Thursday, July 10, 2014

Common Sense

Assalamualaikum.

I kan, rasa macam wanita-wanita yang tak boleh puasa lepas tu check in dekat Mc D and letak dalam FB and bagitau dekat FB yang dia period and tak boleh puasa termasuk dalam golongan yang lantoi. Lantoi tahu tak apa dia? Macam selenga yang tak perlu. Tak comel kot? Kenapa yang dah sampai macam tu? Bangga ke tak puasa? Konon kalau buat macam tu, rasa dapat la membakar kawan-kawan lain yang puasa kan? Konon nanti kawan terliur  ke. Tapi sebenarnya by doing that, dapat menyerlahkan lagi kebodohan masing-masing. Pijak nak?

Kot yer pon nak sangat bakar kawan-kawan rapat, there’s always another way. Group whatsApp contohnya? Bergurau dengan kawan-kawan rapat dah la. Ni yang sampai nak bagitau dekat satu dunia  tu dah kenapa? Bila I jumpa something yang macam ni dekat FB, I just click hide. Tak payah baca. Amenda la hal period pon nak cerita kat FB. No best friend kah?

Sedang Siti Nurhaliza pon tak sebok nak bagitau pasal period cycle dia, Ko siapa yang sampai menda-menda persenel macam tu pon nak share satu dunia. Malu la sikit. Orang yang baca pon naik segan. Each time period, update status. ‘Today period first day. Dah lari 5 hari ni. Adoi.  Pastu update frequently pasal period termasuklah last day period.**Rolling eyes. Kalau nak share sakit lain macam cancer ker, kaki patah ke, ok la kan? Tapi period, seriously woman?? Malu la sikit.

One more pasal bangga-bangga tak puasa dengan semua orang termasuk stranger. Siap cakap kuat-kuat dalam lift, ‘Wei, aku nak balik makan la. Period ni’. Ya Allah. I rasa macam nak letak kepala dalam kain. Segan. Orang yang bercakap tak segan, tapi yang mendengar ni pulak berbulu. Dalam lift tu pulak lelaki tua muda semua ada.

Sebab tu kiter, dalam hidup ni kena ada common sense. But sometimes, I understand cara pemikiran kiter berbeza-beza. Apa yang kiter fikir, tak sama macam yang orang lain fikir. Sama jugak dengan I. Kekadang rasa macam bergurau, tapi ada pihak yang terasa. Bab tu, kalau ada kesedaran kena baiki cepat-cepat. And azam jangan ulang lagi. Menda yang tak perlu dicakap, tak payah cakap. Avoid argument. Cakap pasal common sense ni kekadang susah. Sebab tu ada orang yang tak kisah ketiak dia bau tungkik. Apa dia heran kalau orang lain tak selesa or nak muntah. Janji bahagia.



Susah kan?

Bab ketiak busuk jugak ending entry. Kah kah kah. I memang ada issue dengan orang ketiak busuk. Benci laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

-EnD-

2 comments:

ASLIZA said...

Akak..sy pun ada masalah ketiak kak ipaq...acane nak bgtau nie...kepam sungguh rasanya...hahahaha

Chooyaya! said...

ASLIZA : bagi dia surat layang. hantar kat office dia. ghahahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...