Wednesday, September 17, 2014

Lunch dengan Yash (Onggile)

Assalamualaikum.

Tadi I tengok kat henpon ada 2 misscall dari Yash. Ala Yash I punya kamus bergerak yang masa dia buat thesis time dia mengandungkan Balqis dulu pastu suruh I upload entry pasal sesiapa nak volunteer untuk tolong dia siapkan thesis tu. Takkan tak kenal kan? Kalau tak kenal pon buat-buat la kenal sebab nak kena jaga hati Yash. Kata Yash tadi macam ni, ‘Maksu, nanti Maksu  akan masukkan gambar Yash dalam blog Maksu kan? Sebab Yash bukan apa, mana tau peminat-peminat Yash rindu Yash ke?’ So yerla Yash. Ni Maksu masukkan la.

Kat mana tadi? Punya panjang nak introduce pasal Yash kan? I call dia balik. Sebelum dia sempat hello I dah cakap macam ni kat Yash, ‘Yash, Yash boleh mintak apa je sekarang ni tapi jangan mintak duit or bincang pasal duit sebab ini issue sensitif’. Pastu Yash kata, ‘Ala Maksu, RM15k pon takde ke? Yash nak banyak tu jer’. Sentutttttttttttt ko la Yash. Meh la jual bulu Maksu ni kot laku RM15k. Hahaha.

Kata Yash dia kat Prince Court. Bosan. Asyik tengok dinding je. So dia ajak I lunch sama. I tanya dia, kenapa admitted lagi? Takkan mengandung kot? Kata Yash dah tu Shein nak adik, ni Yash bagi la. Tapi masalahnya kalau Shein nak adik, mintak je la kat Maksu. Yang dia mintak kat Yash sesusah buat apa? Tapi sebab bila dengan Yash kiter otomatik akan jadik berebut-rebut nak bercakap soooooooooooo I tak sempat  nak argue pasal tu.

Dah la paksa ok? I dah kata harini I nak makan ngan Kaklong sebab dah janji. Nak makan kt Kampung Baru. Esok boleh. Kata Yash, dia nak harini jugak. Kaklong ada pon takpe. Kalau taknak bawak dia makan, datang je visit dia makan dalam bilik. Pastu siap cakap jangan menyesal kalau tak sempat dah nak jumpa dia. Dah kronik sangat macam tu so I pon change plan, kata kat Kaklong jom la makan kat Levain. Dekat dengan Prince Court. Boleh bawak Yash makan sekali lagipon risau pulak kalau dia meroyan giler ker apa boring kat hospital tu. Dah la I dari office pergi jalan terus je masuk tunnel nak pergi KLCC. Dah satu hal kena lalu kat Pavilion segala sebab nak pergi Prince Court. Nyampah. Ini semua kos Yash! Bak duit!

So, masa otw nak pergi Levain, I tanya Yash kenapa dia admitted lagi. Kata Yash sebab nak buang satu kidney dia. Cara dia cakap nak buang satu kidney tu macam rilex je. Macam ni. ‘Eh, aku masuk hospital ni sebab nak cabut gigi’. Rilex giler babi nak mampos macam tadek perasaan. Macam buang kidney tu perkara biasa je. Bongok kan dia ni? I tanya dia, Apai (husband dia) tak sedih ke? Kata Yash tak pon. Biasa-biasa je. Yash je berlakon-berlakon sedih tapi Apai tak layan. Dia cakap sesambil mata melilau carik toilet dekat Levain. MACAM TADEK APAPA YANG BERLAKU. I syak Yash Autism. Sebab tu dia heartless.

Bila dah duduk, makanan dah sampai Yash cakap, dia ok je buang kidney dia ni sebab bila ada dalam badan, kidney dia dah tak function so dah jadik macam parasite. Selagi ada dalam badan dia, selagi tu la kidney dia tu buat dia ada health problem. Takkan la asyik nak mc je? Nanti boss pon menyampah. So baik buang. Kata Yash sambil makan cheesecake. Kaklong tanya dia, dah tu nanti tadek kesan sampingan ke? Yash rilex je jawab, ‘Tadek apa sangat. Cuma letih je la’. Pastu I pulak yang cakap, ‘Nanti Yash kena la jaga makan. Tak boleh ada kencing manis, darah tinggi semua. Sian kidney sebab dia cuma ada satu je untuk buat kerja 2 orang’. Pastu Yash cakap ‘Ha a’. Dah aku pulak beria nak explen. Yang kidney kena buang rilex je.

