Wednesday, June 4, 2014

Infused Water Lagi. Woot Woot!

Assalamualaikum.

Cecece. Sekarang kemain memasing semangat dengan infused water kat office ni. I dengan Ira la yang paling semangat siap beli gelas kaca tinggi segala. Intan kata dia guna jug je. Kedekut skek dia tu. Haha. Si Dyba and Sarah takde perasaan sebab dorang kan dah kurus? So dorang cakap, dorang tak perlu nak detox segala. Meluat.

Tak supportive langsung. Padahal dengki. Korang tau tak Dyba and Sarah makan macam ada hantu. Makan nasik pagi, tengah hari and malam. Tapi badan macam tu jugak. Vontot makin lama makin kecut. I saspek dorang bela jin dalam badan. So jin dah suck dorang punya blood, that’s why dorang kurus.

Semalam la yang glass tinggi tu kitorang beli. Ada yang tanya kat IG kan? Harga dia RM16.00 je lebih kurang. Ada yang lagi tinggi dari size ni, tapi segan pulak nak beli sebab kalau dah besar macam tu baik letak tong air je terus. Yang siap ada pili tu. Sapa nak boleh ambik. Dua gelas singgit. Boleh bisnes macam Ismail bin Mail dalam Upin Ipin.

Check out this! Semalam sampai office terus buat. Gigih tak gigih la kan? Haha.



Strawberry + blueberry + mint leaf
Yang ni I punya. Memang best la combination berries ni. Rasa dia lagi sedap dari citrus. Sebab citrus masam tapi kalau berries kos dia jadik mahal. Habes ni dah. Minggu depan pulak beli lain. Pulak tu tamak. Selagi muat kau nak masukkan dalam tu kan?


Yang ni Ira punya. Lemon + Orange + Mint Leaf + Honey. Peringatan. Kalau nak elak dari masam menggila, one tall glass macam ni, one slice of lemon+orange dah cukup. Kalau tak masam giler bila dah lama-lama.


Green apple + Lime + Mint Leaf. Ni sorang lagi, selagi muat letak buah. Buah lagi banyak dari air. Haha. Kata Ira, kalau letak ice-cream soda lagi sedap ni Kaksu. Memang la lagi sedap. Tapi dah melencong la dari tujuan asal. Haha.


Eeeuw buruk giler bekas. Bubuh last skali la. Orang suruh edit lawa-lawa dia siap ada tarikh la apa la. Poyo jer Intan ni. Haha. Ni dia punya. Lemon + Mint leaf + Ginger. Ira la bising suruh Intan letak ginger sebab Intan kan banyak angin? Kalau sendawa dah tak cover line dah. Baaaarrrrk!! Lepas tu nak cover line dia akan cakap 'Apa ni korang? Tak senonoh la'. Haha.  Ginger elok untuk buang angin. Slice la nipis-nipis baru keluar flavor dia. Intan letak seketul macam tu je T___T pon boleh.

Seronok tau buat infused water ni? Sebab dia lawa giler la. Bila dah ada depan mata, kiter always rasa nak minum jer sebab lawa and menarik. So kadar pengambilan air pon akan meningkat seterusnya detox la. Bagus kan kalau ambik air banyak-banyak ni. Lepas tu asyik la kencing jer. Yang bab kencing tu tak tahan. I paling malas masuk toilet. Kalau masuk, sekejap je. Masuk and kencing pastu terus blah. Kekadang kalau pergi mall memang sekejap je I masuk toilet. Sazli pon pelik. Sebab I memang tak suka berlama-lama dalam toilet untuk small and big business.

Macam ni kena pakai pampers je la. Takyah gi toilet. Kencing je dalam pampers. Hahaha. Bongok. Pastu vontot pon menonjol je macam J-Lo. Macam pakai padding vontot. Baru la tonggek lebih.

So korang macam mana? Ada yang terpengaruh and sama-sama ber infused water dengan I tak? Kalau ada, nanti tag I dalam IG ok? Jom sama-sama kiter minum infused water untuk kesihatan! Wooo Hoooooooooooooo!!! Semangat neh!

-EnD-

17 comments:

Anna Dayana said...

T_T



Ann said...

tergoda tgk infused water memasing

xpernah buat..minum air kosong je 2botol..kt ofc rajin, kt umah malas..ikutkan g toilet kt umah la senangkan..toilet ofc leceh..huhuh

Irfa said...

teruja teruja
botol air besar dah ada
tggl beli buah je lagi

adda syuhada said...

cam sedap jer...

Lavender violet said...

kite pon minum infuse water arini kak su..tapi tk amek gambo sbb bekas tak lawa....ahaaks

Mimy Hamid said...

terpengaruh nk buat...cari buah dulu la

yayang laling said...

minggu pas rajen gak buat.
tapi minggu ni terus buat jus buah.
sbb husben da beli pengisar kat lazada. kehkeh.
semalam tembikai, arini epal ijau..
fuhhh

Nazratul Ain said...

salam su
infused water ni nak refill ke or lpas abis air kita makan buah tu then potong buah baru pulak lpas tu?

Chooyaya! said...

Ann : kalau berjaya minum air kosong 2 botol takyah infused water dah pon takpe. kaksu kena la buat mcm ni sebab becinta nak minum air kosong mcm tu jer. tadek motivasi. haha. ngada kan?

Chooyaya! said...

Irfa : kalau kat umah ada limau ke apa ke, apple ke, or apa jer la yang terlintas boleh je guna. hatta timun pon boleh. selamat ber infused water dear!

Chooyaya! said...

adda syuhada : tadek la rasa mcm milkshake. mcm air kosong tp ada flavor. best sebab dia cantik je. hehe

Chooyaya! said...

lavender : pergi beli bekas lawa, pastu amek gambar and tag kaksu kat IG.

Chooyaya! said...

Mimy hamid : Ko mulakan dengan bahan yang simple2 je Mimy. kang nanti kalo ko buat sorang2 tak boleh share bahan dah jadik mahal pulak. cam aku kongsi bertiga so kira ok la.

Chooyaya! said...

yayang laling ; itu la. shake and take tu mcm cool jugak, tp dah lari pulak konsep dia. kan?

Chooyaya! said...

nazratul : kalau buah cmm lemon, lime, orange tu boleh refill2 air dia tapi yg lembik2 macam kiwi, strawberry, mango semua ni boleh guna seharian je. lepas tu dah benyek n nampak tak lawa. tapi boleh la refill2 dari pagi sampai malam. lepas overnight dah kena tukar buah lain.

aifa nuris said...

salam, nk tnya kt mana beli botol kaca comel tu? :)

aifa nuris said...

salam, nk tnya kat mana beli btol kaca tu ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...