Thursday, October 23, 2014

Meleset-leset

Assalamualaikum…

Rindu plak dekat Shein bila semalam seharian berkepit bercinta dengan dia. Malam tadi super-duper perangai meleset menjadik-jadik sampai dia panjat badan and nak duduk dekat bahu I kalau boleh. Melampau. Pastu bila I baring kat sofa, dia baring dekat muka I. MUKA ok? Bukan nak share bantal sama-sama tapi kalau boleh lagi rapat muka dia dengan muka kiter lagi best. Ngek la Shein ni. Memula geram tapi tetiba rasa kelakar pulak. Bila I bangun duduk dekat lantai dia ikut. Panjat panjat panjat. I bangun pergi dapur and duduk bersandar tepi sinki, tak lama lepas tu dia datang panjat I pulak. Hahah. Pastu I masuk bilik baju, baring kat lantai pastu dia ikut and baring atas perut. Mongok ah. Hahaha. Sebokkkkkkkkkkkkkkkk jer!

Semalam Sazli tido awal sebab dia nak bangun pagi untuk tengok El-Clasico. Kata Sazli, ‘Boleh eh Bubu jaga Shein? Papa ngantuk.’ Pastu I cakap ok no problem. I lagi syok kalau ada Shein sama-sama time I tengok tv  cuma tu la. Shein jenis meleset nak mampos. Kekadang rasa semak. I cakap kat dia, ‘Pergi la duduk dekat sana. Berat la Shein. Sakit Mama’, pastu dia pandang I lama… And lepas tu ketawa. Haha. Maybe dia cakap no point Mama. I still want to do that. I tengokkan ajer perangai dia ni. Semalam masa dekat rumah Kaklong ada Auliyya anak Along, I pon dukung Auliyya. Shein masa tu tengah mamai-mamai baru bangun tido. Nampak je I dukung Auliyya dia sepak-sepak je kaki I. Pastu terus pusing badan tengok dinding. I panggil pon buat taktau. M E R A J U K. Memang kaki penjeles. Hahahah.

Acane ni nanti nak dapat adik Shein?



Kata orang Kemelah kalau baby comot, 'Berdanau'. Hahaha. Sheinnnn, berdanau dah ni!

Manje Mama

Masa malam Rabu lepas Sazli ajak lepak dengan bebudak Wakdan dekat Zam-Zam Restaurant area Damansara sana. Bapak la jauh dari Ampang tapi selesa la dekat situ. Kedai dia besar and ada tempat main pool. Dalam bilik pool tu ada kerusi panjang and ada aircond. So while bapak-bapak lepak minum dekat luar kami emak-emak duduk lepak dalam ni. Pastu tengok Shein dengan Altaav main kejar-kejar. Pukul 11.30pm I dah menguap 18 juta kali.


Aliah, Syikin (pregnant 6 bulan, mengandung anak yang ketiga stretch mark langsung takde - dimanakah keadilan dalam dunia ini), Siti Nurhaliza and Hani dukung Aliff.

Terus teringat masa zaman tadek Shein dulu. Kiter lepak sampai pukul 3-4am selamba je. Dari KL ke Setia Alam ke Kajang ke KL ke Kajang and balik KL semula. Buat semua ni dalam satu malam. Geng pempuan lepak kat umah Ema. I, Wana, Yash, Ema, Syikin, Aliah. Bebudak lelaki Apai, Saz, Apis, Cipel, Gofur, No pergi ke KL lepak minum dekat sana and carik hantu dekat Highland Towers, tadek ekrja kan? Pastu dorang patah balik Kajang nak kutip isteri-isteri and baru balik rumah semula kat KL. Kekadang 5.00am baru tido. Perrrghhh. Dulu la. Now pukul 11.30pm dah menguap. Acane? Nampak sangat dah tuwe.

Sesekali lepak macam ni seronok cumanya kena carik la tempat yang selesa untuk anak-anak as well. Hurmmm tak sabarnya nak ada rumah landed sendiri. Ada lawn, ada pool lepas tu ada BBQ area. Senang nak ajak kekawan berkumpul makan-makan sekali sekala. Kekadang kiter emak-emak ni kalau nampak anak cranky mula la nak balik je. So that bila berkumpul tempat yang selesa dapat la quality time dengan kawan-kawan. Kan?

So apa motif entry ni? Kbye.

-EnD-

4 comments:

Mummy Ayu said...

ni nk bg hint sheindong bakal dapat adik ke??

Chooyaya! said...

Mummy Ayu : mangkali la kot

FadlinaMokhtar said...

Tunggu dia masuk 2 tahun lebih nanti.ya allah serious double triple meleset.mmg wajibul bagi adik lol.
FAD

Chooyaya! said...

fadlina Mokhtar : mmg akan double triple meleset ke? kaksu rimasssssss hahahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...