Dia ni jenis redha dia tahap kata la kalau kena kidnap lepas tu kena acu pistol kat kepala nanti dia cakap kat ongjahat, ‘Bang, jap eh? Saya nak pi toilet’. Memang tadek drama nanges ke apa. Tadek. Yash cakap kat Apai, ‘Yang, kalau operation ni gagal, awak jangan la kawen lain ye?’ Pastu kata Yash, Apai tak jawab and lepas tu Apai kata, ‘Saya tadek janji apapa’. Yash bengang la. Kata dia macam nakkkk je kan? Hahaha. Yash bagitau la bebudak Cookies lain, (I cookies jugak tapi by invitation je. Sian sangat) yang Apai nak kawen lain. Pastu Nayang Wana cakap, ‘Takper Yash, kalau Apai kawen lain kitorang tak invite wife baru dia masuk group WhatsApp’. Pastu Yash kata, kalau macam tu korang restu la eh Apai kawen lain? Terus Wana blur. ‘Ha a eh?’ Hahaha bangang memasing.

Yash tu dia sedar tak dia sewel, pastu dia pergi tanya Kaklong, ‘Kaklong, redha tak dapat adik macam ni?’ Patut dia kena tanya Apai, redha tak dapat wife macam dia. Hahaha. Apai, kiter geng ok? Apapa hal call Maksu.

Masa dalam kereta nak balik tu kitorang borak pasal Fynn, Tri and Juna. Sian dorang bertiga kena kutuk dalam Instagram. Pastu ada Tri masukkan gambar Juna kat signboard ‘Early Autism School’ tu, ada komen kata lebih kurang macam ni, ‘Dah la bini mandul, dapat pulak anak cacat’. Kejam giler. I rasa yang komen tu setan sebab manusia tak komen jahat-jahat macam tu. I kata pada Yash, I rasa tak fair je. Sebab Fynn jaga Juna elok-elok kenapa dia autism pulak?’ Pastu Yash cakap macam ni.

Jap I salin balik. Dah satu hal pulak aku nak taip balik.

‘Maksu tau tak anak-anak yang tak boleh berfikir secara normal tu ahli syurga? Dan Ahli syurga akan tunggu Mak Ayah dia  dipintu syurga. Mak ayah dia CONFIRM masuk syurga sebab anak dia. Sebab dia baik la Allah bagi jalan pintas kat dia. Ingat senang nak dapat jalan pintas? Dunia ni sementara ja Maksu, Allah bagi dekat orang yang baik hati keselesaan dekat akhirat. Kita nampak macam tak adil untuk dia padahal Allah dah letak cantik untuk dia. Kita boleh tau betapa hati dia baik dan macam mana Allah bersama dengan orang yang sabar’

Tetiba I rasa macam Ibu Bapa yang ada anak autism tu bertuah sebab dapat jalan pintas ke syurga. I tanya jugak Yash pasal Farel yang lambat bercakap sebab I rasa Shein ni baru 2 3 4 patah perkataan je dia sebut macam Mama, Abah, Baba, Nak, Nyummmm (Makan), Fish, Dirty and Danger. Tak macam Amsyar anak buah I siap boleh borak cakap ‘Terkejut aku, kenapa Atok? Sedih ke? Nak pergi mana?’ Tapi kata Yash, usually anak lelaki sulong yang banyak masa dengan Atok Nenek dia akan lambat cakap sebab bukan dia tak pandai cakap tapi sebab dia MALAS nak bercakap. Senang cerita sebab dia manja.

Pastu Yash kata, Shein tu normal je. Baru 21 bulan kira ok la cakap banyak tu. Takyah compare anak sendiri dengan anak orang lain. Yang autism tu Maksu sebenarnya. Dah I pulak yang Autism. Bongok la Yash ni. Hahaha. Dekat Levain, Yash take away je untuk Apai sebab dia dah makan kat dalam bilik tadi. Giler melampau makan sedap kat hospital siap steak bagai. Gleneagles naper tadek steak? Ini tidak adil! 


I makan ni. Creamy Mushroom Spaghetti.


Kaklong makan ni, menda entah nama. Creamy bacon spaghetti kot? Tapi yang ni bacon halal. Kata Kaklong, 'Ni bukan bacon babi ni. Halal. Apesal atas spaghetti aku tadek sambal belacan?' Sebenarnya yang setepek merah atas spaghetti I tu chili flakes dalam olive oil. Kaklong kata belacan. Ngek.


