Monday, April 21, 2014

Cerita Melaka

Assalamualaikum.

Yang pergi Melaka tu, kitorang tak pergi pon carik Ikan Bakar dekat Umbai, air kelapa kat Klebang and segala mala jenis makanan yang disuggestkan  ke apa. Semua makan kat area hotel or yang boleh reach by walking distance je or naik beca. Masa first day sampai, sebelum check in kitorang makan dekat Restoran Selera Kampung dekat dengan Menara Tamping Sari tu. Dia dekat corner lot and dekat area Seri Costa Hotel. Tengok dari jauh macam ramai je kat sana, so kitorang pon pergi la makan.

First day lunch kat sana and Sunday pon makan kat sana sebab birthday boy tak puas makan udang galah. Kata Bapak, kitorang tak adventure. Life tadek variety and boring. Tadah je la telinga. Tapi dalam life tadek variety I tengok dua pinggan jugak dia setel. Kah kah kah.

Dekat sini semua masakan kampong. Ada a lot of lauk-pauk yang sedaps gilers. Ada udang galah masak lemak cili api, ketam goreng, ketam lemak, asam pedas variety of ikan, ada masak daging salai and many more of masakan kampong. Ikan bakar and ulam-ulaman also cencalok and sambal belacan. Seriously semua pon sedap and sebab tu la I look like pregnant dalam gambar entry lepas T___T

Displaying 20140420_135523.jpg

Sambal air mata petai ikan bilis. Sedap! Sama macam masak dekat rumah. 

Displaying 20140420_135449.jpg

Ketam goreng. Dua ekor. I makan sorang. 

Displaying 20140420_135503.jpg

Ketam masak lemak T___T

Displaying IMG_20140421_111749.jpg

Udang galah ni sedap sangat! I dah cop makan ketam tapi Bapak is so generous sebab nanti dia ambikan isi yang tengah-tengah letak dalam pinggan I. TQ Bapak!


Lepas check in and rehat sekejap dekat hotel, by 6.00pm macam tu kitorang keluar. Ingat nak tengok bazaar yang dekat depan Kapal Besar tu tapi Shein tido pulak masa nak pergi sana. Kata Bapak, U both (Me and Emak) can continue shopping at Dataran Pahlawan. Bapak, Sazli and Shein balik hotel. Tunggu Shein tido sampai dia puas. Ok. Deal. Team lelaki dah offer jaga Shein, I dengan Mak pon apa lagi. Dataran Pahlawan pon jadik jugak nak shopping. Macamkan kat KL tadek shopping mall. Haha.


Time ni dalam bilik kitorang. Sangat luas bilik dia. Macam boleh buat party. Puas la Shein menolak stroller kehulu kehilir.


Gambar ni I ambik dari website Equatorial. Executive suites ni besar. Siap ada day bed lagi.


Also ada dining table and one set sofa with bathroom. So bathroom ada dalam bilik satu, dekat luar satu. Kalau time hi-peak nanti harga jadik macam merepek. So if nak stay, better plan and tak payah la bayar mahal sangat :)

Balik hotel around 8.30pm, Shein dah jaga. And kitorang terus amek beca dari hotel ke Jeti yang tempat naik boat konon nak try la. Sekali tengok punya la ramai orang. Kena queue panjang and lepas tu tadek safety U ‘Olls. Life jacket pon tadak. And air dia macam ada bau skek and orang ramai giler + panas segala. (Banyak giler komplen kau ni perempuan) so Good bye. Kiter terus proceed makan. Makan pon yang Abang Beca Beca Di tengah Jalan. (Eh ternyanyi pulak) suggest kan aje. Makan goreng-goreng dekat restoran asam pedas mana entah dekat depan skek dari Jonker Walk area.


Kitorang amek dua beca. Kemain beca siap ada sayap. Macamkan boleh terbang. Abang-abang beca semua peramah. I pulak jenis tak sampai hati. Taktau la nak cakap macam mana. Tapi sebab dia charge mahal, so I rasa worth it la. (Apa kau merepek ni syaiton?)


Habes makan, kitorang pergi Jonker Walk and punya la ramai manusia. Hazab sangat. Jalan 15 minutes lepas tu ya udah. Balik hotel terus. Memang tak adventure la team kitorang ni. Dari Jonker Walk ke Hotel pulak naik beca. All together naik beca dari Hotel – Cruise – Jonker Walk – Hotel kena charge RM85/beca x 2 samadengan RM170. Perrghhh mahal giler. Kata yang komen kat FB/IG kami kena cong. Tapi I rasa sebab kitorang gemok-gemok kot? So kena charge lebih. Haha.

Masa nak pergi ke Cruise, I tengok Pakcik tu dah la kurus. Kena pulak bawak yang macam I + Saz, macam kesian sangat. I dah kata, Pakcik kalau tak larat bagitau. Saya bawak. I ikhlas jer cakap tapi Sazli gelak T___T Macam tak sampai hati tengok Pakcik tua bawa beca. Haih.

 Shein is the happiest boy on earth! Dia tolak stroller payung yang I baru beli tu macam apa je. Habes semua menda dia langgar. Pukul 12.30am pon tak tido lagi. Esok pagi lepas breakfast, kitorang pergi bawak Shein swimming. Semua mandi except for Mak. Kata dia, dia lupa nak bawak bikini. So tak boleh mandi. Hahahah.



Displaying IMG-20140420-WA0004.jpg

Baba pon terjun dalam swimming pool. Just because of Shein. Dia kata dia dah lama tak swimming dalam public pool.

Lepas tu pack and check out. Padahal kitorang entitle untuk dapat facilities macam gym and spa tapi tak guna pon sebab limited time kan? (Padahal lagi syiok duduk dalam bilik lagi nak salahkan time). Lepas lunch dekat Selera Kampung, gerak balik KL dah. I dalam Melaka lagi dah berdengkor. Sama naik dengan Shein. Penat macam apa je. Sabar je la.Sedar-sedar dekat Lekas highway. 

This short vacation is so fun! Yang penting dapat spend quality time together dengan family and buat Mak and Bapak happy. Depa pon enjoy je melayan Shein. I dengan Saz banyak rehat je sebab most of the time Mak and Bapak yang entertain Shein. Kitorang kerja goyang telor je. Kah kah kah.

-EnD- 

1 comment:

Mimy Hamid said...

goyang telu tettttttttttttt...adik shien kah....hehehehhee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...