Thursday, April 24, 2014

Stroller Pondok-Pondok Shein

Assalamualaikum.

Dalam entry yang adhoc short vacation ke Melaka tu kan I ada bagitau pasal I beli umbrella stroller dekat Toy R Us? And ada readers yang mintak share jenis apa. Ada yang teka Mc Laren. Jawapannya tettttttttttttttttt salah! Stroller cap ayam je ponnnn. I pon tak tengok jenama apa. Tapi murah gilers U'Olls. Harga dia RM170.00 je. Haha. Macam main pondok-pondok. Kahkahkah.

Boleh tampung berat up to 18kg (dia kata la). Shein masuk macam muat-muat je. Dia tak boleh nak recline ke apa since dia umbrella stroller yang really down to earth dan sangat pemalu. Ada belt (for safety), tayar boleh lock and easy to fold and store. Tak makan space also ringan. Shein pon selamba boleh tolak. Punya la ringan. Tak la ada span and really selesa untuk baby but untuk travel yang bodo-bodo I rasa ok sangat-sangat la ok. Murah lagipon! Lalalalala **Goyang tetep




Umbrella Stroller at Toy R Us lebih kurang macam ni la design dia. Yang penting ada bumbung. Eh atap. Eh. Apa tu nama dia? Canopy eh? Ah lantak la.

I rasa practical to use kalau bukan dalam shopping complex. Macam dekat Melaka tu contohnya bukan all the time dalam mall. Kalau la boleh recline lagi la superbly best. I tengok Shein bukan main suka. Dia memang suka giler. Tak payah letak atas tu, dia dah duduk sendiri. Bila stop tolak nanti meroyan. Macam tengah tolak anak patung je I rasa. 

The time bila Shein tido tu, Baba and Saz bawak Shein naik bilik sebab tak sampai hati nak tengok dia tido duduk. Kalau tanya I apa stroller yang bagus untuk travel I suggest nkorang beli la Yoyo Zen. Sekaraang pon Yoyo Zen dah ada travelling set tu. Memang bagus. And harga dia pon macam mampu milik. Tapi harga mampu milik tak bermakna boleh beli stroller sampai 3 4 (Kata Sazli). Baiklah.



Yang ni Farel punya. Lebih kurang macam ni la Shein punya. I agak sama je kot? Cuma kain dia je lain.  Ini la titik tolak kepada jatuh cinta I dengan stroller pondok-pondok ni. Menda ni orang tak panggil stroller, tapi Buggy. Ok Aliah. Buggy. (^_^)


Menguap je la kerja ko Shein. Tak lama lepas ni la yang dia tido tu.

So far I still guna Quinny Moodd. Tak rasa nak letgo and beli Yoyo pulak sebab ada sentimental value. Kata anak first kan? Memang Moodd little bit bulky and makan space dalam bonet kereta tapi I suka. I tak kira. I suka jugak-jugak. I suka dengan dia punya Maxicosi Pebble as well sebab memang comfortable and kukuh kuat gagah badang sangat. Lagipon jarang nak nampak orang guna Moodd so macam ada unsur-unsur riak kat situ ye? Haha. Astaghfirullah.

Masa kat Toy R Us tu I tengok ada la 2 3 jenis umbrella stroller. Harga lebih kurang je. Tapi memang sengaja I pilih yang paling kecik je sebab comel. Nak ambik yang pink sebab lagi comel macam nak kunyah tapi sebab anak lelaki kena amek kaler hijau. Redha.

Ni pon I still tengok and survey jugak kot-kot ada umbrella stroller yang bagus and boleh sandang macam Yoyo Zen. Tapi taktau kenapa macam in-denial mood yang yoyo zen tu best. Haha. Nak jugak something different. Mc Larent ok tak?

Ni apa masalah nak stroller banyak-banyak ni? Meroyan? Tadi kata taknak la apa la. Lempang kang!

-EnD-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...