Monday, March 24, 2014

Selamat Pengantin Baru Acap and Shima

Assalamualaikum.

So, minggu ni kiter pergi wedding Shima dengan Acap pulak dekat Seremban. Memang weekend sekarang ni untuk wedding jer. I suka sangat. Solemnization and Wedding Reception belah Shima dorang buat dekat Allson Klana, so kitorang check-in dekat sana terus. Ada a few family. Ada Kidd+Hani, Hadry+ Linda, ZackGal+Wife, Zack+Effa, bebudak bujang macam Kale, Zareef, Arie, Azrul, Intan (Tetiba Intan ada dalam ini cerita) and few more. Masa sampai tu, lepas check in terus mandi dekat pool. Jakun sangat. Macamkan kat rumah kiter tadek pool. Haha.

Sebab Shima cantik, kiter letak gambar dia paling atas. Kredit to Arie for this beautiful photo.

Shein menggelitis tak ingat. I pulak pakaikan dia pampers biasa, sampai pecah keluar gel bijik-bijik tu. Haha. Kekonon tak bawak pelampung sebab kata Sazli, bagi Shein cecah-cecah kaki je kat kolam tapi kirim salam eh? End up selamat kecebo-kebabo sekali. Shein tak tahan. Padahal dia baru elok demam ear infection tu. Doktor Adrian dah pesan, ‘Mama main pasir jer yer? Jangan main kolam. Nanti demam lagi’. Pastu I cakap, ‘Ok ok. I ingat’. Sebab dia pesan lapan kali. Tapi sekian dimaklumkan kalau tak dibagi Shein masuk dalam air nanti dia meroyan. Acane? Semoga Shein kuat. Aminnnn.

Dia pulak masa dalam air kan? Macam la pandai sangat berenang. Main jalan je masuk pool. Pastu tak enjoy kat kolam kanak-kanak. Nak kolam ongbesar jer. Dia ingat rambut dia dah panjang, be-bird dia dah pandai hidup waktu pagi, dia dah besar la sangat kot? Perangai.

Malam tu kitorang makan pulak reramai dekat restoran area-area hotel. Apa entah nama. Sedap makan kat situ, tapi ketam tadek. Lepas tu air buah dia kan, dia serve letak dalam gelas teh tarik je. Bukan air buah sepatutnya kena letak dalam gelas besar ke? Sebab tu kitorang (kitorang tu Hadry, Saz & I) order 3 gelas terus. Sebab kitorang jenama boroi. Sebab tu jenis minum air banyak. Haha. Time ni Shein dah sadakallah. Dah tido. Ngantok bebenar sebab petang tadi kan tak reti diam? Bangun sekejap, lepas tu sambung tidur dalam kereta. Sampai hotel. Sampai esok pagi. Bagus anak.

Esoknya, nikah Acap and Shima, Saz jer yang pergi sebab dimaklumkan nikah memerlukan suasana senyap, kalau ada Shein memang tak ok jugak. Dia kan huru-hura and suka buat show joget-joget kat tengah orang? Pastu kalau tegur, drama baring atas lantai. So untuk mengelakkan drama macam ni, baik I dok bilik je. Layan Intan gaduh dengan Shein, lagi bagus. 

The food is delicious. Acap and Shima pon sepadan jer. Dedua hidung kecik and mancung. Bayangkan la nanti dapat anak hidung macam mana? Duduk sebelah Shein hidung 'M'. Memang sepadan sangat nampak. Haha. Shima pon cantik haritu. I kan, selalu tanya Acap, ‘Acap, hidung U kan lubang kecik jer, U rasa macam mana kalau bernafas? Puas tak?’ Pastu Acap selenga jawab muka serios. ‘I ok bernafas. Ok jer. Puas. Kenapa U?’ **Slap forehead.

Untuk Acap and Shima, seriously you guys look good together and I doakan semoga berbahagia dan berkekalan sampai ke jannah. I see U both this Saturday, wedding reception belah Acap pulak. Kau jangan nak lari Acap. Haha.

-EnD-

 Amboi Acap, lain macam jeling tu. Gambar dari IG Arie. Pinjam eh Arie?

 
Group photo and photo taken from Mamat punya IG.  Ini baru suku DanDan. Tunggu Acap punya side nanti, mesti huru-hara. Tengok sapa yang paling excited menganga mulut. Haaaaa.

Hani, Effa, Maknye Si Shein and Linda. Geram nak spank tau U ni Linda.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...