Wednesday, June 4, 2014

#meriahuollsproject

Assalamualaikum

Tengok video ni I amek dari Instagram I. Si Shein ikut Abah dia solat. Sazli jenis tahan imaan. Shein tonggek-tonggek depan dia, dia tahan ketawa. I memang tak boleh. Shein pandang je terus I gelak. Dulu dia sujud, sekarang ni ruku' pulak. Yang tak tahan tu, kiblat kemana arah. Kopiah pon dah tak muat. Nanti kena carik lain la macam ni.


Shein ngada tau? Bila dia tau kiter rakam nanti dia jogging setempat. Geram nak tunjal. Besar dah ko Shein. Macam-macam akal dah dia dapat. Kata Kaklong nanti esok lusa kalau dia dah pandai bercakap, kiter pon dah tak larat nak melayan. Sekarang ni manjang la 'dirty dirty' je. Macamkan pembersih sangat. Minum susu, botol jatuh terus dirtyyyyyyyyyyyyyyyyy. Dah tau dirtry angkat la. Pang kang.

I nak bagitau, kelopak mata I dari pagi tadi bangun bengkak sebelah belah kiri. Tapi bijik mata I tak merah. Kata Sazli sebab I lama sangat telekup mata dekat lengan. Ni Shein la punya pasal ni. Dia tu kan? Kalau tido dah la taknak tido dalam crib dia. Sebok nak menyempit kat aktil kitorang. Lepas tu bila dah nyenyak mula la nak jambatan melintang tido. I sipi je nak jatuh katil. Bukan dia nak melintang ke abah dia, lebih pada I ok? Kekadang kurang sejengkal je dari tepi katil. Bayangkan la sebesar mana je space I tido? Dah la mak dia ni adik angkat badak. 

Malam ni ko tido katil ko Shein, jangan nak macam-macam eh? Sakit-sakit dah badan I ni kena sepak terajang silambam dengan Shein. Bibir pecah, gigi berdarah semua ada. Shein la suka sondol-sondol dengan kepala.

Esok kalau bengkak ni tak surut, kena pergi klinik la cek. Puas I adjust kasik tak nampak bengkak guna eye-liner. Haha. dah macam Arwah Amy Winehouse dah ni. Risau jugak kot apapa. Lagipon tak selesa. Mata rasa kabur jer. Ishk. Nak kena tulis surat wasiat ke apa ni? Intan kalau I cakap surat wasiat memang dia suka. Dia ingat dia dapat la apapa dari I tu. Jangan harap.

Btw, check out harini punya infused water! Harini I guna kiwi + blueberry + mint leaf. Kiwi ni beli dekat Intan. Kata dia RM3.00 sebijik. Yerlaaaaaaaaaaaaaaaa. Hahaha. Blueberry semalam je I guna sebab letak sebijik-sebijik so dia tahan. Kalau strawberry tu biar semalaman nanti kaler dia dah habes and dah kembang. So tadi sambil minum air, sambil ngap buah.


Blueberry + kiwi + mint leaf infused water.

Syok la dengan infused water ni. Selalu nak minum je. Bagus untuk orang yang susah nak minum ari macam I ni. Kiter tengokkan ajer tahan berapa lama la I, Intan and Ira dengan #meriahuollsproject #infusedwater kitorang ni eh? Pastu bebudak ni eksyen. Buah nak imported je. Suruh guna timun memasing buat muka. Belagak!

-EnD-

4 comments:

green apple said...

aku lagi tak boleh minum kalau infused water. terasa macam minum plain water yang tercemar. hahahha

Chooyaya! said...

ko dah kurus takper. aku ni gedebab kena la usaha lebih. kata kaklong infuse water ni rasa air getah sekerap. lg biadap. haha

Fara Dilot said...

ui.. timun best la.. i bwat skalik jek.. hahahha

Chooyaya! said...

sedap eh? tak pahit ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...