Wednesday, April 23, 2014

Nasi Mandhi Saba. Jaga Kau!

Assalamualaikum.

Semalam Intan update pasal Nasi Mandhi Saba. Please semua orang tolong baca entry dia dekat sini sebab entry Endometriosis habes dia komen promote Blog and IG dia. Haha. Tak menahan siap ‘Intan tak approve orang jual barang dekat IG”. Ya Allah. Dia ingat dia artis ke? Haha. Bongok Intan! Dah la blog dia tu online user biasa 2 orang je. Yang online tu I dengan dia je. Kesian sangat.

Pastu yang komen pon kitorang jugak. Hahah. Kekadang dia komen jadik anon, dia reply jadik dia. Pon boleh jugak. Hahah.

So berbalik pada cerita pasal Nasi Mandhi Saba. Since semalam petang kami dah decide tengahari ni nak makan kat Saba so pagi ni memasing sarap kuih je. Nak simpan portion untuk makan nasik tenghari kang. Sebenarnya I dalam proses diet. Patut mula dari hari ni. Tapi Intan kata alang-alang start minggu depan je la Kaksu.


Nasi Mandi Saba. Ayam lembut. Tu yang macam sambal tomato tu apa entah. Kwahaja punya sedap. How la to say no to u baby?

Eeee dia tau tak I dah gemok? Sampai ada yang komen tanya mengandung ke, bila due? Bila I cakap tak lama dah terus ramai komen cakap tahniah segala T___T So memang kena diet sangat dah ni. Sazli tu bila I tanya I gemok ke tak diam cakap ‘Mana ada. Bubu comel je. Mana ada gemok’. Maknanya apa?

Walaupon suami tak kisah kiter gemok ke kurus ke tapi ni semua pasal kepuasan dan keyakinan diri paham tak? Kalau pakai skinny jeans kaki macam balak pon tak ok jugak. Pastu I sakit hati kat Dyba, dia makan macam ada hantu ok? Pagi nasik lemak, tengah hari WAJIB nasik (Kalau tak muncung je. Geram nak tunjal), petang kang kuih. Malam kang nasik lagi. Badan macam tu jugak. Cer I makan macam tu alamatnya hello Shanie. Jom la kiter buat group please?

I agak semua ni sebab I suka makan manis. Tak makan nasik pon takpe, tak makan ayam pon takpe. Janji ada dessert. I memang suka dessert/chocolate semua. Haih.

So sebagai permulaan pagi ni no more juice/milo ice whatever. I minum air limau ais. Konon kasik potong lemak la. Tapi ais tak boleh tinggal yang aku tak paham tu. Tahu tak lelemak susah nak pecah kalau minum ais? (Tau. Tapi buat tak tau)

Seingat I dulu Bettyboob every time after meal dia akan makan satu pills ni untuk pecahkan lemak. Tapi I segan la nak tanya apa nama ubat tu. Sebab tu badan dia menten kurus. Dulu dia berat almost 90kg kot and now 50kg je. Sampai sekarang! Walaupon I tengok dia jenis pemakan tapi body maintain.

Mana la keadilan dalam dunia ni. Sedih I.

Ok la. Tak jadik makan nasik arab. Nak makan kaki je. Sebab kalau makan kaki tak kenyang. So boleh kurus.

Kbye

-EnD-

5 comments:

Anna Dayana said...

terima kasih kak su kerana promote blog intan yg tak seberapa indah tu..

org ada blog ko pun nak ada blog kan tapi tak tahu nak citer apa. tapi atas sokongan beliau terhasil juga blog di laman sesawang ini. hahahahhaa

Toodles
Intan

Chooyaya! said...

POYO

adda syuhada said...

salam

sedap nasi arab saba tuh...adda pun dah try

Felis Domestica said...

hai.... hey.... tak da la gomok mana, okey jer...

maybe org tanya due tu sbb gambar kat en3 brithday tu... gambar yg besar tu, nampak perut mcm bulat.. tp i faham... tu sbb baju kan....

he..he... nak cari nasi arab gak lah...

ecah khalili said...

dah try dah makan kat saba ni..tak habis..kongsi berdua..bnyak sangat..tapi sangat sedapp..

err..akak cntik ler..gumuk ke kurus ke tetap suami sayang tu..dun worry..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...