Thursday, August 14, 2014

Brownies Pengsan

Assalamualaikum

I cerita kan yang hari Sabtu lepas Kaklong Eliss tapaukan kitorang dengan brownies? I siap sorokkan dekat rumah takot Sazli makan. Hahaha. Busuk kan I? Last piece kitorang makan masa malam kelmarin. I panaskan brownies tu dalam microwave, pastu makan dengan ice-cream vanilla. Perrrghhh sedap gilers! Sehari sanggup tu makan dua ketul kecik sebab takot habes cepat. Asyik la bukak peti ais tapi jeling je brownies tu. Nak makan kang habes pulak. Sian I.

Now I tengah dalam proses untuk pujuk Kaklong ambik tempahan brownies and trifle. Taktau la dia nak ke tak. Hopefully dia nak la. A good  delicious food kiter semua kena share. Tak gitu? Biar semua orang dapat rasa macam mana sedapnya brownies Kaklong.

Brownies semua orang boleh buat. Tapi rasa sedap dia tu takkan sama. I setakat ni jumpa 3 brownies je yang melekat dihati. Satu yang Delico. Ira yang rekemen dekat FB. Tapi mahal sangat. Kecik je harga dia RM68.00 lepas tu postage RM15.00 so dah jadik RM83 untuk seketul kecik brownies. Tapi rasa dia memang nanges la bila makan. Lepas tu brownies Huda. Yang ni tak payah la nak cakap kan? Kepakaran Huda buat kek macam mana pulak kan air tangan dia? Cuma now Huda a bit bizi dengan Fikcles and dia pulak tengah sarat mengandung so I malas la nak ngada-ngada request macam-macam and now I jumpa pulak Kaklong Eliss and rasa brownies dia haritu terus masuk dalam list brownies paling sedap dalam dunia.

Kaklong kata nak ajar I buat Brownies, Trifle dengan Pavlova. Nanti boleh la bake sendiri dekat rumah. Tapi macam harapan je. I ingat nak cakap macam ni kat Kaklong, 'Kaklong bake, Su makan. Boleh tak?' Hahaha. Sebab I suka lagi makan dari bake tapi tools semua dah ada kat rumah since 3 bulan lepas tapi sampai kesudah tadek apapa usaha. Haritu ingat nak buat kek masa birthday Mak bulan 6 tapi tu la. Bukak cabinet, tengok tools lepas tu menung. Tak buat apa. So sebab tak buat apa maka tak jadik la apapa. Melainkan kalau I ada magic. tengok tools terus keluar kek. Haha.

So I nak korang check out gambar-gambar kek Kaklong yang I kidnap dari FB dia. Semua nampak sedap kan? Dont worry, rasa dia pon seindah rupa dia. Tapi tu la. Kaklong nak ker taknak ambik tempahan I tak sure. Takper. kiter boleh cuba pujuk dia. Kata la kalau dia ambik tempahan, korang semua kena order dengan dia. Paham? I paksa. Haha.




Chocolate cake ke menda ni? Telan ailio. 



Pavlova 



Tengok layered Trifle ni dah tau sedap. I pernah buat tapi tak la sedap macam ni. Yang ni siap ada fresh strawberry dengan whipped cream. Mana la tak sedap kan?


Cheese cake?


Pavlova dengan buah markisa. Omputih cakap passion fruit. Meleleh-leleh je buah dia. Kwahaja punya sedap ni.


On top of the list. A must try. Brownies. Masa yang Kaklong buat haritu tadek chocolate macam ni atas dia. Tapi tu pon dah sedap. Kata la ada siram coklat macam ni aku taktau la macam mana sedap dia. Pengsan kot makan? Sebab tu I namakan dia as 'Brownies Pengsan'

So amacam? Ada yang meleleh air liur dekat keyboard tak? Hahahaha. Nanti if ada any update pasal kek-kek ni semua, I akan bagitau korang eh? Sementara waktu tengok gambar dulu. Lepas tu nanges depan screen. Haha.

-EnD-

5 comments:

Unknown said...

kejam ni kaksu..
dan dan teringin nak makan..mana nak cariiii ni??

cikpuanfairul said...

kak su..nak belaja ngan kak long wat pavlova leh x....dah bapa juta kali buat ntah,still ntah pape rasanya..hahahahhaha

dilot said...

menyampah gile letak gamba kek meleleh2 gini.. meleleh2 ayaq liur oiiiiii.. tensennnnn

Unknown said...

Su u try usha fb page ni Yummy Banoffee & Other Delights..kek ngn brownies sumpah sedapppp. Pas try sure u will put it dlm list paling sedap dlm dunia u tu

shu said...

sy pun penggila brownies kak su..waaa, terlioqqqq..