Assalamualaikum..
Harini kiter bincang skek pasal issue serious yang
sekarang rata-rata orang cakap pasal nak boikot barang-barang Israel. Korang
boleh Google sendiri and akan jumpa beratus-ratus barangan Israel yang terkenal
termasuklah dari jenama makanan, pakaian, barangan kesihatan, produk
kecantikan, kebersihan diri dan rumah, mainan, barang-barang baby and
semua-semua lah.
Yang kiter nampak sekarang cuma Mc Donald dengan
Starbucks je. Itu yang too obvious we Malaysian selalu cakap PADAHAL kiter tak
sedar ada banyak lagi jenama dari Israel yang kiter guna seharian. Lepas tu
cara mengutuk orang pergi Mc Donald macamkan dia tak pernah guna langsung
barangan Israel.
So, sebelum I cakap lebih panjang, demi untuk membuka mata kiter semua dan supaya
lepas ni jangan dah cakap menda boikot barangan Israel ni sarcastically and
berkobar-kobar tunding jari meludah orang makan Mc Donald depan-depan and
pandang dia dengan pandangan jijik, kiter cek dulu diri kita adakah kiter
benar-benar layak untuk menghina orang lain yang makan Mc Donald/KFC padahal
dalam rumah kiter pon melambak barangan Israel. Ok?
I senaraikan yang POPULAR sahaja ok? Ini maybe only
20% out of another 100% brand Israel out there. Untuk full products kena rajin
Google sendiri. I sendiri bila tengok list ni slap forehead sampai lebam. So,
here we go.
Rokok Philip Morris
Marlboro, Benson & Hedges, Winston, Dunhill
Makanan/Minuman/Restoran Segera
Coca-Cola, Mc Donalds, Burger King, Pizza hut,
Light Coke, Fanta, Sprite, Schweppes, Minute Maid, Nestea, KFC, Chilis (Good bye molten chocolate cake)
Nestle
MILO
(yes. Milo), Kit Kat, Nescafe, Maggie
(Ye Maggie ok?) Nestea, Friskies, Smarties, Lion, Coffee Mate, Milkmaid,
Carnation, Milkybar
Disney
Disneyland (Woo Hoo!) Good bye Disneyland Hongkong,
Japan, Baju jenama Disney
Pasaraya, Pakaian & Kasut
TESCO, Carrefour
*Big Smile, Nike, Reebok, Converse, cK,
GAP, Boss, Ralph Lauren, banana
republic, H&M (Perrrghhhhhh)
Telefon
Nokia, Apple
(iPhone, iPad, Macbook)
Danone
Evian, Jacob Biscuit, Danone Yogurt, HP Foods
(kicap sos segala), Oreo
Kesihatan & Penjagaan Diri
Johnson
& Johnson (Big slap to your face!)
Cosmetic/Designer
MAC,
Revlon, L’OREAL, Biotherm, Garnier, Maybelline,
Redken, Giorgio Armani, Lancome, Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Bobbi
Brown, Kate Spade
News Corporation
CNN, 20th Century (Lepas ni tengok movie
made in Malaysia jer ok?) Fox, Star, National Geographic
Kimberly-Clark
Huggies (huggies
ok?) Kotex, Kleenex, Scottex
Produk kesihatan dan kebersihan diri
Head & Shoulders, Pampers (Yes Mommies, pampers), Lux, Palmolive, Pringles, Vicks (Yang dok sapu kat dada anak time
batuk selsema tu), Oil of Olay
MARS INC
Bounty (coklat kelapa), M&M’s, Snickers, Mars,
Twix, Whiskas, Pedigree
HASBRO
Parker, Pokemon, Gillette, Star Wars Episode I,
Monopoly, Tiger
GILLETTE
Duracell, Oral-B,
Paper-Mate, Parker
COLGATE & PALMOLIVE
Ubat gigi
Colgate (perghhhhhhh!!!) Ajax, Palmolive
Makanan
Haagen Dasz, CAMPBELL, Kellogg’s & HEINZ (Ok Shein, say goodbye to
your Puree)
Barangan lain
FAB, Dynamo, Neslac, Lactogen, Twisties, Sunkies,
Cheezal, Toy R Us (Perrgh), Famous
Amos, Harley Davidson (Papa, U naik
motor Jaguh jer la eh?), 7-11, Levis,
GUCCI (Goodbye, beg yang ada sekarang apa nak buat?), AIA (Insurance
termasuk), Guess, Arsenal, Caltex
(Lepas ni isi minyak dekat Petronas),
So now macam mana? Ada yang terduduk tak? Tu
iPhone kat tangan and iPad nak buat acane sekarang ni? Barang-barang yang I
bold, I admit I sendiri guna/pakai/makan yang I sendiri tak pernah expect it’s
actually barangan Israel.
