Monday, August 11, 2014

Mama Kata Esok La Dia Peramah Balik

Assalamualaikum.

I harini belanja korang dengan gambar Shein je la eh sebab Mama Shein kata, dia sakit perut harini so dia macam malas nak peramah-peramah. Tunggu esok dia sihat ceria gembira dihari raya baru dia peramah macam biasa balik. Orang sakit memang macam ni, jangan ditanya banyak-banyak nanti dia bagi makan kaki je. Ni si Intan, ira, Dyba bising ni nyampah pulak rasa. Macam nak tunjal sorang-sorang. Naseb I sakit kalau tak semua tu dah kena dah.

Shein ni ha sekarang mood selalu swing je. Tu kekadang  kena fikir 2 3 kali kalau dapat invitation open house. Lagipon kesian jugak kat dia. Baru nak nap, dah terjaga sebab nak angkat bawak naik kereta or kalau dah tetido kat dalam kereta, nak angkat naik umah. And dia pulak kalau tak cukup tido mula la cranky. Bila dia cranky tak lama lepas tu Mama dia pulak la cranky. Cane?

Dua hari ni pulak, kitorang memang penat. Open house dari tengahari jejak ke malam. Itu yang bila tido tu habes semua suara kuda terkeluar sebab penat sangat. Dari dalam kereta memang terbayang katil je. Shein pulak dia agak katil tu dia punya sorang lepas tu tido melintang. And always melintang belah Mama. Abah dia gembira je tido belapang-lapang. Ni memang boys rules ke apa ni nak buli seorang wanita cantik macam I? Haha. Malam ni I nak masuk tido awal pastu nak try tido melintang siap-siap. Shein? Pandai-pandai ko la. Mama dah banyak kali tabah bila Shein tendang-tendang muka dengan kaki. 

-EnD-


Alif and Shein. Comel kan Alif ni? Geram nak makan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...