungkan benda
nyata dan menda yang ghaib. Allah yang ghaib, malaikat yang ghaib, alam kubur
yang ghaib, akhirat yang ghaib. Allah Swt telah bagitau kepada kita melalui Nabi
apa yang perlu dibuat dan ini tidak dibuat sebab kita telah lari daripada
keyakinan kita kepada perkara ini atas apa yg kita telah dapat munafaat dari Sains
maka kiter telah begitu yakin dengan Sains. Maka Allah sekarang telah
membuntukan kiter dengan perkara ini Dimana
Sains berakhir bermulalah khudrat Allah bermula dan khudrat Allah bersama
dengan orang berimaan. Dan untuk munafaat khudrat Allah, orang beriman ini
perlu ada yakin dengan janji Allah.
Mereka yang tidak yakin dengan
janji Allah tidak akan dapat bantuan. Allah bantu hanya dengan orang yang yakin.
Masalahnya ramai orang menuturkan
tentang Allah sebagai pencipta tapi hanya dimulut. Tapi apa yang ada dimulut
tapi tidak ada dihati maka itu sesuatu yang palsu.
Bila kapten bercakap pasal alam ghaib dan alam nyata saya teringat
sesuatu dalam surah Yassin ayat 44 (Tetapi Kami selamatkan mereka dengan rahmat
yang besar untuk memberi ketenangan hidup pada satu ketika). Bagaimana boleh
diterjemahkan
Kita boleh ambik pelajaran. Allah
Swt bagitau yang Allahlah yang memberi ilham kepada kamu untuk mencipta sesuatu
benda termasuklah pengangkutan. Samaada diatas, darat, didalam air atau udara.
Allah yang bagi ilham dan bukan kepandaian kamu dan Allah memberitahu Allah lah
yang menyebabkan kamu sampai dan kamu membawa diri kamu, barang-barang kamu,
anak isteri kamu dan segala-gala bersama kamu. Allah yang sampaikan (kesesuatu
destinasi) dan Allah yang menggagalkan kamu. Allah kata dan Allah janji dan
sampainya kamu kesesuatu tempat dengan rahmat Allah bukan sebab teknologi kamu.
Banyak teknologi menghancurkan umat. Banyak teknologi bagi manfaat pada umat. Tetapi
disebalik teknologi sebenarnya ialah Allah.
Setiap pengajaran ada hikmah. Apa usaha istiqamah yang perlu kita
buat supaya lebih taat kepada Allah
Alhamdulillah kita terutmanya
Malaysia berada pada satu tahap keadaan kehidupan yang mana rakyat Malaysia
semuanya begitu taksub dengan teknologi. Anak-anak kita, diri kita, orang tua
kita dan semua orang, semua bangsa semua agama terlalu taksub dengan teknologi
dan mengeluarkan andaian sendiri mengenai segala perkara yang mana kita melihat
sekarang negara kita sekarang dalam keadaan kita sendiri tak paham arah tuju
rakyat ini. Allah Swt melalui perkara yang berlaku memberi amaran kepada semua
disini dan seluruh alam. Hati-hatilah diri kamu mengenai harian kamu, pemikiran
kamu, perbuatan kamu dan langkah kamu. Allah Taala telah memperbodohkan semua
dengan peristiwa ini.
Percaya. Kiter lihat semua orang
buntu. Dalam press conference buntu, journalist mengeluarkan soalan buntu,
jawapan pon buntu. Jawapan memberikan persoalan. Kebuntuan ini datang dari
Allah (dengan izinnya) disebabkan manusia telah lari dari maksud hidup/lari
dari janji Pencipta tapi dengan berlakunya perkara ini. Rahmat Allah membawa
kita kembali kepada jalan asal. Yang akan menyelamatkan diri dan umat ini yang
kiter semua tahu dan semua orang lain, bangsa apa sahaja, agama apa sahaja.
Mereka juga akan dapat manfaat dari jalan asal ini dan akan menyebabkan penyatuan
hati, perasaan kasih sayang, semua orang bersatu. Ini khikmahnya. Kembali
kepada Pencipta dengan penuh rendah diri. Kiter perlu rendah diri. Orang yang
berpengatahuan agama perlu merendah diri. Perlu menunjukkan kerendahan diri.
Satu sisi baru telah kiter perolehi selepas 4 hari. Semoga terbuka
hijab kita doakan.
Akhir. Kiter mintak keluarga
untuk minta doa khusus semayang taubat. Mintak ampun. Keluarga mereka dan pujuk
rayu Allah Swt dan ketika inilah rahmat Allah akan turun dengan penuh kasih
sayang dan akan menyelesaikan masalah semua orang yg ada kena mengena dengan
ini. Kembali kepada Allah.
Sekian.
Ada satu lagi yang I dengar Kapten
Noridin ni cakap, saat ini orang-orang yang alim (sebab mereka lebih dekat
dengan Allah) serta kaum keluarga mangsa (sebab mereka bermosi dan Allah
mendengar doa mereka yang beremosi) perlu berdoa kepada Allah untuk meminta
diberikan petunjuk.
Maka semuanya, stop la buat any
speculation yang nonsense or apapa la yang merepek macam konspirasi Anuar
Ibrahim la (paling bodoh) and pilot sengaja nak bunuh diri. Nauzubillah. Pergi
la bertaubat.
If U don’t have anything nice to
say. Don’t say anything. Sebab tak kelakar dan tak memberi manfaat pon.
Lastly. Jom la kita semua berdoa
sungguh-sungguh pada Allah. Mintak petunjuk. Nak doa macam mana? Semua dah
besar, boleh figure out sendiri. Ok? I pon banyak silap dan salah dan tak
sempurna cuma I harap dengan perkongsian ini, kiter dapat manfaat bersama-sama.
Ok?
InsyaAllah.
-EnD-
7 comments:
baca pun dah meremang...huhu..
Semoga Allah makbulakn doa kita semua...Amin...
tu la kak sue..kite pon sedih sgt bile pk psl mh370..rase sebak sgt even semua dlm tu xkenal pon..
xpyh la wat citer mcm2..org xkan cakap yg buat citer tu hebat, tp org ckp itu la org paling bodoh..
semoga mereka kembali dengan selamat
syok je dengar kat youtube semalam..cool
semakin banyak isu timbul
selagi mh370 belom dijumpai
ada ketika saya malas nak baca krn ia amat menyedihkan bila ada komen menyalahkan sebelah pihak sahaja
thanks atas effort tulis transkrip nya..
borak dengan husband pagi tadi pasal mcm2 teori yg diorang bagi.. salah satunya husband saya pun mcm setuju pasal mungkin wujudnya satu kawasan yg mcm bermuda triangle.. wallahualam.. apa pun..doakan semoga pesawat tersebut dapat ditemui..
sempat tgk sket je mhi semlm. gud effort la su buat review mcm ni. kita kena kembali kepadaNya... apa2 pun keep praying!
hoii kasu ,
sejibun weh awok salin ... kagum ke aok neh ... hehe
Post a Comment