Tuesday, September 30, 2014

Winter cloth punya cerita

Assalamualaikum..

Sebetulnya kan masa Ahad yang I, Mak and Intan keluar tu kiter sepatutnya nak carik winter cloth untuk Mak. Sebab kata dia, winter cloth dia pakai sekarang dah off season. Kemain tau winter cloth pon kena ikut fashion terkini.. Kalah I. Haha. Mak selalu travel.. Ni yang dia nak beli ni sebab kata dia nanti nak pergi Hongkong and New Zealand.  (Jeles)

So I ajak dia pergi ZARA sebab now ZARA tengah buat sale for Winter cloth. Memula I rasa macam apakebenda Malaysia nak jual winter cloth. Laku ke? Malaysia kan panas? Ada ke orang nak beli? Jawapannya ialah ada. Orang tu ialah Mak. Haha. Boleh tahan jugak la harga winter cloth dekat sini. Semua above RM500. Mahaaaaaaal! Seb baik tadek size baju yang Mak nak tu dekat sini so dia terselamat.

Merata pergi dari Zara ke Topshop ke Winter Shop tadek yang berkenan. So kiter decide untuk menghabeskan masa pergi Parkson lepas tu Mak macam biasa dia hilang fokus. I cakap pada Mak, 'Mak fokus Mak. Kiter datang ni nak cari apa sebenarnya?' Pastu kata Mak, Takpe. Sebab dah alang-alang datang sini kiter kena beli jugak. So iyerlah. Kiter kena terima hakikat yang perempuan memang biasa hilang fokus. Maafkan la kiter wanita.

Jalan punya jalan dalam Parkson nampak la Laura Ashley selepas Intan hampir-hampir nak terbeli skirt dekat Melinda Looi yang 50% tu. Mak dengan Intan beria kelebet satu jacket kerja ni. Kata Mak, Su ambik la yang ni. Cantik. Sekali tengok harga Rm860.00 spontan I cakap palotak dia??? Hahaha. Terus Mak gelak kuat-kuat. Dia memang tau? I selalu kena remind dia suruh slowkan sikit suara dia sebab dia kalau syok sangat nanti suara dia makin lama makin kuat. Hahaha. 

If korang tau kat mana-mana ada winter cloth yang lawa-lawa and design tak macam Hongkong sangat let me know eh? I pon serba salah nak jawab bila Mak pakai jacket bulu-bulu kat colar tu pastu tanya sesuai ke tak dengan dia. Haha

-eNd-


Gambar ni sebenarnya lakonan semula. Sebab tu Intan terkejut muka lawa je... Padahaaaaal

12 comments:

Zareene Saifuddin said...

Su, try tengok kat H&M. They have winter clothes at reasonable price

aisha said...

carik kat sini...
http://www.kokkong.com/contactus.php

harga murah.. byk choice..

Nutasyah said...

Try Traveller for All kat Subang Parade or OU,typical winter clothing,tp ada je yg fashionable jgk..

A.L.I.N.A said...

H&M ngn Uniqlo..rega mampu milik lg...ritu saya beli kt uniqlo dr A-Z sume psl winter ade..

Anna Dayana said...

BUNDLE??? glurp glurp

Chooyaya! said...

Zareene Saifuddin : H&M paling dekat dekat Avenue K. Yes! Boleh try check it out later.

Chooyaya! said...
This comment has been removed by the author.
Chooyaya! said...

Aisha : Ok, thanx. Kaksu semsambil browse

Chooyaya! said...

Nutasyah : Kalau yang bergaya punya design, meh sini anak dia yang carik. sebab ongtue biasa dia nak basic design je. yg penting labuh and tutup dada lepas tu tebal

Chooyaya! said...

A.L.I.N.A oK. uniqlo ada dkt klcc. boleh try survey jugak

Chooyaya! said...

Anna Dayana : BUNDLE? Hahahahhaha. I ingat i ingat. RM5.00 je intan. muraaaaahhhhhhhhhhh hahahah

Unknown said...

kenapa kak intan macam dah kurus je??