Monday, April 21, 2014

Happy 32nd Birthday Papa Bubu!

Assalamualaikum.

Happy 32nd birthday Papa Bubu! Sorry tahun ni tadek acara potong kek sebab tetiba ada adhoc plan nak pergi Melaka ni kan? Hadiah dah bagi in-advance sebab macam biasa, I jenis kalau dah belikan hadiah awal nanti bontot panas. Selagi tak bagi rasa macam terkencing dalam seluar so yeah. Hadiah dah bagi 2 hari awal.

Sazli dah pesan banyak kali. Jangan belikan apapa ye Bubu? Simpan duit. Papa taknak apapa pon ok? Pesan banyak-banyak kali. Dia memang macam tu. Dari I kenal dia sampai la dah kawen beranak pinak ni (padahal anak 1 je pon nak guna term beranak-pinak jugak) Memang dia jenis taknak apapa. Yang kalau jenis cakap taknak tu, sesungguh punya taknak. Bukan main-main.

Tak macam I, I request nak apa. Makan apa, dekat mana etc. Memang beza. Haha.

Macam nak pergi Melaka ni. Insist taknak duduk Equatorial sebab dah tadek standard room. Yang ada cuma Executive Suites which memang mahal skek. Dia cakap pergi je la hotel 3 star lain. Tak mahal sangat. Segan la dengan Bapak (Sebab Bapak belanja). Gigih suruh I survey sampai Bapak cakap, ‘Ok la kalau U guys nak dok kat Ramada etc, pergi la. Bapak nak dok kat Eq’. Baaaru la dia ok. I pon cakap kat Bapak, ‘Bapak, Lie kata dia segan nak dok Eq, tapi Su ok je’. Bapak gelak je. Paham sangat dah, menantu belagak lebih.

Sazli yang I kenal memang macam tu. Really down to earth and simple. Simple sampai tahap I sendiri kena tegur sebab umur baru 30an dah taknak dah pergi Pavilion, KLCC. Dia kata tak selesa. Nak pergi Ampang Point je. Macam Pakcik-Pakcik sangat dah. Pastu lepak minum dekat Mamak/Gerai. I cakap, tak boleh macam tu. Sian Shein. Anak orang lain pergi makan/outing/jalan-jalan kat shopping mall, takkan dia nak duduk rumah je?

Jadik anak tunggal, I tau bukan senang. Tak kena gaya boleh spoil. Tapi Bapak/Mak ajar dia berdikari and tak spoil. Tak manja. Which I crystal clear can see. Saz actually banyak ajar I hidup. Jangan riak especially. Buy and blog, letak gambar harta benda dekat Sosial Network semua ni. Dia tak suka. And I pon memang tak berapa berkenan. Ada menda yang boleh share, ada yang tak kata Saz. Ok.

Kekadang explen cenggini pon dah nampak poyo gitu lah. That’s my Sazli. Indirectly banyak ubah I. Dari keras kepala tahap kalau hantuk kepala dekat batu, batu yang pecah. Haha. Nak detail tulis kang, nampak sangat aku degil but InsyaAllah, semakin tua dan hasil bimbingan suami, perangai buruk yang lama sikit-sikit terhakis.

I hope, one day Shein akan jadik sama macam Sazli. InsyaAllah.Yang takde apapa macam I ni yang belagak lebih. Haha. Konsep tu selalu I sendiri tak paham tapi takpe la. Orang kata dalam hidup ni kena balance. Kalau dedua pon sama je nanti life jadik boring. Kan?

Untuk Sazli, Happy Bithday To You. Semoga tercapai segala impian dan tak pernah berubah. Jadiklah seperti padi, makin berisi makin menunduk. Gitu. Kelas kau, ucapan hari jadi ada peribahasa bagai. Ko ada?

-EnD-



Mementang I gemok, terus banyak komen tanya I bila due dekat FB and Instagram. Grrrrr. Ni gambar masa kat Melaka. kalau rajin buat la entry Melaka. Kalau malas goodbye. Haha.

7 comments:

Mimy Hamid said...

hepi besday sazli....papa bubu shein..aku pun tersentuh baca..saz sempoi..papa rock..family dia pun baik la..masa aku gi akikah shien tu..very low profile...

Chooyaya! said...

tq mimy. nak uweeeeet!

ieda iedana said...

Happy bday abang saz....

cik ketenangan (amnah) said...
This comment has been removed by the author.
cik ketenangan (amnah) said...

haha..kelas ucapan birthday kak su..first time dengar org guna peribahasa :)

Chooyaya! said...

ieda iedana : nak uweeet

Chooyaya! said...

cik ketenangan (amnah) kelassssss kan?? haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...