Friday, July 25, 2014

SELAMAT HARI RAYA!

Assalamualaikum.

I sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua readers blog ni (if any kah kah kah). Semoga hari raya tahun ini member seribu kebahagian dan keinsafan kepada kiter semua. Mintak maaf kalau I ada terkasar bahasa sepanjang I menulis dekat blog ni eh? Mungkin I tak sedar atau tak sengaja ke. OK? Kosong-kosong. Lekas salam.

Kepada yang memandu, berhati-hati di jalan raya dan kurangkan drama sebabak suami isteri dan banyakkan bersabar sebab hari raya adalah hari untuk bergembira bukan berduka nestapa. Gitu. Tapi dalam pada bergembira jangan lupa pada yang telah pergi dan yang kurang bernasib baik. Jaga diri baik-baik. Jaga pemakanan jangan sampai memudaratkan. Kalau suka makan kambeng pon, makseure jangan makan sampai pengsan. 

InsyaAllah kalau ada umur, kita jumpa lagi lepas cuti raya ok? Akhir kata, kalau makan sedap-sedap especially rendang kerang my favorite jangan lupakan adinda disini. Chewah. Shein. Kau beratur duduk depan lekas, collect duit raya. Ingat Mama ajar, duit yang size besar je tau? Kalau tengok kecik je, pulang balik. Hahahah.


-EnD-


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...