Ini pendapat I sendiri. Please jangan judge I
urban or poyo or pandang I dengan pandangan yang jijik ye? Lillahi I bukan
menyokong Israel tapi I bercakap mengikut akal dan logik.
Bagi I, kiter semua kena bebetul penuh ilmu
didada sebelum kiter judge orang lain pasal isu boikot memboikot ni. Kiter
tanya diri kiter sendiri which side kita sebenarnya. Adakah Pro or Anti Boikot.
Maksud I kat sini, kalau la kiter ni Pro-Boikot, buatlah dengan bijak dan
berpada. Kiter kata boikot barangan Israel tapi jangan la pulak kiter pergi
depan McD, pacak sepanduk depan tu, sapa datang kiter halau and marah, bawak
makanan luar masuk dalam McD sebab nak tunjukkan yang kiter boikot McD.
Konsep boikot tu sendiri kena betul. Dalam
bahasa mudah, kalau betul la nak boikot, buat la secara diam-diam, berhemah dan
tidak menyakitkan hati orang lain sebab kalau dah menyakitkan hati orang lain
lepas tu boleh memutuskan silaturrahim.
Apa yang perlu kiter buat ialah kalau ada
barangan yang I listkan kat atas tadi tu dah habes atau rosak, tak payah beli
dah. Bukan buang. Itu dah kira membazir. Jangan jadik too extreme. Macam ni la.
Kalau I benci Intan (Intan jugak yang kena), I boikot dia sorang-sorang, I tak
perlu hasut semua orang benci Intan. And kalau I bagitau keburukan Intan pada
sesiapa and kalau orang tu tak sependapat dengan I, I tak boleh la claim dia
pon jahat. I tak boleh tunggu Intan depan rumah dia lepas tu sapa lalu, I tarik
tangan suruh orang benci Intan. Sama macam konsep boikot Mc D depan Mc D punya
restoran.
Satu lagi, ada orang-orang yang I kenal, bagi
pendapat pada kawan-kawan I yang bekerja Nestle/Mc Donald/KFC supaya berenti
kerja. Dipandang sinisnya member tu sebab katanya membantu Israel bunuh ramai
orang Islam. Dibagi cadangan supaya carik kerja lain or bukak bisnes. Senang je
cakap padahal dekat rumah tu ada mulut-mulut yang perlu disuap, diberi makan,
dijaga. Itu kan tempat dia mencarik rezeki.?Jangan la menuduh, menghina
mereka-mereka yang dah bertahun kerja dengan Syarikat tersebut sebagai pembunuh
orang Islam dan sekutu Israel. Tak baik.
Bagi I, orang-orang macam ni kalau dia
bercakap, iyer kan aje. Tak payah bangkang. Kang nanti ada la keluar ayat, ‘Berjihad
la kejalan Allah dan bagi anak isteri makan dari sumber yang halal. Berhenti je
la kerja. Jangan risau, Allah bantu. Sedang cacing dalam batu pon boleh hidup’.
Kata la kalau dia ni tadek modal nak berniaga,
duit simpanan pon tak berapa banyak padahal monthly commitment amat tinggi. Tapi
dipaksanya supaya berhenti kerja (bila berhenti katanya jihad ke jalan Allah).
And lepas tu apa? Dia hidup susah, anak bini pon susah tak cukup makan. Kereta rumah
kena tarik. So, kawan yang bagi cadangan
suruh berenti tu nak bagi duit HALAL ke?
