Friday, June 13, 2014

Lelaki Dan Sukan

Assalamualaikum.

World Cup dah start since pagi tadi and first game Brazil vs Croatia. I tanya Sazli, bila nak habes? Kata dia pertengahan July. MATI LA. Sebab sebulan ni memang dia akan control la remote. Naseb baik la I ada Astro PVR. Grey’s Anatomy dengan Junior Masterchef I dah rakam and bila free boleh tengok balik. Fuh! Sebulan ni memang makan tido bola je la. Sebulan la Sazli punya waktu tido akan huru-hara. Pagi tadi dia kata kat I, ‘I ngantok la. Kalau sebulan macam ni mati la’. Nak je I jawab, ‘Yang sebok nak tengok bola kenapa?’. Saje carik pasal. Kah kah kah.

Sazli sokong Brazil sejak dari duluuuuuuuuuuuuuu lagi. Every year mesti beli jersey Brazil. I pon kena la sokong Brazil sebab Sazli sokong Brazil. Kiter kena sokong suami. Tapi sebenarnya I sokong Spain. Ah tak kisah la. Bukan minat sangat pon nak tengok bola. Poyo je lebih I ni. Sembang kencang. Ni kalo orang tanya sokong team mana, jawab memang nak Brazil je. Tanya nama pemain sorang nanti senyum je. Takyah jawab. Haha.

Macam Intan haritu dia kata dia minat Drogba. I tanya dia Drogba yang mana satu? Kata dia yang putih-putih tu kan Kaksu? LOL. Last time I tanya Nadia, time tu Copa De America dia team mana, kata dia Liverpool! Dengan penuh semangat. Bersembur ice-cream I time tu. Perempuan memang comel bila cakap pasal bola. Mana yang jenis Wana lain cerita la. Sebab dia jenis perempuan rare yang bangun malam nak tengok bola. Lagipon dia lelaki dalam jelmaan wanita. Sebab dia sebenarnya ialah Daud. Tu nama lelaki dia. Apis yang bagi.

Well, I tau sapa yang tak layan bola tak paham pon sebenarnya cerita lawak kat atas. Tapi Drogba tu sebenarnya dia black ok? Macam mana Intan boleh cakap yang dia tu putih I pon taktau and Copa De America tu pulak ialah game bola sepak untuk South America. Country. Bukan Club. Liverpool tu club EPL. FYI, 12 negara South America yang main untuk Copa De America  antaranya ialah Uruguay, Argentina, Chile, Peru, Brazil, Ecuador, Bolivia, Paraguay, Colombia and Venezuela. Paham? Gigih I check dalam Wikipedia. Haha.

I rasa, perempuan kena tau serba sedikit knowledge pasal bola. Seriously. Taktau banyak tapi sikit kena tau jugak. Basic-basic knowledge je pon. Macam team EPL and team dalam Spanish League. Pastu kena tau 3 4 orang pemain bola yang terror selain dari Christiano Ronaldo. Lelaki lain cerita la. Sebab bagi I lelaki kalau tak minat bola dia memang lain macam. Sebab lelaki = bola. Tapi ada jugak lelaki yang tak minat bola tapi dia minat Tennis, Golf, Cycling. Boleh dimaafkan tapi LELAKI KENA TAU SPORT. Baru dia Man.

Itu pendapat peribadi I la. Satu lagi, kalau nak tambah markah. Lelaki dia kena kena kena aktif dalam sports. For me, dia akan nampak sexy dan gagah. Sebab I sendiri minat sport. I main netball, volleyball, futsal, acara balapan, lari dalam guni, main guli, main tenteng. Eh tak. Maksud I, if lelaki tu dia aktif dalam sport I rasa dia tak membosankan sebab dia ada minat. At least dia tau bersosial and ada time dengan kawan-kawan instead of dia duduk dekat rumah je.

But, ada jugak golongan isteri yang suka kalau suami jenis tak bersosial. Vice versa. Macam I, I suka kalau Sazli bersukan, and ada ‘man time’ dengan kawan-kawan. Lepak chill tengok bola, main bola, karaoke and etc dengan kawan-kawan lelaki aje. Tapi kena pandai manage time la. Macam tu. Bagus I ni. Sporting. Untung Sazli kawen dengan I. Kah kah kah.

Apa motif entry ni sebenarnya? TAKDE. Kbye.

-EnD-

U my man Shein! Future Golfer ni. Esok main golf pandai-pandai. Nanti kaya macam Tiger Woods. Ok? Boleh beli Mama kedai Prada terus.


Kata Drogba sambil tepuk tangan, Ye Intan, I memang putih sangat.

7 comments:

Anna Dayana said...

ngek kak tsu ni.. tak payah arrr...
Intan main sebut je, tak tahu pulak si mamat hitam manis..

Nina Zee said...

Haha! Alahai intan nie kelakar la..

Lavender violet said...

hahahcomel je intan kata drogba putih..
p/s : kak sue kite da update aym kunyit ade dapat tag tk? hahaa

Chooyaya! said...

Intan : Intan memang confident jer. Dengan cina apek pon panggil 'abang'. haha

Chooyaya! said...

Nina Zee : dia selenga

Chooyaya! said...

Lavender Violet : Alaaaaaaaaaaaaaa tak dapat! Awak private ig kot? :(

Lavender violet said...

ooo yeker...
haah laa.. patut la kak su tk dapat..
tkpe.. nanti esok2 kalau kite buat resepi kaksue lagi kite buat cmnie k #resepichooyaya hihikss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...