Monday, August 4, 2014

Hi Shein. Mama Rindu

Assalamualaikum…

Selamat Hari Raya Semua!

Tak sangka akhirnya kena pergi kerja semula harini. Pagi tadi masuk bilik air pon I menyentan-nyentan hentak kaki kuat-kuat tanda protes. Dah seminggu bercuti sekali nak masuk kerja balik perrrrghhhhh. Tengok pulak Shein kemain sedap tido mengerekot isap ibu jari. Bila I tarik jari dia, menggigil-gigil ok? Tau kan kalau kiter menggeliat macam mana menggigil tu? Ha macam tu la Si Shein.

Dia sekarang bukan main macam abang-abang sangat. Macam ongbujang. Selagi tak kejut, tak bangun. Semalam I kasik dia chance. Malas nak kejut. Pastu pukul 10.30 pon rilex je tido. Dah la bila bangun, dia akan golek-golek dulu. Gomol-gomol blanket dia sambil menonggeng. Giler bapak lama nak tunggu segar. I dah siap semua kerja sampai dah tadek nak buat apa kecuali mengadap dia je. Melampau kan?

Kata Sazli, tadi hantar kat nursery pon dia tak nanges. Rilex je. Tadek pon tanya Mama ke apa. Nampak kawan-kawan dia terus main. Sampai hati sangat Shein tak carik Mama. Batu belaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhh…..

Thank you Shein sebab jadik anak Mama. Bila Shein ada, Mama rasa macam nothing else matter. Asalkan U ada depan mata I, semua jadik ok. Makin lama makin sayang, makin cinta Mama pada Shein. Tak pernah pulak rasa sayang sehebat macam ni. Semoga kiter dapat bahagia macam ni sampai bila-bila ok Shein? Janji? Janji lapan kali!


Shein dengan cousin dia, Amsyar anak De. Kusyuk tengok Upin Ipin. shein debab sangat nampak pakai baju melayu macam ni. I suka hug dia lama-lama sebab rasa best dan Shein berbau macam cookies. Bau lazat. Tu yang sampai dia nanges I gigit lengan dia. Heeeeee

P/s: Duit raya Shein kiter 50-50 ok? Love U! Entry raya and gambar-gambar lain tunggu dulu ok? Tadek mood lagi nak berkarangan bagai harini. Nak pulak yang turun berat badan selama sebulan tu boleh naik ke berat asal dalam masa 7 hari. Hangen je aku. Meluat!

-EnD-

2 comments:

Anna Dayana said...

i tell u what aa.. u tetap gorjes as usual

xoxo
intankukesepian

Chooyaya! said...

intan kenapa kesepian? bila nak datang tido kat rumah kaksu? hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...