Wednesday, September 3, 2014

VS Lagi?

Assalamualaikum..

Ada satu hari tu bebudak ni (Dyba, Ira & Intan) tak join lunch sebab dorang belagak dengan I sekarang ni. So I cakap pada Kaklong, ‘Ok Kak, kiter pergi makan kat Pavilion la. Ko haritu nak makan kat Pepper Lunch kan?’ Kata Kaklong ‘Okkkkkkkkkk….’ Lepas tu I pon dapat idea entah datang dari mana terus tukar plan, ‘Kak, VS la kak. Dah lama tak makan steak’. Pastu Kaklong terus jerit excited. Typical Jawa macam tu la. Ajak makan steak macam dapat makan tempe goreng tepung cicah sambal kicap. Eh. Apa kena mengena eh steak dengan tempe? Ah lantak ah.

Kitorang tak tengok menu pon. Sebab belagak. Dah tau dah nak makan apa.  Sebenarnya bukan belagak sangat (cecece) tapi sebab dah hafal dalam kepala since 2 months ago. Kiter dua sebut nak makan ribeye dari puasa lagi. Tadek siapa simpati nak belanja or bawak. Kaklong lagi kesian, ada sekali masa nak bukak puasa tu dia ajak la Abang Long, Kakyang semua berbuka kat luar. Kata Abang Long, ‘Ok malam ni Babah belanja. Dekat apa station tu?’ Kaklong punya la happy sebab member ingat Victoria Station sekali rupanya Satay Station. Waaaghhh Kah kah kah kah. Sian sangat.

Ni kira dream comes true la ni (poyo). So as usual kiter order Ribeye Medium Rare dengan escargot. I order mango juice and Kaklong order lime juice sebab kata dia potong semua lemak yang dia dah makan. Potong la sangaaaaaat. Hahaha. Sambil makan tu Kaklong kata, ‘Sian Kakyang, ni kalau dia tau ni mesti jeles ni. Nanti la aku bawak dorang makan sini’. I pon sama. Tingat dekat Sazli tapi sekejap sangat tingat. Dalam 10 saat je sebab bila makanan sampai I tak ingat apapa dah. Ingat nak feel makan steak sambil kunyah ikut sunah nabi 40 kali lepas tu makan sambil pejam mata. Over kan?

I’m not a well-done steak person (poyo lagi). Last time pernah try order medium well. Mengada sangat. Padahal sebelum ni memang makan medium rare sekali bila makan menyesal giler sebab steak rasa dah macam selipar jepun. Nyampah. Tau pulak kan I rasa selipar jepun macam mana kan? Pernah makan lettewwww. Hahaha.

-EnD- 


Tu mushroom tu I mintak saute mushroom. Tanya dia izzit canned or not? Dia kata not canned one madam. Ok. Sekali sampai tengok dapat button mushroom. Nyampah. Lain kali kena cakap, wild saute mushroom. Baru dapat yang cendawan macam pokok tu. Ni cendawan macam eeeeerr macam rambut Shein! Tak sedap.


Ni Kaklong punya plate. Dia ambik tumbuh-tumbuhan yang biasa. Kiter ambik potato chips sebab nak kena seiring dengan air lime tadi. Kan kata nak kasik potong lemak kan? Nampak tak permainan dia kat situ macam mana?


Escargot. Nama kampung dia siput gondang. Kalau makan, cedok je siput tu dengan garpu terus masuk mulut, kunyah 2 kali telan. Jangan peramah-peramah nak tengok macam mana texture dia ke apa. Nanti muntah sendiri tanggung. Haha.


Abby Abadi yang happy

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...