Wednesday, October 1, 2014

Makan Berbunyi

Assalamualaikum..

Rasanya semuaaaa orang yang kenal I tau yang I memang tak boleh handle orang yang badan berbau. Perrghhh memang boleh bikin mood I swing one whole day. Nak pulak bila I berada dalam situasi yang I tak boleh nak lari kemana-mana. So nak taknak kena hadap. Redha jer la. Yang ni rasanya dah malas nak bincang sebab tak kemana. Nak sound, nak hadiahkan deodorant rasanya tadek guts so diam je la. Habes kuat pon nanti I duduk diam sorang-sorang lepas tu nanges. Loser giler.

Tapi sekarang I dah tough. Bau kepak ayam? Hanget? Tungkik? No problem. Bring it on bebeh! Tapi one thing for sure I akan jadik super-duper pendiam la. Sebab aura ceria dah tak boleh nak absorb dah. Sebab dia nak kasik balance redha dengan bau ketiak. Pahe dok? I agak kalau lama-lama macam ni I boleh jadik pasif terus kot? Sian sangat kat I. Kata la kalau bau ketiak boleh buat manusia normal jadik autism, I rasa I on top of the chart la.

Yang kedua. Makan berbunyik. Pecepet pecepet. Memang I berasaaaaaap jer dengar. If ada jenis orang yang makan berbunyik ni tergolong dalam golongan sapa-sapa yang I kenal, memang I tegur je. Boleh tak kalau makan tak payah berbunyik? Tak sopan. MELUAT OK? Tapi yang tak boleh nak tegur kira acaneh pulak? Redha lagi la eh? Cuma satu je la dalam kepala I fikir, ‘Kesian la kat isteri. Kena hadap bau ketiak satu hal, pastu tambah pulak rupanya suami jenis makan berbunyik tahap baik ambik pisau tikam je la dada’. Package. Macam mana eh dia main pondok-pondok kalau bau badan macam tu? Tak potong stim ker?

 **Standing ovation. Semoga syurga tempatmu isteri sebab redha mengahadapi situasi yang macam ni. I just can’t. I IS DIE! Ira. HELPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP

Btw, ni I copy dari satu blog ni pasal makan berbunyi. Kata dia, Mak dia cakap, if orang makan berbunyi ni macam Babi. Sebab babi kalau makan, dia mana pernah diam. Mesti berbunyi. Lagi hardcore punya statement. Sebetulnya I macam bersetuju apa dia cakap. Anyway Cik Ummi. I FEEL YOU.


Kredit to Cik Ummi

Tambahan : Klik sini untuk baca adab makan. Cara anda makan adalah cermin peribadi diri anda. OK?

-eNd-

6 comments:

Irfa said...

KECIK2 DULU SELALU NENEK TEGUR KALAU CUCU2NYA MAKAN BERBUNYI, SO SEMUA MAKAN DGN HATI2..

BeLLa de ViE said...

Kalau kite lah yang makan bebunyik terus kene sepak mulut tu dengan mama. Takde warning dah sepak terus nasib la nasi dalam mulut tu nk telan ke nak luek kan, sebab confirm makanan dalam mulut tu dah bercampur dengan darah yg terhasil dari sepakkan mama. Huuuuhuuuuhuuu..

Chooyaya! said...

Irfa : memang biasanya orang2 tua yang concern pasal makan berbunyik ni. apapa, kaksu rasa, pendidikan awal ialah dari rumah :)

Chooyaya! said...

BeLLa de ViE : hahaha. terus kena sepak ke? kalau buat mcm tu confirm sampai bila2 akan serik nak makan berbunyik lagi.

mommycha a.k.a kak jenab said...

hahahah.
entry buat I tergelak.
seyes.
I got the same probs...dan org yang makan berbunyi itu adalah ahli keluarga yang paling rapat sekali.
nak tegur malu..
ya allah! paling takbleh blah mase bangun sahur dikala suasa krikkrikkrikk pagi boleh la plak aku dengo bunyi mkn kecepet..kecepet kecepet tu....hai nangis dalam iman jela sambil dengar.
sobsss -.-"

love;
mommycha!

Cik Ummi said...

hahahaha

same lah kiteee xleh tahan bau ketiak neyh.

sep sep sikit !

Thanks and salam perkenalan btw :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...