Monday, September 22, 2014

Resepi Shin Ramyun Yang Sedap

Assalamualaikum.

Stress pulak pagi-pagi ni teringat Ramen yang Kaklong Ellis buatkan the other day. Sedap giler ok? Sedap dari yang I pernah makan dekat Food Court Pavilion tu. Dah la kosong je cuma ada tulur tapi charge sampai RM12.00 semangkok, Sentut dia la. Padahal instant noodle je ponnnnn. Walaupon dia instant noodle tapi sebab dia Korea punya, kiter kena la panggil ramen bagi nampak up sikit. Tapi ramen tu sebenarnya dia bahasa Jepun kan? Ah lantak la. Sushi King pon biasa tipu kiter. Dia selalu pasang lagu Korea. Ingat kiter tak tengok Running Man la tak dapat beza lagu Jepun dengan Korea?

Ni kalau I cakap kat GF I ni, ‘Mak, today I masakkan U ramen’. Dia mesti bangga sebab rupanya selain dari pandai buat sambal air mata berdarah (Bloody tears chili paste kata Kaklong) rupanya anak dia pandai masak Korean dish. Tapi dia redha je la bila kiter cakap ramen. Sebab dia taktau pon sebenarnya ramen tu bahasa Jepun. Kalau bahasa Korea dia jadik ramyun. Eh? Noodle tu ramyun ke? Sapa Ongkorea kat sini tolong bagi pencerahan skek please.


Shin Ramyun Noodle Soup by Kaklong Ellis. Sedappppp sangat!



Kalau nak carik yang Halal, makesure packaging dia macam ni. Ning Shim - Shin Ramyun ok?

So I share resepi macam mana nak buat ramyun yang sedap. Biasa korang mesti terliur tengok dorang makan instant noodle dalam periuk tembaga pastu letak mee atas tudung periuk tu? Nampak sedap je kan? Haish. Tu la. Banyak sangat pengaruh tv ni. Ni semua salah Jun Pyo dalam boys Over Flower. Dah la rambut kenteng depan. Tipu je kenteng macam tu.

Bahan-Bahan
  1. 1 packet Shin Ramyun
  2. Sebijik Telur
  3. Black Fungus
  4. Kimchi
  5. Bak Choy
Cara Membuatnya
  • Sama macam buat mee meggie cepat dimasak lazat dimakan. Kalau nak kasik dia jadik fusion (cecece konon korea+Malaysia la), boleh la tumis bawang merah, bawang putih and cili padi sebelum masukkan perencah, black fungus and kimchi.
  • Bila air dah menggegelak masukkan la mee dia and lepas tu pecahkan telur and masukkan sayur. Siap!
  • Or if nak ikut original resepi pon boleh.  Sukat air ikut depat packet. Masukkan rencah and dried vegetable. Bila mendidih masukkan telur, noodles and sayur sebelum tutup api.

Sedap sangat-sangat! Ramyun ni pon dah ada pedas-pedas dia sikit and paling best sebab mee dia tak la cepat absorb kuah sampai jadik kembang. Try la buat sendiri kat rumah. BTW, Shin Ramyun ni is Halal and kalau nak beli, korang boleh carik dekat Jaya Jusco. Ada dekat sana. 1 pack kalau bubuh tumbuh-tumbuhan dan haiwan cukup for 2. Sampah sarap lain kalau nak masukkan, Terpulang pada korang, tadek sapa marah. Be creative ok? Letak udang ke, ketam ke, daun bawang ke, shitake mushroom ke. Ok?

So now kalau ada tetamu datang rumah, boleh buatkan Shin Ramyun lepas tu dorang mesti impress sebab kiter pandai masak Korean dish. Padahal….. Instant Noodle je pon. Haha. Tapi sebab Kaklong cook wilth love, I believe itu yang buat bertambah sedap. Thanks Kaklong for the recipe.

-EnD-

12 comments:

Maryam said...

Laaa halal ke. Sebab selalu sangat nampak tapi lalu je. Ingat idak halal. Leh la try hehe

Capt Lalok said...

choo yaya,.. kimchi beli kat mana? bg sample boleh?

adda syuhada said...

Aduh.. tergoda sudah tengok...mcm sodap tuh..:)

Umi Ain said...

Ooo halal eyh su?? So pasni bleh la ckp ngan hubby yg ni boleh mkn.. Slalu tgk cite korea teringin jek nk mkn ramyun ni..

Chooyaya! said...

Maryam : Halalan Toyyibannnn. Yussssof Taiyyyyob (tetiba)

Chooyaya! said...

Maryam : Halalan Toyyibannnn. Yussssof Taiyyyyob (tetiba)

Chooyaya! said...

Cap lalok : beli je kat JJ jugak. tapi ada jugak orang islam jual kimchi. aritu mcm nampak ada jual dlm blog. cuba google. kimchi homamade

Chooyaya! said...

adda syuhada : apa lagi? malam ni kena la buat for dinner

Chooyaya! said...

Umi Ain : Ha a InsyaAllah halal. tapi yg jenama ni je la. nanti boleh cuba. ni kes terpengaruh dalam citer korea la ni kan?

Suraya Amir said...

Brpa ringgit satu pack sis ? Tlg belikn & pos bolehkah sis ? Hahaha

Klangkluzt said...

eh, pttnye gmbr ramen tu kene ade logo KMF..gmbr mcm masjid kt tepi..klu gmbr daging xhalal

Dynda Liena said...

Just nk bgtau.. klu beli makanan dekat supermarket ni, dyeorg TAKKAN campur adukkan yg HALAL dgn NON HALAL ye.. Bukankah dyeorg da ASINGKAN dan KHAS kan kt mana makanan NON HALAL..
Klu da megi, ramen, n yg seangkatan dgn nye tu disusun sama tempat dgn halal maknanya HALAL la.. So xpyh la risau.. Klu da duduk kt kwsan makanan halal tu.. Lg satu pastikn ade LOGO HALAL.. Dah hbis cerita.. xyah dok pk memanjang halal ke x.. Selagi x ade rasa was-was dan yakin halal mkn aje.. Nanti kempunan pulak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...