Dalam apapa hal kiter kena sabar dan jangan
terlalu extreme. Jangan sarcastic. Yang team boikot cakap pada team taknak
boikot, mereka ni sekutu Israel. Yang team taknak boikot pulak, kiter keluar
sikit pasal rokok Israel terus sentap suruh kiter buang iPad, Iphone segala.
Suruh masak guna periuk tanah sebab periuk pon banyak jenama Israel. Acane? Masing-masing
taknak kalah and takkan habis. Hentikanlah provokasi dan bersatu-hati dan saling
nasihat-menasihati dengan cara yang lembut.
Nabi pon tak ajar kiter menyakitkan hati orang
kan? Btw, ni I copy paste satu article yang elok dibaca pada semua yang nak
boikot McD dan judge pekerja McD sebagai sekutu Israel. Ini
merupakan nasihat daripada seorang saudara kalian yang turut memboikot semampu
beliau produk-produk yang menyokong pembinaan negara Zionis Israel.
1-
Hendaklah kalian fahami bahawa produk-produk itu adalah halal, tidak haram.
Jangan sesekali mengeluarkan perkataan produk itu haram, dan sebagainya.
2-
Jauhilah mengeluarkan perkataan-perkataan seperti 'Pekerja McD bekerja dengan
pembunuh, tak ada perkemanusiaan dan sebagainya..' Sesungguhnya perkataan
sedemikian adalah perkataan hawa nafsu. Mereka bekerja mencari rezeki yang
halal, dan bukan hak kita berkata sedemikian kepada mereka.
3-
Jauhi sifat-sifat buruk seperti pergi bawa makanan lain dan makan dalam McD,
atau saja-saja masuk McD untuk guna tandas mereka atas alasan untuk naikkan kos
operasi mereka, atau berkumpul di hadapan kedai mereka. Sesungguhnya mereka
membayar sewa untuk premis perniagaan itu, dan tindakan mengganggu kehadiran
pelanggan mereka adalah tindakan yang melanggar akhlak Islami dan melanggar hak
orang yang sudah membayar sewa untuk premis tersebut.
4-
Fahamilah, boikot ini satu ijtihad politik. Ia bukan satu perkara yang
qathie/pasti wajibnya. Ia akan sentiasa ada pro dan cons kerana ia satu ijtihad
dalam bab keduniaan.
5-
Ingatlah, saudara-saudara kita bukan hanya di Gaza, bahkan yang sedang mencari
rezeki bekerja itu.
6-
Memboikot adalah hak seorang pengguna. Kita sebagai pengguna berhak boikot, dan
ajak orang boikot. Tetapi kita tiada hak mengganggu perniagaan orang yang sah
dengan berdiri di depan kedai mereka, di pintu kedai mereka, apatah lagi masuk
ke dalam premis mereka, atau mensabotaj supaya kos operasi mereka meningkat.
7-
Saya memilih boikot, kerana itu hak saya sebagai seorang pengguna.Inilah
pendirian saya. TITIK. Wallahua'lam.-Mohd
Masri bin Mohd Ramli-
Dan I nak korang check out this blog, bagus
untuk dibaca sebab ada pelbagai persoalan tentang boikot dari sudut pandangan Islam. Klik
sini.
So now please Malaysian, stop la perli memperli,
membesar-besarkan issue yang macam ni. Hidup la dalam aman damai dan bersatu
hati. Wacey! I cakap pon dah macam Wakil Rakyat je. So sekarang paham kan apa
yang I cuba sampaikan? Senang cerita, Udah-udahlah bergaduh pasal isu boikot
ni. Terima lah kenyataan bahawa pendapat yang kita rasa betul, tak semestinya
betul pada orang lain. Lebih elok bersatu-hati dari bergaduh over something like
this.
Ok? Sayang Semua!!
-EnD-
16 comments:
terbaikkk!!!
well said kak sue :D
totally agree with u
p/s : bab ade intan tu kelakar hahaha...