Ok Yash, buat muka paling cantik. So ni la dia muka paling cantik yang Yash buat. Cantiiikkkkkkkkkk sangat *mata keatas, tangan kebahu'.


Eh apehal gambar Yash jer yang ada? Tak kira. Nak jugak masukkan gambar ni walaupon tadek kena mengena dengan topik. Haha.


Lepas hantar Yash dekat hospital, dia WhatsApp I, ‘Maksu, Maksu ok ke?’ Sebab tadi I macam emotional masa bincang pasal kanak-kanak autism. Dah Yash pulak yang tanya I ok ke tak, patut I la tanya dia ok ke tak sebab dia yang kena buang kidney.

Yash, I know u r strong person. Beautiful person inside out. Hang budak baik walaupon kadang-kadang ada rasa nak tunjal sebab selenga 24 jam tapi Maksu maafkan. Semoga Yash selamat menjalani pembedahan buang kidney Yash. Nanti kalau Yash dah operate, kalau dia baik hati maybe dia boleh share pengalaman dia and macam mana dia menjalani hidup dengan sebelah kidney. Semoga semuanya selamat ye Yash? Nanti kiter pergi Ostolia sama-sama.

Ostolia kalau nak sebut gaya Ami tau? O S T O L I A bukan AUSTRALIA. Hahahaha. Apai bangang! Maksu tau Apai baca ni sambil gelak lepas tu tak simpati sangat dekat Yash.


-EnD-

10 comments:

Mimy Hamid said...

kurang ajar mcm setan je komen macam tu...tak beradap ...emo ni...ok bye...hahah ...autiesme ada special...bukan cacat...so sad la pemikiran tak berakal mcm tu

eda said...

test .. td failed

eda said...

benci laaa td dh post tp failed .
bila test berjaya plakk cisss ...

btw, yash cantekkk sgt ( sory kasu) hahaha ...

yash sgt strong person n cool , i likee!!!
to yash , eda doa everything went well tau !!!

to kasu , kasu bertuah dikelilingi sahabat2 yg senget n sgt best !!
eda tumpang gembira n serap semangat persahabatn korg yee !!!

doll said...

maksu (titiba)..cantik orang nya yash nie, Insya Allah semoga selamat menjalani pembedahan dan dimudahkan urusan yash..

Suhaila abd manap said...

hi suraya sulatin...akak silent reader sblum ni...setiap kali baca posting awak mesti senyum simpul dpn PC...hihihi....kita org johor jugak...tapi bukan jawa...hahhaha..kabare wak!...jemput jengah blog akak...akak pun ada sorang anak istimewa.....tgok kat blog eh...selamat berkenalan choyaya!!..:)

Chooyaya! said...

mimy hamid ; aku kalau jmpa yg kwahajaq mcm tu mmg sakit jantung. kenot handle.

Chooyaya! said...

eda : i dah ckp kt u plz jgn puji orang lain cantik depan i kan? hahaha.

Chooyaya! said...

doll : hi doll. maksue here. yash mmg cantik, kurus, tinggi, selenga, bijak, mengada dan semualah ada pada dia. doakan yash eh?

Chooyaya! said...

suhaila manap : akak, mintak update blog selalu ok? jgn malas2. hehe. gimme five sebab sesama orang johor.

NUR YASHRINIE YAACOB said...

OMG..mcm neves plak nk reply..thanks semua yg mendoakan..Yash hold surgery tu lps consult dgn surgeant day b4 discharge lps dgr side effects and concequences yg bakal Yash face sooner or later..The surgeant himself feel reluctant to proceed lps go thru reports..Maybe Yash boleh share few tipsutk jaga bladder and kidney as being advised by the surgeant (Dr Chua)..Ladies, jangan sesekali holdbladder..kalau rasa nk pegi washroom, cpt2 pegi and clearkan bladder..air masak minimum 2.5l especially yg xpandai kira kalori makanan setiap kali makan..biar cpt2 flush out yg xpatut stay tu..apa lagi eh? jap lupa dah..ermm..oh yg dah kawen, selepas hmm *clear throat* minum air masak dan trus ke washroom clearkan bladder..ke4 reducekan penggunaan faminine hygene wash tu-pakai bila perlu i.e pms, hajat besar dan etc..akhir sekali makan makanan berkhasiat dan oh supplement sila rujuk pada Uro of Nephro dulu utk mengelak dari penyakit yg boleh menyebabkan renal anda problem nnti..tuja..Yash xsama yg maksu warwar kan pon..saya pemalu orgnya..hikhik..ni pon maksu yg suruh..bye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...