Thursday, August 21, 2014

Throwback Raya Dengan Kawan Sekolah Menengah

Assalamualaikum

Ni gambar throwback raya ni. Dengan kawan-kawan masa sekolah menengah dulu dekat Sekolah Menengah Jengka 10 (SMJX). Every year, kalau ada kelapangan and kena masa, kiter akan kumpul and jumpa. Setahun sekali je. Tapi tak semua dapat join la. Mana yang sempat kontek je. Dari 18 tahun lepas bebudak ni plan nak buat reunion bebetul tapi sampai kesudah tadek. Sabar je la.  


Dari kiri. Ratna Dewi, Idura (Wife Hasnolhisyam), Yours truly (kalau tak kenal memang carik pasal, Maksu (Suziyana), Wani dengan anak dia and Zura Harun.


Dari kiri. Adik (Faizal), Edi, Hasnolhisyam, Ijal Jaafar and Dodit (Suami Wani). Adik dengan Edi tak kawen lagi. So Intan? Apa tunggu lagi?

Dalam ramai-ramai kawan sekolah, yang paling special mestilah Wani & Dodit sebab dorang bercinta dari Form 3 kalau tak silap I. Tak sangka berbekalan sampai sekarang. Anak dah 3 dah pon. Jodoh kuat betul Wani and Dodit walaupon dulu kan kan kan? Wani pernah terjun sungai sebab gaduh dengan Dodit. Yang kelakarnya, time Wani terjun tu dia tak lemas sebab sungai tu sampai keting je. Hahahahhahahah. Each time ungkit pasal ni Wani mesti bengang je. Wani please jangan marah, nanti cepat tua. Love U Wani!

Sebab biasanya cinta yang lepas belajar, masuk alam pekerjaan baru la membawak ke jinjang pelamin. Very rare kan nak dapat bf zaman sekolah jadik suami? Jap nak ingat. Dulu I zaman sekolah ada BF ke tak eh? Rasa macam tadek. Maklumlah I dulu hitam, kening tebal straight macam sinchan. Gigi rongak, rambut kenteng sapa la nak. Biasa jadik tukang pas surat kat Kasmawarni je. Dia dulu hot wooo zaman sekolah sebab muka dia macam Lydiawati.

Tapi kan? Tak sangka bila dah besar ni, jadik not bad pulak. Mesti ramai yang menyesal reject I dulu. Kah kah kah. Gurau je tau? Kang ada pulak Anon komen kata aku muka ala kadar tapi perasan cantik. Kecik hati ai. Anyway! Hopefully kiter dapat teruskan tradisi kumpul ramai-ramai macam ni sampai bila-bila. Amin…..

-EnD-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...