Wednesday, August 20, 2014

SAMAN at Levain

Assalamualaikum..

Gently reminder to all yang selalu makan dekat Levain

@#%^((*&%^$#@@!!



So kisahnya harini I nak renew roadtax. Sekali tak boleh sebab ada saman dari Polis. So I check dalam MyEG and pop! Terkeluarlah senarai saman. Nak nanges rasa sebab boleh tahan mahal nak kena bayar. Sambil sebak-sebak sambil cek date saman. Saman yang RM300 tu sebab I cium kereta depan and yang tu tak boleh nak cakap apa la sebab memang report polis sebab nak claim insurance. Walaupon orang depan brek mengejut tapi kalau dah nama I yang langgar, so whatever reason yang melanggar tetap akan salah. Ok. Bayar je RM300.00. Pejam mata.

Saman kedua I tengok date, and cek dalam diary time tu I makan kat Levain dengan Sazli, Mak, Bapak & Shein. (Eeee ada diary walaupon dah tua bangka. kesah pulak aku?) Surat saman tadek, and bukan saman yang speed AES tu. So I call Polis Trafik KL – Bahagian saman and Abang Pol cakap, I kena saman sebab illegal park. So I explen pada Saz. Saz cakap, it’s not his fault sebab dia parking guna Jockey Levain. (Dia sedar tak yang kalau dia bersalah atau tak, saman tu tetap dia kena bayar. Haha). So dia pon call pulak polis trafik tadi. 

Kata Abang Pol, Usually kalau illegal parking by jockey restaurant macam dekat Levain ni, dorang akan ambik surat saman yang polis letak kat wiper tu and buang. So kiter memang takkan tau until kiter nak renew roadtax kereta and tak boleh sebab ada saman. Pundek kan? Memang mengundang kemarahan ni! Dah la insurance tahun ni NCD 0% campur roadtax + saman pergh handbag Prada pon dapat siot! (Tapi bukan Prada leather la).

So now, terasa macam serik pulak nak makan kat Levain. Pesan I satu je. If lepas ni korang suruh Jockey Levain parkingkan kereta. Makesure ambik nama Jockey tu. Pastu check terus saman. Tengok ada ke tak. Within 3 days ok? Sebab biasanya 3 hari baru masuk system. Kata kalau ada saman, U pergi je balik kat Jockey tu, tanya dia kenapa dia buang surat saman yang polis dah lekat kat kereta. Memang tak boleh buat apapa dah but at least puas la hati. The Jockey gets busted!

Sebenarnya memang parking Levain sangat limited. Memang tak boleh nak buat apa dah. Guna jokey or park sendiri, macam mana pon memang Illegal Park if tak park dalam bangunan Levain tu. Macam tadek pilihan kan? Dalam Levain tu berapa bijik kereta je yang dapat parking pon. Ishk bengang pulak kalau diingat balik. Sesia je bayar saman. Nak sangat kan makan roti sedap kan? Fe-feeling kat Europe kan? Mendapat la kau saman.

Sentut la!


-EnD-

1 comment:

Aliah Ali said...

Tu la.. len kali pegi sana pkl 7.30pg.. byk parking kosong..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...