Friday, April 25, 2014

Intan : Edisi Tergelincir Lidah

Assalamualaikum.

So, pagi tadi I sampai awal skek so boleh la tapau makanan dekat bawah for breakfast. Kuih 3 ketul dengan air limau ais. Konon kalau lepas makan kuih tu, minum la air limau untuk potong lemak. Kekdahnya.Masa nak masuk lift, I borak dengan Intan.

I           :       Intan, tu apa dekat kain tu? Air apa?
Intan     :       Air kentumban Kaksu
I           :       Air ketubatan la giler!

Berangan konon dia tumpah air ketuban. Sebut pon salah. Bongok. Haha.

Pastu tengah hari tadi, kitorang pergi Wangsa Walk. Pergi tengok-tengok baju dekat Rosette. Pastu Intan ada suka satu cardigan ni.

Intan    :        Kaksu, Intan suka ni jenis kain ni. Dia memberi
I          :        ????
Intan    :        Kain dia stretchable Kaksu. Bila kiter tarik. Dia memberi.
I          :        Memeri la. Memeri. Memberi mendanya? Kalau dia member, Intan kena la menerima. Hahaha

Intan ni kalau nak cakap main cakap je. Buah pelaga kata buah telaga, Dragon fruit kata Buah Rasaksa. Sesuka hati je. Pastu tadi Dyba cakap, ‘Apa teruk sangat Bahasa Melayu Kak Intan ni? Terus dia berangan. Kata dia, ‘Oh sorry, dulu masa I duduk Amareka tak biasa cakap Melayu’. Sebut America pon Amareka ada hati. Podah! Dah tatabahasa failed lagi mengaku duduk America konon.

-EnD-



5 comments:

chuya - the mother of A's said...

ya allah.. pecah ketawa aku ha.. dah jeling je mamat padiyappa depan ni

Chooyaya! said...

tanya kat dia, u kena chooyaya ke?
hahaha

eda said...

hahaha INTAN WIN !!!!

Mimy Hamid said...

pecah perut aku gelak..sue ...korang mmg gileeeeeeeeeeeeee

Anna Dayana said...

Hai animonis... Hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...