Thursday, June 12, 2014

Shein and Buffalo Wing

Assalamualaikum.

Bizi la skek harini. Kejar sana, kejar sini. Mengalahkan ADUN pulak kerja. Shein la, semalam dia main kat playground and lepas tu dia *begejun dari papan gelongsor tu, lepas tu dia jalan hincut-hincut. Kesian giler. Masa dia jalan hincut-hincut tu, I nak gelak ada, nak nanges pon ada. Mix feelings. Kata Saz, ‘Bubu betul ke Shein ni sakit kaki? Ke dia drama je? Sebab elok je main ni ha’. 

Pastu I kata, ‘Betul la kot? Takkan 18 bulan dah pandai drama?’ Skali Sazli jawab, ‘Yer la. Dia macam U la. Dia kan ikut perangai U? Kaki Drama?’ Sebab I sakit hati Sazli bagi jawapan macam tu and I bengang, I ambik kunci, baling kat dia. Lepas tu dia elak and I tak puas hati terus pergi kat dia, cakar-cakar dia kat mulut and hidung sampai darah-darah. Pastu Sazli pon buat report polis kata dia kena penderaan mental and fizikal. I yang buat. Eh,tu husband Abby Abadi. Bukan I. Silap. Haha.

So sebab pagi tadi Shein ada hincut-hincut jugak lagi and allergic test punya result kitorang tak collect lagi so terus la bawak pergi jumpa Dr. Adrian just to make sure that everything is ok. Bukan paranoid. Tapi prihatin. Paham?

Memang sejak Shein lahir, kitorang dah sign mati every month kena datang klinik. Kahkahkah. Ko ni memang ada-ada je kan Shein? So result all good. Don’t worry. Shein tadek allergic pada apapa pon. Usually dia akan bagi result if allergic to shrimp, cow milk, dust, cat, yolk, white eggs, nuts etc. So far so good. Shein is ok. Alhamdulillah. Jenis Mama la Shein ni, makan apa pon ok. Tadek allergic pada anything. Bagus Shein, bagus.

Shein berat dah almost 13kg. Patut la macam ada nak patah pinggang dukong dia. Tinggi berapa eh? Yang pasti meja mekap tu dia dah boleh la capai segala mak nenek make up I. Pastu brush blusher, dia buat brush kepala dia. Selagi bulu dia boleh penyet, dia penyet rapat ke kepala. Itu MAC Shein. Sampai hati buat dia macam tu. Nanti dah kerja nanti, bagi Mama brush macam tu lapan ok? Tak kira!


Sama naik debab dengan Mama eh? 

I dapat complaint kata kenapa blog I dah jadik blog makan-makan balik? Hehe. I pon tak perasan. Sebab tu memula harini macam nak share pasal makan dekat Las Carretas Ampang tu tapi sebab taknak obvious macam blog makan-makan, so takpe la. Tak jadi :p




 Buffalo Wing. I nak makan ni dekat Las Carretas. High Expectation sebab Lia cakap makan kat sini sedap tapi hampa. Fajitas pon hampa tapi interior, services tip top. Harga not bad. Lagi best kalau orang belanja. Kahkahkah. So Intan, your birthday nanti kiter buat kat sini sebab nanti birthday girl dia bagi pakai topi Mexico tu. And ada nyanyi-nyanyi as well.

**Begejun = terjun

-EnD-



5 comments:

Ibu Dhia Danial said...

haha tak kisah la blog mak mak ke blog makan makan ke, yg penting saya suka penulisan kak sue.. kompem gelak n senyum sorang sorang dpn pc ni.. hihi

Haris Zuhaina said...

AS Salam Sue
masa mula2 baca tajuk ni igt kan si Shein dah ada bufolo wing yg cam org bina badan tu..

Chooyaya! said...

Ibu Dhia Danial : Tenkiu. Nak Uweeeet!!

Chooyaya! said...

Ibu Dhia Danial : Tenkiu. Nak Uweeeet!!

Chooyaya! said...

Haris Zuhaina : Sebab tu kena baca sampai habes. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...