Thursday, July 10, 2014

Ikan Pekasam

Assalamualaikum..

Kata Sazli, harini bukak puasa dia nak makan ikan pekasam. Buat yang macam I buat last time. Ikan pekasam goreng. Pastu cili padi potong dengan bawang besar. Goreng sekejap bagi layu. Mix well dengan ikan pekasam yang digoreng awal tadi lepas tu perah asam limau. Dah. Itu je yang dia nak makan.

Last time, masa makan kat umah Kaklong, Along bawak dari Taiping. Ikan gelama. Memang sedap. Ni kat KL mana nak carik? Kata Sazli dengan confident, dia nak cari dekat Kedai Kelantan. Kedai Kelantan mana I taktau. Dia yakin tu dia akan dapat Ikan Pekasam. Haha. I tengokkan aje. Ada yang petang karang bukak puasa dengan kaki je ni. Macam Shein la. Sekarang hobi dia suka makan kaki sendiri.

Masuk hari ke 12 puasa ni, seriously dah taktau nak makan apa. Now kalau pergi Bazaar, semua juadah I pandang je. Dah tadekmacam zaman remaja dulu. Setiap kali pergi, mesti kiri kanan tangan penuh dengan plastic macam lapar sangat. Now dah tadek. Faktor usia mangkali.

Sampai dekat pukul 4.00pm ni, I still taktau nak makan apa untuk berbuka. Kot susah sangat nanti, buat aje sambal air mata. Makan dengan telur goyang. Setel.


-EnD-


Perrrghhhhh

4 comments:

Jan@Afzan said...

Menu macam ni yang sedap!

CT Humairah said...

ini kalo ngan nasik haaangat dapnyeeeeeeeee

Chooyaya! said...

Jan@Afzan : semestinyaaaaaaaaaaaaaaa. yg simple mcm ni la yg menyelerakan

Chooyaya! said...

CT Humairah : Kaksu suka yang tak berapa lembik sangat nasik dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...