Thursday, September 4, 2014

Ketam Gemok 4 Ekor Bungkus Ikat Tepi

Assalamualaikum.

Ok la. Today nak cerita pasal Shein pulak. Asyik cerita pasal makan je. Korang memang kan? Kalau pasal makan suka je. Pastu nak kata I spam manjang. Haha. Anyway, I nak cerita jugak pasal makan sikit. Pagi tadi call GF. I tanya dia masak apa semalam, kata dia masak lemak kuning cili api ikan tenggiri campur dengan kacang bendir. I ingat malam ni nak masak tu la. Walaupon Sazli kurang suka masakan berkuah tapi takpe, we give a try macam mana. Kata Mak, Tunggu kuah menggelegak, baru letak kacang bendir. Lepas tu tutup periuk and baru masukkan ikan tenggiri. Nanti kalau masak lama-lama takot ikan tu hancur pulak. Kalau nak goreng dulu ikan tu pon boleh, tapi manis dia dah tadek sangat la. Ok chef! I ikut cakap U.

Sazli now memang suka makan kat rumah for dinner if tadek apapa hal kat luar. Malam tadi I tak berapa sihat so suruh Sazli beli kat bawah rumah ni je. Kata dia, tolong masak nasik je. Nanti dia buat nasik goreng. Dia suruh I rehat tapi kejap-kejap I jengok jugak kat dapur. Sebab risau entah apa jadik kat dapur nanti. Bila orang tanya ni nak masak nasik goreng apa sebab I tengok memacam menda ada atas dapur siap sos tiram tapi nampak macam dia potong cili padi? Dia angkat-angkat kening lepas tu cakap ada la ada la… Eeeee poyyyyooooo!!!

Nanti esok kalau Masak Lemak Kuning Cili Api Ikan Tenggiri tu menjadik, haruslah aku poyo letak dalam blog WALAUPON ada yang kutuk I cakap balik-balik masak ayam goreng kunyit tapi kesah pulak I kan? Hahahaha.

Eh kejap. Boleh tak cerita pasal Shein lain kali sebab I nak tayang gambar ketam yang Sazli belikan Sabtu malam haritu. Dorang makan kat Lala Chong. I tak boleh nak ikut sebab Shein demam malam so I mintak dia tapau some ketam for me dengan fried bun and pucuk paku goreng belacan. Pucuk paku tu Sazli kata ‘Paku pakis goreng’. Pon boleh la asal ada bunyik sama. I tanya Sazli, berapa ekor dia tapau? Kata dia empat ekor. Bubu makan puas-puas. Banyak ttuuuuuuuuuuuuuu. Ni bukan setakat makan, mandi ketam pon boleh.

Sekali sampai rumah nah hambek kau seplastik sampah size small dia bawak balik ketam tu. Dua hari berturut-turut I makan ketam. Naik pening dah. Tu I letak dalam tempat beku. Nanti bila nak makan, panaskan je balik. Dia tak basi. Jangan risau. Sama konsep dia macam frozen food. 4 ekor ketam tu sama dengan RM150 kata Sazli. Masa orang tu tanya nak berapa KG, Sazli kata nak 4 ekor sebab dia ingat kalo KG tu banyak sangat. Skali orang tu lagi bijak, dia amek 4 ekor yang besar dinasor. So almost 5kg kot sebab 1kg RM30.00


Ketam gemok. Kuah dia tu boleh cicah dengan fried bun. Memang layan. I mintak Saz order pucuk paku masak belacan sebab nampak kat belakang ketam tu. I tanya Sazli, 'Tu apa Papa?' Kata Sazli, 'Paku Pakis Goreng'. Hahaha.

Now ada banyak lagi ni. Nak makan ketam ni kena ada mood sebab leceh. Kena guna lesung batu ketuk-ketuk tangan ketam tu supaya dapat isi dia. Nak tunggu mood rajin tu sampai entah la bila. Unless ada orang nak suapkan. Macam sapa tu Datin Paduka Ina yang kawen Dato’ Paduka Gurmeet Singh (Pepandai aku bagi nama). ‘Semenjak saya berkawan dengan Ina setahun lepas, sejujurnya saya tidak pernah makan menggunakan tangan sebab Ina yang akan suap saya’. Masa I baca sekerat, dia kata tak makan guna tangan, ingat dia makan guna kaki. Hahahahha.

Kemain kan? Makan nak bersuap je. Manjaaaaaaaaaaaaaaa. Kiter tengok selama mana dia nak makan bersuap mcm tu.  Masa memula bercinta boleh la suap kecik-kecik. Bila dah sebulan kawen suap sebesar penumbuk terus. Hahahaha.Aik, ada macam bunyik jeles je? Mana adaaaaaaaaaaaaaaaaa.


-EnD-

2 comments:

sheila arshad said...

hahaha bab makan bersuap tu kelakau

Chooyaya! said...

sheila arshad : kelakau tp menyampah kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...