Wednesday, August 20, 2014

Kids Tent For Shein

Assalamualaikum.

Shein kan memang dari kecik suka main khemah-khemah. Dia suka tutup muka dia dengan blanket busuk dia tu. Or dia nak I dengan Sazli masuk dalam selimut sama-sama dengan dia guna selimut besar kitorang tu. Kiter ongtue kan cepat lemas? So bila kitorang keluarkan muka dari selimut, marah la Shein. Dah satu hal pulak nak kena berpanas-panas dalam selimut ramai-ramai. Haha.

Sebenarnya dari dulu Sazli suruh survey Kids Tent untuk Shein. Kata dia biar boleh masuk 3 orang. Semua tido dalam khemah. Memang tak la I nak sebab khemah biasa panas kot? So drag drag drag until semalam punya kejadian yang kesian sangat. Shein dia ambik pelampung katak dia tu, letak atas badan. Pastu yang bahagian kaki tu kan ada 2 lubang kan? Dia letak bantal kasik gelap. Diam je duduk bawah tu. Macam seronok sangat. Kan pelampung tu ada 4 kaki kan? Nama pon katak. So dia stay la berdiri macam tu. Kata Sazli, ‘Dah la Bubu. Kena jugak belikan Shein Kids Tent ni. Kesian sangat dah kat Shein’. Haha.

So kitorang Google la. Tengok punya tengok, Sazli kata dia nak kids tent yang macam ni.


Siap ada terowong tuuuuu

Pastu I kata, besar sangat rumah kiter nak letak khemah besar-besar macam ni kan? Pastu kata Sazli. Betul jugak, kot nanti Shein lemas dalam terowong tu ke? (0_o)

Ok next. Sazli kata macam ni pun ok jugak. Pastu Bubu beli la bola-bola kecik, Shein boleh main bola tu jugak. Pastu I kata OK. Tapi sapa nak kutip bola-bola tu nanti?  Berdasarkan kepada pengalaman I, tak lain tak bukan Mama la yang kena kutip. Shein pulak jenis stress kalau bola masuk bawah katil/almari. Nak jugak-jugak keluarkan. Koser la nak bola-bola. Pastu nak tonggek-tonggek kutip bola bawah katil. Banyak lagi kerja lain. Unless ada satu bilik mainan yang wall dia ada gambar kartun. Ada buai. Ada kids tent. Ada pool bola. Ada gelongsor. Ada train. Pastu pastu pastu **berangan.


Alip tendang wau = sarkas


Please jangan bagi Shein keliru identiti Mama. Ok baiklah Shein T___T


Macam ni best, boleh muat 3 orang. Tapi rumah kena la keluasan 60 juta x 60 juta kaki


Mushroom tent! Baru seiring konsep dengan rambut Shein sekarang


OK T___T

So harini punya misi, lunch time kena carik la kids tent untuk Shein. Sazli kata suruh I amek gambar and tunjuk pada dia. Dia pon nak tengok jugak. Biasa memang macam ni la yang I perasan. Mainan Shein, mesti Abah sama naik excited. Haha. So kiter tengok hasil dia nanti eh?

But, sementara waktu Shein nak ada tent dia sendiri, kiter buat DIY tent for Shein. Macam ni.


Kemain menggelupur suka

Satu hal pulak I dengan Sazli kena diri pegang bucu dia. Sorang kiri, sorang kanan. Yang atas tu kapit kat kepala katil dengan dinding. Ko ni memang macam-macam hal kan Shein? Mama dulu kekecik main khemah-khemah pakai guni baja pokok kelapa sawit Atok je.

-EnD-

9 comments:

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue
Beli kan ja kelambu.. gerenti semua leh masuk n tak lemas :P

cik allord said...

hye kak su,selamat hari raya,kak su kite rasa bdk umur mcm shien ni mmg minat dia khemah kot coz anak kite pun sama,setiap mlm ajak main khemah pakai selimut,tp kalu setiap mlm blh pitam mak apak dia..ni pun plan nak beli yg khemah ikea tu..selamat membeli kak su :)

Jan@Afzan said...

Haha. Lawak entry su
Takpe shein, mama gigih cr tent untuk shein.
Nanti buat entry shein&tentt

ieda iedana said...

amboii suka nya muka shein tu.

kalau akak penat dok pegang bucu selimut, amik 4 bijik kosi kat meja makan tu, susun petak segi (pepandai la rupa cane) lepas tu tebarkan aje selimut atas tu. tadaaa!! jadilah instant khemah.
khemah ni boleh besar, boleh kecik sukati bergantung pada size tetamu.

lepas tu kalau orang dtg nak raya, suro je diaorg dok bersila kat lantai. takpun jemput sekali main khemah2 dengan shein. haha

gudluck kak! haha

Ann said...

kecik2 dulu gune bntal je buat ala kubu tu kan..

teringin juga tgk anak buah pny tent yg mcm sarkas tu..teringin nak masuk..tp sedar diri la..klu masuk roboh kot tent tu..kehkeh..

h@n@z@h@r said...

kat sini ade jual tent murahhh

https://www.facebook.com/emmireldstore/photos/a.714254425320537.1073741834.692123514200295/714254781987168/?type=1&theater

eda said...

heheheh nak kuarkan bola tu jugak jugakk eh , hahahaha .. perangai sape ler tu heheheh

Aliah Ali said...

KAYA BOLEH LAAAAAA! !!

mizlynaibrahim said...

Kte dlu kan pkai kusyen 4segi yang sarung bole tukar2 tu jee shein oii... hikhik.. susun2 jdi khemah kdg2 jdi kubu pertahanan..=P klau main kt luar pkai kain batik mak or kain pelekat bapak yg da koyak sket.. main bwh kolong.. memoryyy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...