Ok kaksu. nak uweeett!!
Double thumbs up for u dear... this is also what i think... cuma i x pndai menulis cam u tulis ni... apapun tahniah....
Kak sueeee! rasa nak PELUK CIUM kaksue skang gak sbb kaksue menulis apa yang yana tgh rasa skang~ well said kak sue!
Nak jihad?bleh...sila kan sbb kita pun nak bantu umat islam disana cuma boikot biar berakal...jgn boikot mcm ORANG TAK MASUK AKAL!
bagi kite kan Kak Sue, kalau nak boikot tu boikot la setakat yang mana mampu.. tapi hak individu la kan. setuju dengan apa Kak Sue tulis ;)
Lavender Violet : thanx. fi 5! bab intan tu kena tulis sebab senang nak bg paham
ieda iedana : tu je yg ko tau. duit duit duit!
Sha Aura : tq awak. i pon xpandai tulis sangat berbunga2. jz apa yg i rasa dari hati, i tulis (poyo giler jawapan)
liYana : bawak ngucap yana kot yer pon nak geng ngan kaksu sangat. i feel u. hahahaha
As Salam Sue
Betoi apa yg hampa tulih ni
Memandai nak keluaq fatwa, padahal Nabi Allah Rasulullah SAW seniri beli baju besi utk perang dari org jahiliah. Andai ada alternative produk, boleh lah. tp klu tak dak????
Tak dak pun ulama2/majlis agama Islam mana2 negeri bw kuaq fatwa.
Padahai org Israel seniri pun ada yg menentang perbuatan kerajaan depa.
Kalut dok pakai selendang Save Gaza, tp asap rokok dok mbuih kat org.. Ckp mcm confirm depa tu masuk syurga....
Fieda redzuan : sebab tu yg number 4 tu kaksu share.
4- Fahamilah, boikot ini satu ijtihad politik. Ia bukan satu perkara yang qathie/pasti wajibnya. Ia akan sentiasa ada pro dan cons kerana ia satu ijtihad dalam bab keduniaan.
well said! suka baca komen reader Su
(Liyana)
"Nak jihad?bleh...sila kan sbb kita pun nak bantu umat islam disana cuma boikot biar berakal...jgn boikot mcm ORANG TAK MASUK AKAL!"
Kita boikot secara diam je, jgn menyusahkan orang lain.. dan yang mampu. Memang kebanyakan jenama yang Su bagi tu ada je kat rumah & favourite, takyah dok buang terus.. habiskan dulu, lepas tuh beli jenama alternatif lain..peace yo!
sue nak uweet entry yb terbaik...dlm kehidupan seharian kita memang tak terlepas dari barangan ni semua....boikot la guna akal fikiran...bukan ikut2 orang
Saya rasa terhina bila orang cakap rezeki sy tak halal. suruh berhenti kerja cari kerja lain.. dapat gaji sikit pon xpe janji kerja.. sedangkan tiap-tiap bln kita ade komitmen yg mmg fixed..
i'm working with McD almost 8 years. and i believe our company nohing to do with israel.. orang cuma korek2 cerita lama..
tak kisah nak boikot.. jangan menghina je..
=)
well said dear
mmg skrg ramai yg cam ekstrem giler kot sampai naik takut aku di buat nya
betol tuh apa yg ada kat umah mmg duk pakai dari kecik kot ....
milo semer tuh kan ..
tipu la kalau kata ai mmg tak minum milo ....skalik pegi kedai mamak ....mamak milo kawww satuuuuuuu
pakai je sampai habis pastuh beli la yg lain
mmg ada alternative lain so kita slow2 cuba
aku pun boikot gaks tapi tak la sampai tahap cam canang kat fb ke insta ke blog ke aku pemboikot tegar
hanya Allah yg tahu niat kita
lebih baik kita derma kat tabung aman palestin n doa banyak2 agar saudara kita di sana di lindungi
dan takutkan kuasa kuasa besar sana yg kita pun mampu make a different
btul! i sokong entry ni.boikot biar kena cara. kena ada ilmu, bukan main hentam jeeee
Post a Comment