Tuesday, August 12, 2014

Mama Kata Esok La Dia Peramah Balik - Part II

Assalamualaikum

Semalam dah pakai lawa-lawa untuk jadik penyambut tetamu Majlis Hari Raya Korporat tetiba sakit perut pulak.  Giler babeng punya sakit macam zaman-zaman remaja dulu je. Lepas lunch I terus balik. Memula plan nak rehat puas-puas, try to sleep skek macam yang diimpi-impikan dekat office (masuk bilik, tutup langsir bagi gelap, pasang aircond and on air purifier bagi wangi. Perrghhh)  tapi rasa macam nak ambik Shein pulak dari sekolah. Nak dia ada sebelah untuk teman and pok-pok I. Biasa la impian untuk anak jantan sowang tu memang tinggi. Turn out, Shein bukan jaga or pok-pok I. Dia kuda-kudakan I ada la.

Memula kudakan kat bontot. I kan tido mengiring? I buat keras. Sebab Shein dia jenis kalau kiter ketawa lagi dia himpap kuat-kuat. Dia ingat dia 10kg? Lepas tu dia up skek. Kuda-kuda kat perut. Perrrghhhhhh. Dia himpap-himpap. I buat bodoh je. Sekali member tak puas hati Mama tak layan, dia up lagi sampai kat leher. Dia kudakan I dekat leher T___T Hahahahah. Bongok la Shein. Terus la I gelak. I bangun, pastu I cakap ‘Sheinnnn! Mama kan sakit ni. Mama nanges nanti’. Pastu dia kata Ooo Ooo Ooo. Naik telunjuk buat macam warning I. Hek eleh. Orang warning dia, dia warning I balik. Sabar jer la.


Intan tu tudung dia, Ira pakaikan. Pastu nak kena amek gambar dia sampai 200 juta snap. Siap catwalk lagi. Berangan je kerja-kerja. Pastu semalam masa kat Menara yang sambutan hari raya dia tu, dia kata ramai cakap dia lawa. Happy la Intan. Haha.


Btw, ni baju semalam yang I pakai. Kain beli kat Nagoya je. Tdek Jakel-Jakel eh? Kiter golongan marhaen. Harga I tak ingat berapa. Tapi 4 meter ni tak sampai seratus. Upah baju kat kampong. Peplum macam ni sepasang RM40.00 hahahaha. Murah kan? Pastu tampal lace dekat Carefour. Untuk kat pinggang and lengan tu dia ambik RM80 tak silap I. Ke RM100.00 macam tu la. Actually kalau beli semeter baru dalam RM40.00 macam tu je harga lace dia, tapi upah jahit tu yang buat mahal. I pernah beli lace and jahit sendiri kat shawl. Memula rapat-rapat sangat. Bila buat setengah jam baru gerak 2 inci terus jahit jauh-jauh. Hahahah.

Ni first peplum I yang ikut ukuran badan. Nak siap bagi cantik macam ni puas la gaduh ngan tailor I. Sebab dia jenis susah hati kalau baju ketat kat tetek ke, lengan kecik ke, kain ketat kat punggong or lutut ker sebab dia kata susah nak angkat tangan, susah nak nafas,susah nak duduk, susah nak jalan. I bengang je masa siap tu, dia buat besar. Pastu I bagi dia baju and kain contoh, suruh dia ikut sama sejibik macam I nak ni, baru la dia buat. Ada jugak tu cakap susah nak angkat tangan semua tapi I cakap, takpe kak. Buat je macam ni. Sama sebijik ukuran dia, jangan lebih, jangan kurang. Sebab baju moden memang la cantik kalau ikut ukuran badan kan? I paling nyampah kalau bahu besar. Macam baju pinjam.

Sekali bila siap, lawooooooooooooo. Dia boleh buat macam-macam jenis baju. Kaklong pon selalu la tempah baju pwincess semua. Bagi je contoh, dia memang boleh buat. Tadek masalah. Intan selalu tempah dekat kakak tu jugak. Dengan Mama Intan, adik Intan sekali. Kata Intan selesa. Tak sama macam tailor dekat KL. Tapi I cakap siap-siap kat Intan, nak tempah baju kat sana ok. Tapi kena hantar sendiri. Maknanya dia kena la balik kampong dengan I jugak. Hahahha. Sapa nak kirim-kirim memang I tak layan. Sebab tadek keuntungan. Hahahah. Nothing persenel except business ok?

Ada yang komen kata kurus. Waaaarggghhh hahahahha. Tadek maknanya kurus. I gemok ok? Naseb je sebab I tinggi skek (tapi tak tinggi macam Ira) So berat 65 tak berapa nampak gemok jugak. Tapi tengok jugak jenis baju macam mana. Actually I dah meluat dengan kegemokan I ni. Seriously kena kurus jugak ni. Dapat 58 pon dah ok. Tapi kalau asyik makan acane? Hope Rejuvy ni dapat la bantu I hilangkan berat badan.

Ko tengok pempuan ni kalau bercerita. Dari hal sakit, ke hal baju, ke hal gemok I cerita. Kak Nam sangat! Nak pergi bancuh Rejuvy sekarang jugak. Hope dapat lose weight within 7 days macam yang dorang cakap. Chaiyok!

-EnD-

6 comments:

malinda sakura said...

HAI KAK.. best la cerita akak ni.. update blog selalu k..betul ke berat 65..tapi x gemok pun..sya 66 nampak sgt gemuk hahah.. n suruh intan update blog selalu.. i selalu chek takda pun update.. ok bye...

Mimy Hamid said...

kain jenis apa sue...nak cari gak la..mcm ready made je ko pakai

Chooyaya! said...

malinda sakura : betul la. gemok ok? nyampah tengok. intan tu tamak. nak entry panjang berjela2. tu yang dia draf sampai 2 3 minggu tu untuk satu entry.

Chooyaya! said...

Mimy hamid : jenis satin. tapi tadek la salin yang lip lap sangat2. murah je mimy. tp kalau skali upah lace semua sama je harga mcm ready made.

Irfa said...

kita pun stress tgk cermin skrg
ntah2 cermin pun stress tgk pompuan gemuk nih.huhu

Chooyaya! said...

irfa : tu la. kaksu pon dah bosan jadik pempuan gemok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...