Friday, April 25, 2014

Khasiat Salmon

Assalamualaikum…

Macam dah lama giler tak makan sushi. When is the last time eh kiter makan Sushi Intan?  (Sesambil promote Intan. Haha) Harini Jumaat jom makan salmonnnnnnnnnnnnnn!! I nak makan 10 slice. Makan salmon je. Tak makan nasi ke apa ke. Sebab kata diet? (Porah!)

Tak gemok kan Ted? Hahahaha. 


Salmon Sashimi. Mintak tolong jangan jilat screen henpon/pc ke apa eh?


Oh btw, ni salmon sashimi dekat Octopus Wangsa Walk. Pergi la kat mana-mana octopus nanti korang akan dapat salmon yang akan memberahikan skek la dari Sushi King.

Sebab I baik, I share apa kebaikan dan khasiat salmon.

Ikan salmon sememangnya terkenal sebagai salah satu makanan yang kebiasaan di ambil oleh mereka yang mementingkan kesihatan tubuh badan. Ia mengandungi pelbagai khasiat yang amat berguna untuk kita semua. Bukan sahaja mempunyai kadar nutrisi yang tinggi, bahkan rasanya juga enak untuk di makan. 

Mari kita lihat khasiat, kebaikan dan kelebihan ikan salmon.

1. Tisu dan otot
Protein memang di kenali bermanfaat kepada tubuh badan manusia. Protein di dalam ikan salmon sangat mudah untuk di hadam dan diserap masuk ke dalam badan. Protein dan amino asid membantu proses pembinaan otot dan juga tisu. Ikan salmon juga tidak mempunyai bahan yang menyebabkan kanser seperti sumber protein yang lain.

2. Penglihatan
Omega-3 dan DHA yang terkandung dalam ikan salmon ini dapat membantu masalah mata kering yang kronik. Molekul yang terdapat dalam omega-3 di percayai membantu mengurangkan keradangan mata. Ia juga boleh membantu meningkatkan kadar penglihatan anda di usia lanjut.

3. Fungsi otak
Ikan salmon dapat mengurangkan risiko berkaitan masalah otak. Vitamin D yang terdapat dalam ikan salmon ini membantu fungsi otak. Risiko untuk mendapat Alzheimer dan Parkinson di usia mendatang boleh dikurangkan dengan pengambilan ikan ini. Daya ingatan juga dapat di tingkatkan dan risiko kemurungan boleh dikurangkan.

4. Kulit dan rambut
Sel kulit boleh di lindungi dan kelembapan boleh di kekalkan dengan adanya Omega-3 yang terkandung di dalam ikan salmon. Bukan sahaja melindungi, bahkan ia menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi untuk menjadikan kulit anda lebih sihat. Asid lemak yang kaya di dalam ikan salmon dapat mengekalkan kekuatan rambut, folikel dan juga membantu menyihatkan rambut anda agar kelihatan bermaya.



-EnD-

5 comments:

ecah khalili said...

tringinnya sushi..sepanjang preggy ni xmakan lagi..ramai yg tak bagi ecah makan..tak elok untuk ibu mengndung katanyee..xtau la betul ke x..tpaksa tahan2 jer ni..ouchhh..

Chooyaya! said...

Ecah Khalili : Raw food memang tak elok untuk ibu mengandung tapi kan? kaksu dulu bedal je. hahahaha. alhamdulillah ok. lagipon kiter makan kt restoran bersih. bukan hawker kan?

Unknown said...

terus tergoda tgk pic ni.. lama jgk x makan sushi.. ermmm.. kena gi jugak nati.. kang mlm ngigau..
slu beli salmon utk anak aje, buat bubur & grill.. utk dia sorang pun xcukupp.. lagi mama nak mintak., ermm xdpt la...

rasidah ahmad said...

Argghhh terguda dengan pic salmon kat atas tuh...nak jugakkk.

eda said...

hoiiii kasu ini cubaan carik gaduh neh ... !!

siyes la , grill salmon tetap tak sama mcm mkn raw salmon kak sashimimimimii nehhh ... huwaaa sape nk teman neh ... INTAN jom !!