Friday, April 11, 2014

Grilled Chicken Wrap Yang Kacang

Assalamualaikum…

Korang kalau cuma ada limited time untuk prepare snack and nak something yang sedap, boleh try wrap grilled chicken ni. I cuba buat dah semalam. Kata Sazli sedap. Mak pon cakap ‘Esok kalau mai umah, Su bawak dua naa? Mak suka sebab sedap!’ Cecece. Kembang semangkok vontot I. Mak mertua I memang jenis bersungguh. Masa I call dia tu dia kata ‘Su, sedapnya wrap Su buat tu. Mak suka. Ayam dia Su masak macam mana? Ni lagi sedap dari KFC punya tu. Nanti Su ajaq Mak macam mana nak buat na? Mak nak jamu kawan-kawan’.

Hahaha. Pastu I gelak je. Sebab kata Mak, Bapak cakap macam mana Su boleh buat rasa sama macam kat restoran. Gitu. Mak and Bapak memang jenis suka tau nak up up kan I sampai macam ni. Sebab kekadang I pon ada la sekali sekala masakkan depa menda yang depa tak biasa makan. Nanti Mak akan cakap  banyak-banyak kali sedap sedap. Takmau makan sampai habes. Sanggup letak dalam peti and makan ulang-ulang. Comel kan? I pon time tu jalan tak guna mata dah. Guna lubang hidung je sebak ada perasaan riak kena puji,


Step by step yang kacang

Ni bahan-bahan and cara membuatnya.

1. Tortilla wrap tak kisah la apa perisa. I guna yang original masa first time buat. And pagi tadi I guna yang chives + onion lagi kebabom sedap
2. Grilled chicken. Yang ni I beli dekat Max Value. Kalau nak guna ayam KFC boleh, ayam Mc D boleh, Nandos ke or ayam bbq ke, or anything leftover dalam peti. Kalau nak guna sosej or telur pon takpe. Tak kisah. Tadek orang marah.
3. Mayonnaise, chili sos, black pepper
4. Salad!

Cara-cara Membuatnya


1. Sapu roti tortilla dengan mayonnaise and letak la black pepper skek. Dalam gambar ni tadek nampak black pepper sos sebab tak menyabar-nyabar nak snap. Biasa la. Poyo.

2. Susun salad. Yang I guna ni mix salad yang dalam pack. Senang. Semua ada dalam ni. Nampak meriah. Ada carrot, romaine lettuce, ada rocket and ada baby tomato. Kalau korang nak guna yang lain pon takpe. Tadek masalah.


3. Susun ayam atas tumbuh-tumbuhan tadi and tuang la cili sos and mayo skek. Ikut la selera. Kalo nak guna mustard pon takpe or black pepper sos ke, or any sos yang korang nak. Tadek hal. I ingat next time I nak guna sos keju KFC tu. Pastu letak plak nachos and tomato slice. Terus jadik bandito pocket. Perrghhh!


4. Lepas tu wrap ketat-ketat and potong. Dah siap! Ingat. Kena gulung keketat. Baru la ngam-ngam masuk mulut tak bersepah. Jangan jadi tamak macam Intan. Dia letak banyak-banyak bahan sampai tak boleh tak gulung. Pastu makan macam taco je. Tapi pon boleh jugak. Ikut suka hati kau.





Senang kan? Sesuai jugak untuk bawak pergi picnic. Kalau nak potong gelung kekecik pon boleh. Untuk party harijadi. Taknak bagi terabur, boleh cucuk dengan lidi pencungkil gigi tu. Best jugak. Best! Jangan lupa mencuba di rumah ye Puan-puan. Anak-anak pasti sukakannya! (Dah tetiba jadik rancangan masak-memasak pulak) Bibikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!! Lipat kain! **Tetiba

-EnD-

3 comments:

ieda iedana said...

Nyummm....
Tortilla ni balut la macam mana gaya pun memang sedap.

ktorg ms dulu (ms kerja kfc), amik tortilla tabur dengan gula and cheese, pastu toast (letak atas kuali tanpa minyak), pastu makan leleh2 cheese. haha

kengkadang wrap dengan lettuce, jagung, 1000 island and ayam.

aaaa....mcm2 dah terpikir boleh buat apa dengan tortilla, tapi ida sekarang tengah diet (kan nak kurus ramping macam kaksu). taleh roti2, nasi semua ni T_____T

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue.
Pandai Sue.. malam ni jadi dinner kami sekeluarga (3 beranak ja pun :P)
Sue, LadysChioce dah kuaqkan sos keju Jalapeno tu...

TQ for da idea..

Azziah Nawawi said...

pernah try, tapi advance sket. sebab guna daging cincang siap tumis dgn kuah spageti. guna wrap tu, uish sedapp

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...