Petang-petang ni kalau dapat bantal empuk, tido dalam bilik gelap lepas tu pasang aircond perghhhh. Nama ayah Sulatin. Ongjawa pure duduk kat Serom Lapan, Muar tapi tido nak aircond je. Kemain..
Anyway hari Jumaat lepas yang kitorang otw nak balik Kedah tu Bapak tanya. Nak makan Mee Udang Kuala Sepetang or Nasik Kandar Kayu kat Penang terussss sebulat suara pilih Nasik Kandar sebab boleh pergi Penang. Lepas tu dapat naik Jambatan Kedua Pulau Pinang. Kitorang tak pernah lagi naik jambatan tu.
Mak pon excited. I Pon excited lepas tu nak cover malu pergi tanya banyak-banyak kali dekat Shein, 'Sheinnnnn kiter nak naik jambatan ni. Suka tak?' Lepas tu Shein pandang muka I kejap and sambung main. Dia sebenarnya tak excited pon sebab taktau apapa. Haha.
Masa dekat lepas Tol nak masuk Jambatan Mak asyik tanya, 'Bila nak nampak laut? Takdak pon?' Pastu Bapak cakap macam ni. 'Sila bersabar ye Puan-puan sekalian. Sebentar sahaja lagi kiter naik jambatan'. Hahaha. Hingaq dalam kereta.
Orang cakap kalau naik jambatan kedua ni, kiter tak nampak laut. Memang betul. Naseb baik naik kereta Bapak. Kereta dia tinggi macam lori so boleh la nampak laut. I agak kalau kereta rendah-rendah sport car memang nampak jalan je la. So now I berasa bangga sebab dah naik jambatan ni walaupon orang lain rilex je tadek riak ke apa tapi sebab kiter bukan oghang utagha I rasa I memang patut bangga. Hahahaha.
Yang paling bangga mestilah sebab dapat makan nasik kandar! Woo hooooo!! Ingatkan tak dapat makan sebab kali ni balik sat ja. Sapa yang nak layan pergi Penang semata-mata sebab nak pergi Kayu jer kan? So terimalah!!!!!!
Mak and Bapak tanya Su nak makan apa? Su nak makan ayam madu, sotong, telur sotong, ketam, udang and semuaaaaa tapi end up ambik ayam, sotong and telur sotong je sebab segan orang depan ambik ikan jeeee. Taknak la nampak lahap sangat. Haha.
Sazli amek lauk lebih kurang je. Tapi dia suka makan ulam lada besar sebijik tu. Giler hebat. Pastu pau mak punya ketam. Ooo Sazli ambik telur ikan jugak. Dia suka telur ikan. I suka telur err. Telur sotong. Hehe
Bapak makan udang lepas tu cakap no sharing. Eksyen. Mak pon suka dapat makan ketam. Dia tak suka makan kat kedai Mamak tapi nasik kandar kayu penang ni ada la exception.
Shein biasa la. Mengacau. Tapi Bapak rajin layan. Mak and Bapak sikit pon tak pernah stress kalau Shein cranky. Tengah makan pon Bapak boleh basuh tangan and layan Shein sekejap bagi dia atleast diam. Ngada la Shein. Memang manjaaaa dengan Baba and Maktok dia.
Ok dah kenyang. Jom balik. Tengok la dua beranak ni. Kamceng sangat.
Sebesar besar alam dia punya Tol. Kalau jem lagi taktau nak kata apa la. Imagine macam mana team buat jambatan ni perah otak sampai jadik macam ni? Nak pacak jambatan tetengah laut. Salute.
Cantik sangat! Time kitorang lalu ni kereta tak banyak sangat.
Nanti bila Shein dah besar I nak bagitau dia yang masa dia umur setahun semilan bulan dia dah naik jambatan ni. Mesti dia excited. Kalau dia tak excited siap dia. Aku tunjal.
-EnD-
No comments:
Post a Comment