Assalamualaikum.
Jumaat lepas kitorang makan dekat Johnny Rockets
Avenue K. Memang excited sangat sebab time queue nak masuk restaurant dorang
dah start joget-joget lagu Oppa Gangnam Style. Apa lagi, gedik-gedik dah vontot
kitorang kat depan. Si Intan dengan Kaklong pergi duduk kat pintu depan pastu
asal ada Mat Saleh lalu je nanti dorang cakap, ‘Hello, Welcome to Malaysia’.
Bangang sangat. Macam la dorang taktau sini Malaysia. Hahahahha
I noticed dekat sini most of dia punya staff is Philippine
punya orang. Dari supervisor, ke waiter waitress orang Philippine. I tak reti
cakap apapa in Tagalog kecuali Jericho Rosales. Eh tu bukan bahasa. Tu pelakon
dia. Haha. I tau Mahal Kita (I love U), Pangako Sayo (Promise) dengan El Amor No Es Como Lo Pintan.
Eh.Tapi El Amor No Es Como La
Pintan (Love is not as it look) tu kan bahasa Spanish? Bongok la
Intan. Hahahha. Patut la masa Intan pon sebok sebut lepas I cakap Mahal Kita
dekat waiter tu, dia tercengang-cengang je tak paham. Rupanya bukan bahasa
Tagalog! Hahahhahah. Bangang sangat ni!
Patut masa sebelum datang buat reservation so that
tak lama sangat la tunggu. Tapi sebab hari Jumaat rehat lama so tadek masalah
la. Kat sini banyak burgers dengan sandwiches je. Ayam and daging both ada. Lepas
tu kalau order burger dapat 2 sideline. Boleh pilih 2 antara fries, onion ring
dengan sweet potato spiral kalau tak silap. Air suam kat sini RM2.00 ok
segelas. Memang konsep dia tak bagi orang order plain water la ni. Kedek
sentut.
Portion memang besar. Kalau makan tengahari kenyang
sampai besok. I tak makan pon bun dia sebab tak larat. Makan patty dengan salad
je. Takot gemok. Cecece. Podah! Every 15 minutes nanti dorang akan joget. Best
giler. Kitorang la paling bising siap request fast song la apa la. Pastu kan?
Last sekali dorang naik tingkat atas, menari bebetul depan kitorang. Best giler.
Kaklong la spoil sebab asal dorang tepuk nanti Kaklong melatah. Haha.
Kata Kaklong ada sorang yang perempuan pakai tie
tu, almost do nothing accept menari je. Kata Kaklong nanti mesti supervisor dia
cakap, ‘Ko ni kerja joget je. Lepas ni buat OT basuh pinggan’. Hahaha. Intan
kata dia nak kerja kat sini sebab nanti boleh kurus sebab joget. Kata Kaklong
tak payah la sebab hari cuti pon kena datang kerja. Kena belajar joget lagu
baru. Hahahahha.
-eNd-
Intan and Izzy makan Bacon Cheddar Single. Intan
tanya Kaklong kuat-kuat masa sebelum order, ‘Bacon ni bukan babi kan?’ Sebab
dia pon sama selenga dengan Kaseh anak Kaklong. Asal tulis Bacon je cakap ‘EH
babi la. Mana boleh makan’. Haha. Sah-sah la sini halal restaurant mana la ada
pork.
I, Dyba and Kaklong makan Route 66. Burger ayam +
cendawan. Harga RM24.90 excluded tax.
Sedap! Tapi bun dia too gemok. Fries pon banyak. Ni kalau nak makan, kena datang
masa bebetul tengah lapar baru enjoy.
Ice Lemon tea RM6.90. Intan dengan Dyba share mineral water. Izzi tak share. Dia minum sorang-sorang sebab dia kena minum at least 3 liter air sehari sebab dia tengah diet (dia dah lose 16kg OMG). Kaklong macam biasa tak order air sebab dia minum kat office. Haha.
Wajib ada tomato sos senyum ni. Masa Danny hensem bagi sos ni dekat I, Intan upgarde ucapan dia. Biasa 'She's married', kalini 'She's married with one son'. Peramah kan?????
Kaklong ni dah la kaki melatah. Nak terpelanting sudu time orang tepuk-tepuk tangan depan dia time menari tu.
Izzy order bun yang wholemeal sebab sihat dari bun biasa. Tapi I tengok Izzy terror sebab dia habes makan semua licin. Hebat!
Intan gelabah tau? Sebelum datang makan kat sini dah siap google menu. Kata dia semua nampak sedap Kaksu, tapi Intan ada RM15.00 je. Pastu dia kata suruh Izzy bayarkan kalau dia terlebih budget. Dyba terus jerit, kata dia kalau Izzy nak bayarkan, bayarkan untuk semua orang. Baru adil. Haha. Dorang pau Si Izzy. Mementang la Izzy jenis tak melawan.
BERIAAAAA
Best kan? Eeee geram nak join. Sabar Kaksu sabar. Kata Intan sambil pegang tangan I. I kalau join, joget macam Pak Maon terus. Hahahahha. Korang tengok eh? Dari tukang masak sampai ke cleaner semua joget. Tu yang pakai cap palstik putih tu cleaner tau? Comel giler dia joget! Hahahhaha. Geram nak tunjal.
Sabar Pak Maon. Sabar.
2 comments:
Tulah meriah sgt time menari tu.tp ramai org komplen berger dia tak best so tak nah try.ni baca review rasa nak p try plak.
FAD
FadlinaMokhtar : Pergi sebab nak feel the inviroment je. Makanan mmg taks edap pon. Biasa2 jer.
Post a Comment