Wednesday, November 29, 2017

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang (Lagi)

Assalamualaikum..

Macam biasa setiap kali balik Kedah, I akan ajak Sazli makan dekat Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang. If tak sempat singgah time pergi, kitorang akan singgah time balik. Jarak dari Kuala Sepetang nak ke kampung Tok dalam sejam macam tu. Tak jauh sangat. Macam haritu, kitorang sampai ngam-ngam waktu lunch hour. I tengok Mak Jah ni makin lama makin besar. Dia dah extend kedai dia sampai belah sana and siap ada gerai-gerai cenderamata and ada Rela jaga parking. Masa kitorang datang tu orang ramai jugak. Kira 70% kedai penuh dengan orang and I jangka as typical kedai Melayu, sure service lambat punyalah. Sekali lepas order, kurang 10 minutes first dish dah sampai. Service laju giler weh! Dah la tu, bila repeat order mintak tambah Telur Dadar lagi sepinggan poooooooooon cepat. Sangat mengkagumkan! Gitew bahasa hahahahha. Naseb baik la makan dekat Mee Udang Mak Jah. Kalau tak, sure hati ini bengkak sebab haritu kitorang amek masa almost 9 jam untuk sampai dari Kuala Ketil – Kuala Lumpur. I padahal tido je sepanjang jalan lagi nak bising eh biarlaaaaaaaaaaaaaa. Sazli siap amek gambar I tengaga tido and send dalam group family. Kentut betul. Jatuh la reputasi I sebagai Siti Nohaliza. Buruk sangat rupa I tido. Patut la bila dah terjaga, I rasa mulut I lengoh rupanya I tido terngaga berejam mana la tak lengoh. I rasa drama Korea yang pempuan tido lawa tu semua penipu sebab I tido buruk. Hahahahhahaha. Padahal aku sorang tido buruk, lagi nak tuduh semua orang tido buruk. Macam Shein, dia tido muka nampak damai je. Serious comel. Rasa sayang sangat sebab cute. Tapi ko tunggu bila dia jaga, perrrrghhhh. Sakit jantung. Anyway, haritu masa dekat Mak Jah kitorang makan Nasi Putih + Lauk Udang. Mee Udang kita tak makan tapi take away la bawak balik KL. Nasi putih 3, telur dadar 2, Sambal Udang Special 1, Udang Goreng Tepung Special 1, Mee Udang Special 4, Air Teh O Ice, Air Milo and air kosong total bil RM99.00 bagi I consider affordable. Udang Special = Udang Besar.


Kitorang amek lauk ni je. Udang Goreng Tepung + Sambal Udang + Telur Dadar. Sazli memang jenis tak makan kuah so ok la. Sedap wei makan lauk simple macam ni.





Close up Sambal Udang. Bagi I sedap la Sambal Udang ni. Tak pedas, Shein pon boleh makan.


Yang ni thorbaek! Sedap giler Udang Goreng Tepung. Rangup!


Untuk makan Udang yang macam ni, memang sini la kitorang makan. Dekat Sungai Dua pon popular dengan Mee Udang. I pernah jugak makan but bagi I, sini lagi sedap. Dekat Kuala Sepetang ni pon banyak gerai Mee Udang tapi I tak pernah la try. Makan dekat Mak Jah ni sedap so stick la makan dekat sini. Isi Udang dia manis and Udang dia pon fresh sangat-sangat. Kawasan dia pon luas and dekat dengan surau, senang nak tompangsolat. Service pon cepat and bagus lagilah I suka. I macam biasa, belagak dengan Ain la bila makan Udang sebab dia suka Udang. Bengkak je hanti member. Lepas tu dia share gambar udang dia pulak, dah I pulak sentap. Apesal dia punya nampak lagi sedap? Hahahahahaha.


Tak aci la! Apesal ni nampak lagi sedap? Blardihel.

-eNd-

1 comment:

Nur Aishah said...

betul..udang ain pemenang. udang sue, pengalah. hahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...