Tuesday, May 6, 2014

Anil Kapor Khan

Assalamualaikum.

Sapa suka tengok cerita Hindustan angkat tangan! I suka. I terpaling suka Shah Rukh Khan dengan Preity Zinta sebab dia comel. Sazli suka Kajol. Bapak suka Rani Mukherjee. Bila kawen dengan Sazli, sebab dia pon suka tengok Hindustan so lagi la best bila layan Hindustan sesame. Sebab dulu masa I duduk dengan Nadia (masa tak kawen lagi) dia suka gelakkan I masa I layan feeling tengok Hindustan sambil nanges. Terus potong stim. Cis

Yerla kan? Usually orang urban mana nak layan sangat cerita Hindustan yang panjang berjela, suka nyanyi guling atas padang dengan aksi-aksi tak logic bila hero selalu menang je. Walaupon dah kalah awal sikit lagi nak mati tetiba hidup je pulak. Walaupon ada banyak tak logic tapi kesah pulak aku kan? Janji layan lagu joget-joget. Shein pon suka jugak sekarang ni kalau pasang lagu Hindustan kemain dia golek kepala.


So masa dalam kereta minggu lepas, I dengan bebudak ni (Ira, Dyba, Sarah and Si Badut Intan) pon berborak la pasal Hindustan. Kata Dyba, dia susah nak feeling layan Hindustan dekat rumah dia sebab nanti Mummy dia gelak-gelak macam bakar dia. Mummy dia kan Chinese? Kata dia susah nak feeling. Ira cakap, Ira haritu masa Kabhi Kushi Kabhi Gham dia rakam dalam Astro PVR. Nanti boleh tengok lagi. Kitorang pon layan la joget-joget dalam kereta pasang Hindustan dekat Youtube.

Si Intan taknak kalah. Nak jugak borak pasal Hindustan Film. Knowledge takde. Lagu tau yang glemer-glemer je. Sekali dia cakap, ‘Intan paling tak suka sorang pelakon Hindustan ni’. Pastu semua orang berenti cakap and pandang dia. (Sebab menyebok kan?)

Sapa dia????? Semua dah tanya suara jerit sambil bulat mata (Sebab dia bukan tau sangat pon tapi SEBOK nak menyampuk. E!)

Dia cakap, ‘Alaaaaaaaaa tu. Yang tak hensem tu. Anil Kapoor Khan. Yang berlakon cerita Slum dog Millionaire  tu’.

……………………………

Anil Kapoor Khan??

Anil Kapoor je la giler! Dia tu kalau cakap main petik je. Hahahahahhahahha. Tu la. Lain kalau kalau tak tau apapa diam. Ni sebok jugak dia nak nyampok. Anil Kapoor Khan pon boleh T___T


-EnD-


Anil Kapoor. Bukan Anil Kapoor Khan la giler!



4 comments:

missalongwani said...

HAHHAHAHAHAHAHHA!! TESEMBUR ROTI BOY KITE DALAM MULUT NI...PON BOLEY LA ANIL KAPOR KHAN...HAHHAHAHAA!!

Anna Dayana said...

kak su kak su.. lagi satu ni
Dagang pak malau dagang belipat... hahaha Kajang la bongok..bukan Dagang..

mizlynaibrahim said...

kondifen level tahap SUPERSAIYAAA... nak sgt knl ngn si intan ni...^_^

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue
Pepagi ni bila baca ja blog Sue, memang ceria.
Bersembuq tersedak pasai Intan...
Tgk Hindi ni klu ada geng mmg best... Depnds kat jalan crita. Tak kisah pelakon sapa pun..
Cb tgk Dhadkaan, pelakon besa2, tp jalan crita sgt mengajar
Anil Kapoor klu dlm Hamara Dil Aapke Paas Hai best gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...