Assalamualaikum.
Sekarang haze teruk, cuaca panas
and air pulak takde. So please sayang’s, take a lot of plain water and avoid
from any outside activities untuk sementara waktu. Nak jogging/cycling tu bagus
dah, tapi dalam keadaan cuaca yang macam ni, dah jadik tak ok. Kalau nak keluar
rumah jugak, pakai la mask. Pastu stay inside building selalu. (Wah macam emak-mak sangat
dah ni membebel. Harap bertabah).
Shein pon baru jer discharge semalam.
Dari Isnin admitted sebab hi-fever. Makan paracetamol and bagi voren pon lepas
2-3 hours dah high temperature balik. Dari Ahad siang, so Dr. Adrian suruh
datang jumpa dia dekat klinik Isnin tu and dia kata stay dekat hospital la. Kat
sini ada dia and nurse boleh tengok-tengokkan Shein. Yerlaaaaaaaaaa. Maka check
in la kami 3 beranak dari Isnin sampai la semalam. Kitorang tak bagitau Bapak
and Mak sebab depa outstation. Takot nanti kalau bagitau, depa amek flight
terus balik KL. Oh btw, dia tadek apapa. Not because of virus attack ke apa.
Cuma demam biasa.
So now Shein dah ok dah. Dia
memang macam tu. If demam jer terus temp mencanak naik sampai 41. Mula la
melepek jer dekat I macam anak kangaroo. Bila dah sihat sikit Selasa tu,
huru-hara giler. Aktif macam lebih dari biasa. Panjat sana panjat sini. Tarzan
terus I. I heppp dia, dia heppp I balik. I goyang-goyang Ibu jari warning dia,
dia warning I balik. I marah dia tanya kenapa, dia tanya balik apa? Dah tu
bagitau sekarang macam mana nak marah Shein tu? Hai la anak.
Dulu I ingat I nak tegas. I nak
ajar Shein disiplin bila I tengok dekat restoran ada bebudak kecik lari
huru-hara nanges guling tepi lantai. I tengok Mak Pak dia relex jer makan
sambil tegur cakap jangan la buat macam tu. And boleh cool pon tak pujuk beria
anak yang tengah meroyan. I terdetik dalam hati, ‘why not U pujuk anak U and
keluar dari sini so that orang lain tak pelik’ or something like that.
I ada rasa macam tu. I kejam.
But when it happens to me. Bila
Shein huru-hara dalam baby chair, hantuk kepala dekat meja while I’m alone with
him dengan segala bag shein, handbags and maybe groceries dalam plastic bag
while Saz takder dekat tempat and ada a few people yang stare at us dengan
pandangan ‘please go away from here, we need a peacefully lunch/dinner’, I rasa
macam yeah baby. Itu yang I pernah rasa dulu. Sebab I not understand macam mana
susahnya nak handle baby/toddler. And now I know.
Never question how orang lain handle
anak-anak coz every parents ada their own way to take care/ teach their
children. Maybe tak sama dengan kiter, tapi kiter jangan mudah judge. Betul
pada kiter, doesn't mean betul pada orang lain. Semua dalam dunia ni subjektif.
Sebab tu ada orang suka KFC OR, ada yang suka KFC Hot & Spicy. Nampak tak
sesambil jer aku nak kait menda ni dengan makanan? Kah kah kah.
I memang semak if orang
tengok-tengok I bila Shein start tantrum. It’s normal kan? Bak kata Syikin,
kalau ko nak fikir semua menda jadik smooth, maka anak-anak memang tak dapat la
keluar pergi shopping complex. Duduk je kat rumah kawan dengan dinding and pasu bunga sebab bila duduk kat rumah,
tantrum macam mana pon tadek orang kisah and kiter pon tak feel awkward. Tak
gitu? I taknak la macam tu. Yang penting, macam mana nak handle anak yang
meroyan and kena kawal diri dari naik hantu and sama naik dengan anak jadik
meroyan.
Tarik nafas, hembus. Pastu
istifar. Memang cabaran bila Shein dah besar ni. Kepala angin je. Kekadang
geram jugak nak tunjal. E! So sekarang apa motif entry ni? Nak cerita pasal apa sebenarnya? Macam tadek pengisian jer? Ah lantak la. Kbye!
-EnD-
4 comments:
kak su..si hamizah pon samer..tantrum skrg pon blh tahan..xdpt dia nak..terus megeliut badan...haiyopppp....bertabahlah ibu..hukhukhuk....
kita nak ngadu leh? aisha dulu jenis budak takleh bawak majlis. mmg kami jaaarraaannngggg makan kat luar.. sebabnye dia punya jeritan batinku mmg buat batin mama meronta2.. (oh bukan meronta sebab papa takde lama ye*)
ada la skali tu, cha seperti biasa menjerit kat baby chair tu.. kakak sebelah bengang.. siap hentak sudu dia.. oh kakak, saya nak buat camne.. takkan la saya nak sumbat mulut anak saya tu dengan garfu masa dia jerit.. saya pujuk2 dia cuma pujukan saya tak sama macam kalau brad pitt pujuk dia.. sedih gak terasa tapi ah lantakkan jer la orang..
sekian luahan hati saya
missalongwani : kalau mcm tu boleh la geng ngan shein. haha.
AS Salam Sue.. Mmg lawak n gelak ssorg bila bab KFC :D
Pasal Tantrum anak tu memang lain org lain kenikmatan dia.
So enjoy yr own trip, ok.
Orang keliling ni terutama nya MELAYU yg pasti ISLAM mmg suka menilai. (bkn nak racist, tp fakta)
Anak I jenih tak tantrum (sorg ja pun) tp klu tgk anak org lain tantrum, setakat ni I pesan kat Hubby n anak i yg itu cara baby nak ekspress their emotion. So normallah.. Semakin besaq, dia akan semakin tahu utk luahkan... cuma kaedah yg berlainan
So, agai: ENJOY ja.. org yg cemburu adalah org yg tak da apa yg kita ada :))
Post a Comment