Thursday, September 18, 2014

Resepi Ketupat Sotong

Assalamualaikum

Hari Selasa haritu Kaklong masakkan kitorang ketupat sotong ni. Perrrgh menggila sedapnya. Last I makan masa kat kampong. Dapat makan sekor je. Kaklong dia memang. Dah tau kat rumah ada 23 juta orang pergi masak seperiuk kecik je. Mana la nak cukup. Pastu bila De marah kenapa Kaklong suka masak sikit-sikit kata dia macam tu la baru best. Makan rebut-rebut. Baru appreciate makanan. Sentut dia la makan rebut baru best? Dia taktau Along kalau makan 20 ekor dia sorang boleh habes. Bela jin ke apa?

Kata kaklong, kalau nak masak ketupat sotong ni kena carik sotong yang bebetul fresh. Yang liat-liat. Kalau amek yang dah lembik nanti pulut dia terkeluar. Tak sedap dah. Lagi fresh lagi bagus. Kata Mak pulak, kalau nak bebetul fresh pergi la candat sendiri. Yang baru keluar dari laut tu terus bawak balik umah lepas tu buat ketupat sotong ni. Lepas dia cakap mcm tu, semua orang jeling dia. Melawan Mak, Melawan. Malam ni pergi tido luar. Haha.



Ketupat Sotong ni version manis. Kaklong sorang je yang makan banyak. Macam ngeri je sotong jadik macam pengat. Tapi I rasa sekor, rasa dia memang sedap.



Ketupat Sotong version biasa. Sedappp!!!

Ni resepi nak buat dia mcm mana. Senang and kacang mak enon. Pejam mata pon boleh buat jugak.

Bahan-Bahan
  1. Sotong dibersihkan (buang segala isi perut/tulang/dakwat). Kepala jangan buang. Potong kepala dia sampai mata. Tinggalkan janggut jer. Perghhh macam askar jepun. Potong keparaaaaaa. Mak seram.
  2. Beras pulut direndam at least sejam
  3. Santan
  4. Bawang merah dihiris
  5. Halia dihiris
  6. Garam/Gula
  7. Gula gerek & Daun pandan (version manis)
  8. Pencungkil gigi


Cara Membuatnya
  • Masukkan beras pulut yang dah direndam tu kedalam sotong. Jangan penuh sangat. Cukup sampai muat nak masukkan janggut sotong tu.
  • Cucuk dengan pencungkil gigi. Tak bagi janggut dia tertanggal.
  • Susun dalam periuk lawa-lawa.
  • Masukkan santan, bawang merah, halia, garam and sedikit gula.
  • Pastu masak la sampai santan dia pekat and almost kering tinggal kuah sikit-sikit.
  • Kalau version manis boleh masukkan daun pandan and gula gerek.


Semua bahan-bahan tu pepandai la sukat sendiri. Ikut la size sotong tu macam mana. Yang penting, santan kena menutup permukaan sotong. Ala sama macam masak kari ayam tu la. Paham?

Boleh makan macam tu je. Sazli makan 10. Malam semalam terus pening. Sebab pulut kan angin? Campur santan campur sotong memang melawan la lemak dia. Dia konsep dia sama la macam makan kambeng. Sapa tak tahan jangan nak makan banyak-banyak. I kali ni makan 3 ekor je (ofcoz I tipu). Haha.

Selamat mencuba!

-EnD- 

Gambar Bonus


Mak muka melayu jati tetiba anak macam cina jepun. Cane tu Mak? Betul kite bukan anak angkat eh? Haha. Mak dulu kalau I degil-degil time kecik dia selalu cakap, 'Ko degil-degil Mak pulangkan balik ko kat Tongkiat sana. Ko anak Cina. Mak jumpa dalam Tong Sampah'. Mak. Kejam sangat tu. Kot ye pon? Haha. Kiter semua ikut muka arwah ayah. Naseb baik. Kalau ikut Mak nanti jadik malap. Bila cakap macam tu kat Mak, dia ketawa je. Sebab dia confident orang hitam la cantik. Sebab tu ada istilah hitam manis. Iyerlaaaaaa....

3 comments:

Haris Zuhaina said...

As Salam
Sedapnya terlioq dah haih
Lagi sedap klu org len yang masak
kita ngap ja :P

Haris Zuhaina said...

As Salam
Sedapnya terlioq dah haih
Lagi sedap klu org len yang masak
kita ngap ja :P

Chooyaya! said...

haris zuhaina : kalau mcm tu mmg sah2 la terpalinggggggggggggg sedap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...