Wednesday, August 6, 2014

Rambut Kenteng Shein

Assalamualaikum.

Ni gambar terakhir Shein berambut panjang kenteng gulong-gulong sebelum kena chopped off dua hari sebelum raya. Sayang sangat rasanya nak potong tapi rambut Shein jenis kenteng kembang macam ni. Kalau kenteng lurus ke bawah takpe. (Abes tu takkan nak kenteng naik atas? Haha. Lawak) Ni tak. Makin panjang makin kembang. Kelakar. Dah macam baby singa dah pon. Haha. Pastu rambut depan dah nak masuk mata. Bila dia mandi, nanti genyeh-genyeh mata sampai merah. So kiter kasik trim. Depan potong and belakang potong seinci but kenteng dia tu ada la lagi.



Shein. Kenapa leher kedut macam ongtue?

Shein kenteng belakang je tau? Nanti kalau dia berlari rambut dia yang kenteng tu bounce. Nampak kelakar. And usually orang akan notice Shein sebab rambut dia la. Shein kenteng ikut Abah la. Kenteng rambut hakim yang gulong-gulong tu. Nanti jari boleh masukkan dalam lubang dia. Hahahaha.

Kata Sazli, ‘Shein, nanti kalau Shein dah besar. Abah bagi Shein kebebasan untuk bergaya. Nak rambut panjang pon takpe. Janji pekerti kena baik’. I jeling je tanda tak setuju. Nak argue dah malas sebab lapar. Bila lapar malas nak peramah sebab nanti tekak kering tambah dahaga kalau bercakap.

Time baby rambut panjang comel la. Kalau dah tua nak rambut panjang ada la nyampah jugak nak tengok. Hahaha. I taknak la orang judge Shein macam kutu. Well society kalau nampak rambut panjang mula la kata kutu jalan, tadek duit, orang jahat. Sian kat dia.

Tapi sebab Abah dia jenis kental and tak makan saman so takpe la. Ni aku nak citer pasal rambut Shein ke rambut Abah sebenarnya? Hahaha

-EnD- 

5 comments:

A.L.I.N.A said...

sama mcm anak dara saya..belakang je kenteng..dok heran la nape la rambut anak dara ni x panjang2...rupanya mmg panjang..panjang bila kite tarik je..huhuhuhu..depan rambut lurus..yg si abg rambut lurus plak...

Chooyaya! said...

lagi la kalau mandi n kena ayaq, nampak panjang dah. shein pun aritu dah lepas bahu

Suraya said...

hahahaha selalu je u lari dr tajuk kan sue..

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue.
nnt up gambaq baru rambut Shein na
Jgn jd cam Abu Bakar Elah sudah lah :P

Jan@Afzan said...

hai shein hensem..pic raya lagi hensem dan macho! uwet??? meh datang raya, ajak mama ek..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...