Friday, March 7, 2014

Of Snacks Shein (Tak best pon)

Assalamualaikum.

Panas betul la KL sekarang ni. Memang rasa panas sungguh. Itu pasal kelmarin masa makan kat kedai ikan keli (sebab nak pujuk Intan sebab tadek orang nak teman dia amek BR1M dekat Wangsa Maju) maka I offer, ‘U guys, jom ikan keli? Kaksu teringin la’. Haha. Tetiba teringin nak makan ikan keli. Padahal dengan panas, basah suam ketiak ni. Memang mencabar.

Dah panas ketiak suam macam ni, jangan sesiapa yang korek ketiak I. Memang carik pasal. Tapi Dyba kisah plak dia kan? Dia cucuk je ketiak I time tengah bukak aircond luas-luas. Benci tau? Meroyan nanges I dalam kereta. Ketiak is a really big deal pada I. Boleh buat gaduh kalau usik. Jangan buat main-main. Sapa yang kenal rapat dengan I dah tau, ketiak is a big No-no! Haha.

Korang jangan lupa minum air banyak-banyak. Air kosong. I kalau malam, letak sebotol besar air mineral sebelah katil. Standby kot dahaga tengah malam tak payah nak pergi dapor. (Standby jer la. Minumnya tak). Actually minum air banyak-banyak bagus. Dengan jerebu lagi, panas lagi ni mudah nak kena demam. Bebudak ni kalau I pesan macam tu memasing rolling eyes. Taknak dengar sudah. Demam pahadan muhuker!

Nak tau? Shein kan dah tumbuh geraham kat atas. Dua batang. So total gigi atas ada 6 dah la. Bawah je macam segan-segan nak tumbuh skek. Dia pon kemain suka bila I nak cek gigi dia. Dah la semalam pecahkan bedak muka I. Naseb baik Garnier jer. Tak la meroyan. Kalau Mac, ‘Dah Shein, pergi duduk luar. Mama denda sebab pecahkan bedak’. Pastu bila lepaskan Shein kat luar rumah, kisah pulak dia kan? Member happy siap skipping lagi ada. Lepas tu tangkap Shein balik bawak masuk dalam rumah. Haha. Baik takyah denda.

Haritu I kata nak share Shein punya snack kan? Ada 3 jenis. Heinz Little Kids Wholegrain Cereal Bars perisa cinnamon and apple. Lepas tu Happy Puff perisa blueberry and Happy Tot Super Toddler Bars perisa coklat. Semuanya bagus. Memang baby punya food so it’s safe. Bukan jenis yang ada banyak perisa/pewarna tiruan and garam segala. Pergi Goole kalau nak tau detail. Jangan nak malas sangat macam Intan tu. Orang suruh ambikkan air pon taknak. Dia dulu padahal masa I tengah mabok-mabok baring dalam surau, dia kejut suruh carik ubat dia. Bodoh giler. Pastu lepas kena marah, ngadu dekat Ira. Haha.

I tengok Shein memang suka Happy Puff tu. Bagi dia semangkok sekejap jer setel. Yang Cereal Bars tu pon dia suka. Cumanya bersepah la kalau makan. Sama macam kalau bagi dia makan tart nenas. Berterabur. Makanya Mak ada mild OCD susah skek la nak deal. Pastu yang Toddlers Bars tu memang dia tak suka. Bak balik duit Mama Shein. 6 bars je RM23. Lepas makan bento dekat Sushi King. Haha.

Happy weekend!

-EnD-


Heinz Little Kids Wholegrain Cereal Bars perisa cinnamon and apple. Lepas tu Happy Puff perisa Blueberry and Purple Carrot and last sekali Happy Tot Super Toddler Bars perisa coklat sunbutter.



Cecece. Shein konon mechanic.

1 comment:

Muhammad Taufiq said...

Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...