Thursday, April 24, 2014

Shein dan Sependa Mama

Assalamualaikum.

Shein dah 17 months! Macam sekejap je masa berlalu kan? Tau-tau I dah gemok balik. Aritu macam tak cukup udara nak sedut bila orang puji kata dah lose weight/kurus skek. Bawak kereta pon dengan lobang idung je sebab riak tak tentu hala. Warrghh hahahah. Actually I dah berkobar nak start my diet calories dalam minggu ni tapi Intan hasut kata tunggu minggu depan je la. Semalam dah makan Nasi Mandhi segala diet amenda kan? Podah!


Awwww Menantu Pilihan sangat muka tu Shein. Nak Uweeet!

Kata Ted (kawan I), dia kurangkan ambik sugar, and tak amek nasik dalam masa 3 months dia lose weight. Cara dia, U diet on Monday-Friday but weekend is a cheat day. Eat whatever U want. Macam tu. So padahal tadi nak cerita pasal Shein kan? Lepas tu terus jump cerita pasal diet pulak. Mudah sangat nak distracted by other‘s thing. Ongtue macam ni la T___T

Shein kan? Sekarang dia dah pandai sambung if I cakap, One? Dia sambung tuuuu teeeeeeeeeeee. Pon boleh Shein. Tu pon I dah cebik-cebik nak nanges. Perempuan emos macam ni la. Haha. Kelam-kabut I nak kemas umah balik dari kerja dia pon sama naik. I biasa balik, letak handbag terus tukar T-shirt. Seluar tak pakai. Pakai sependa je. Lepas tu start sembur ubat nyamuk dalam bilik, kemas katil semula (padahal Saz dah kemas earlier) Kata OCD? Sebab dia tarik cadar tak tegang sapa suruh LOL.

Kehulu-kehilir I ke dapur nanti dia datang, sembam muka kat bontot I. Celah-celah tu. Yang masam seharian tu dia sanggup letak muka dia kat situ. Dah kenapa Shein? Now I dah tau kenapa batuk Shein tak habes-habes. Ni mesti sebab sependa masam Mama dia. Haha. Pastu time tu la dia nak ajak main hide and seek. Dia cak-cak I balik pintu and try to bite my leg. Memang pengacau tapi I enjoy every moment of it J

Dulu I akan tidurkan Shein awal. Pukul 8.00pm dah letak dia dalam bilik, lepas tu baca la cerita apapa dekat dia or bergomol sampai dia letih and later dia akan tidur sendiri. Tu dulu. Now no more. Kata dah bujang? Apa barang tido awal kan? Tak Abang Kawasan la nanti.

I akan biarkan dia tengok tv or main apapa dekat hall sampai dia sendiri surrender nak tidur and dia akan tidur sendiri. Haha. Sebab I love to be around him. Walaupon dia baring atas kain yang I nak lipat. TAKPE. Asalkan dia ada depan mata. Malam semalam Sazli pergi bola and pergi kawan, lepas tu I tinggal dengan Shein dekat rumah je. I paksa dia tunggu I tengok Bukan kerana Aku Tak Cinta sampai habes. By 10.30pm dia dah tertido sendiri. Takyah tepuk takyah apa. Haha. Sian baby Mama.

Shein dah ada geraham kat atas. Gigi depan ada 4. Bawah ada 3. Tak naik-naik lagi pon. Banyak tu je. Makan pon dah macam-macam. Tahik pon dah bau tungkik. Rambut belakang dah makin ropol. Shein cepat panjang. Berat dia dah over 12 kgs. Latest tadek timbang. Aritu masa dekat Eq, I letak Shein atas penimbang 23kg, I plak jadik dekat 80kg, I saspek penimbang tu rosak.

Ok la. Tu je nak cerita.

Pasal entry spa semalam, ramai jugak eh yang dah ternoda dekat Spa? Haha. Aku ada geng! Yang ternoda ni selain dari yang kena urut lepas bersalin. Tu lain cerita. Kepada yang sama ternoda, hi-five! Ada geng!!!! Yay!!!

-EnD-


2 comments:

Unknown said...

Hi Su,
Shine skrg ni masih continues ss enfa ke?? sbb bby i pun sama.. baru masuk 1thn, so sambung dgn enfagrow plak.. makin suka ss, sbb skrg ni ada perisa utk yg grow..
tgk shein, nmpk sama bam2 dgn bb i.. pengaruh/khasiat ss enfa ni.. mmg menaikan kan bdn bb kita yek.. :-)
pasni shein bole soping dgn mama dia.. jdi geng soping & melantak sbb suke mkn..

Chooyaya! said...

hi effanina

yup. shein mmg amek enfagrow a+ smpi sekarang sebab enfagrow lagi banyak dha dari enfalec yg step 2 tu. shein mmg kuat makan. alhamdulillah tadek masalah taknak makan tp janganla dia obese pulak.