Assalamualaikum
Happy 20 months old Shein! Semalam la tapi.
12/8/2014. Dah besar dah Shein! Mama tadek bagi apapa tapi Baba and Maktok dia
bagi kereta remote dengan selipar flipper. Selipar sepit kata Baba dia. Shein
suka sangat nak pakai selipar ongbesar kat rumah ni. And dia pon teringin nak
pakai selipar sendiri. Taknak orang tolong. Biasa la eksyen. Tengok semalam dia
pandai pakai and cabut sendiri. Good job son! Mama bangga dengan Shein.
Walaupon pandai pakai and lucut selipar je pon, Mama bangga jugak. Tak kira!
Rambut depan kena pendek sebab Shein rimas kalau panjang. Nanti dia garuk-garuk mata. So muka terus jadik kelakar.
Berlemuih! Ni tak mandi petang lagi ni.
Hidung tu takyah nak kembang sangat Shein
Macam muka Abah ke macam muka Mama?
Remote control car ni bagus sebab dia jenis tunggang terbalik. Macam mana pon dia tetap akan gerak. Shein suka giler main. Thank you Baba and Mak Tok. Mama kata kenapa now kenapa Shein selalu dapat lebih? Mama kata dia nak handbag ok bye.
Shein now dah almost 13kg. Kalau dia angkat tangan nanges rengek-rengek sebab nak mintak dukong, ada masa I buat bodoh je. Malas. Sebab tak larat. Lagi-lagi bulan puasa time balik kerja dulu, dia mintak dukong memang tak la. Hahaha. Nanges la guling depan I, I buat keras je. Sudahnya Sazli la melayan. Kalau nak dukong je takpe, ni ada pulak nak main suis lampu la. Dah tu kena diri lama-lama. Ewah engkau?
Pastu sekarang ni ada masa kalau I timang dia dengan sungguh-sungguh, nanti dia letak jari telunjuk dekat mulut pastu cakap ‘Shhhhhh shhhh’. Suruh diam. Sampai hati sangat T____T Shein kan now tangan dia sampai je nak capai telur dalam peti ais. Selamat la dah 2 3 bijik. Pastu kalau dia bukak peti ais mesti excited. Nanti dia akan susun kicap, segala sos atas lantai pastu tepuk tangan. Dia rasa hebat la kot kalau macam tu.
Bila dia nak tido, dia nak bantal kepong dia banyak-banyak. Kalau boleh tutup satu badan. Haha. Dah la tumpang katil orang, lepas tu nak letak bantal keliling, tu yang jadik I tido sejengkal je tu. Sabar jer la. Cerita kegemaran masih Upin Ipin. Itu memang ubat dia. Tantrum ke, or nak bagi dia diam, pasang je Upin Ipin. Settle. Naseb baik la Astro ada PVR. So I sempat la rakam a few episode Upin Upin. Itu yang sampai hafal tu skrip dia. Nyampah.
Makanan kegemaran? Semua. Semua dia makan. Time raya ni Shein suka makan nasik impit or ketupat segera tu. Kadang-kadang I bagi nasik kosong macam tu pon dia makan habes. Kadang-kadang I letak kicap, pon selera jugak. Tadek lauk lain. Memang kesian sangat. Hahahah. I still bagi Shein makan puree Heinz tu for breakfast. Sehari 2 botol. Alhamdulillah everyday dia akan berak. Puree tu baik untuk bagi dia tak sembelit. Kalau anak korang jenis susah berak, try la bagi dorang makan puree. Kalau malas beli je, kalau rajin buat sendiri pon ok. Macam Shein I bagi dia puree apple, pisang, pear and pumpkin.
I teringin nak bawak Shein pergi Zoo. Kena bawak jugak ni someday. Tapi now musim raya ni too many open house invitation so tak dapat la nak pergi lagi. Nanti dah habes musim raya I ingat nak bawak dia jugak. Kalau pasang gambar animal and animal sound dekat Ipad, dia super excited. Memang Shein suka binatang especially cat. Dia akan jinjing kepala dengan ekor. Kesian sangat kucing tu.
Bila keluar lunch or window shopping ke, depends on dia punya mood. Kekadang dia ok lepak join makan sampai habes but kekadang ada dia meragam. Abah now dah terror handle Shein. Dulu kalau Shein moody, cepat Sazli nak balik but now dia dah pandai tackle Shein. And now obviously dah nampak macam ada team orang lelaki dalam rumah tu.
I la best sebab Shein kalau dia suka orang tu, dia akan buli. Now dia buli Sazli kaw-kaw punya. Kadang-kadang bila dia dengan I dekat rumah ok je dia main, tengok tv semua. Sazli balik je terus la meragam. Nak dukong la, nanges la. Serba tak kena. Tapi dengan Abah je la. Dengan Mama ok and Sazli pon sabar je layan Shein. Dia kata macam ni, ‘Shein buli Abah eh? Abah baru balik kerja. Takpe la. Anak jantan sorang kan Mama?’
I tengok Shein dia lambat panas. Maknanya kalau pergi mana-mana ada kawan sebaya, dia lambat nak masuk. Dah 2 jam baru la nak berkawan. Tapi kalau dengan orang yang dia dah biasa main macam kawan-kawan dekat nursery tadek masalah. Bila nak kawan lambat panas, tapi bila dah berkawan well, good bye Mama. I carik U bila nak tido je ok? Sebab bila dia main, makan pon dia tak heran.
So, sekian sahaja cerita Shein hari ini. Sempena dengan 20 months old. I love U Sheindong! Semoga membesar dengan sihat dan jadik manusia yang baik ok? I love U so much! I love U till jannah.
-EnD-
6 comments:
happy 20th month shein.
semoga membesar dengan sihat dan hensem...
p/s: sebelum shein mintak, biar akak?? mintak dulu --- shein nak uweettt!!! hahaha
lawak la rambut depan shein. dah mcm abu bakar ellah dah.. hahaha.. takpelah, nnt mama buat pacak2 sket yeh.. baru abang kawasan.. gituu
As Salam Sue
Sat ja dah besaq,kan
Raya aji ni dah leh pakai capal
Ntah2 nak dapat adik kot, tu yg ngamuk kaki buli ;)
ieda iedana : hahahahahah dkt blog terus komen nak uwet eh?
azziah nawawi : taknak la pacak2. takot cicak jatuh nanti mati la atas rambut shein sebab tajam
haris zuhaina : adik dia tadek dlm plan lagi. tungguuuuuuuuuuuu
Post a Comment