Tuesday, October 28, 2014

Pelam Asam Boi By Yours Truly. #sayatakjual

Assalamualaikum.

Kan sekarang kalau tengok dekat FB and Instagram bersepah dengan Pelam Asam Boi ni. Dah macam viral dah. Sana-sini orang buat. Ongbandar yang susah nak dapat pelam dorang guna apple hijau (kesian sangat). Kalau apple hijau yang masam and rangup guna yang jenis granny smith. Ada yang campur dengan betik, jambu and macam-macam lagi. Bila tengok je gambar mesti kecur ailio. Tis Tis Tis. Tadah dengan tangan.

So sebagai rakyat Malaysia yang suka memeriahkan suasana maka I pon tak ketinggalan cuba jugak buat Pelam Asam Boi. De la kecoh kelapa ajak buat. Asyik ulang-ulang banyak kali cakap dia punya idea la apa la. Haha. Mangsa kena kait buah pelam and beli asam boi apa lagi kalau bukan Aiman. I agak setengah jam dia kain buat pelam ada la dapatnya cinonet jer. Dah la ada yang buruk. I agak dia kutip yang gugur. Bila second batch buat, De ajak kait buah pelam sendiri, 5 menet 2 besen kitorang dapat. Aiman ni kait macam mana entah.

Kitorang guna asam boi kaler merah. Tak syiok la sebab kaler dia jadik macam pelam tu pelam masak (tapi sedap). Pastu Aiman pulak dah la 18 jam carik asam boi dengan lada kecik. Bila sampai rumah, kata dia lada kecik lupa beli. Lepas tu patah balik pergi kedai. Sabar je la. Tukang kupas pelam ialah De, I dengan Sasha. Pastu si Amsyar mengacau. Dia suka la kerja merepek-repek ambik pelam letak dalam besen sana besen sini. Ambik air cedok dengan sudu masuk dalam tong sampah. Kerja merepek sebab nak sebok-sebok dengan kitorang.

I pon bebel, I cakap, ‘Amsyar ni kalau kerja merepek bagi la kat dia’. Pastu Mak pon menyampuk. ‘Ha a, kalau kerja merepek memang suka. Nombor satu, Amsyar, Sasha...... **Pause lama. Lepas tu sambung. Dengan Makcik’. (Makcik tu I la. Anak buah panggil Makcik). Pastu spontan De gelak. Hahah. Siot. I cakap pada Mak, ‘Beraaaani Mak cakap macam tu?’ Pastu dia gelak je. Sebab semua orang tau I kalau kat dapur if nak buat kerja tau bersila jer. Order pisau, order land-chop, order besen.

Lepas tu kerja nak buat kalau boleh yang renyah-renyah macam buat bawang goreng, potong sayur sebesen, potong tauhu goreng. Kerja-kerja macam tu I suka. Kalau hiris ulam untuk buat nasik ulam tu laaaaaaaaaaaaagi la I suka. Sebab duduk je. Takpayah berdiri and susah-susah. Hahah.

Anyway, ni resepi nak buat Mangga Asam Boi (Walaupon semua orang dah tau nak buat. Lantak arrr)

Bahan-Bahan
  • Pelam muda dalam sebesen kecik
  • Gula 6 sudu besar
  • Garam 1 sudu kecik
  • Cili Padi 7 tangkai
  • Asam Boi anggaran 30 bijik
Kalau korang guna sukatan ni memang just nice rasa dia. Tak pedas sangat. Sazli suka kalau manis lagi sikit, I buat pekak jer time dia cakap. Haha. Lepas dah siap semua, gaul-gaul bagi mesra and masukkan dalam bekas bertutup. Bubuh dalam fridge 3-4 jam lepas tu dah boleh makan. Jangan bubuh air sebab gula tu akan keluarkan air sendiri. Memang layan nak mampos.



Dapat 8 bekas kecik untuk 2 besen kecik pelam. I guna pelam kampung. Ishk. Time taip ni pon kecur ailio.


Fresh dari pokok tepi rumah Mak.


Gaul gaul gaul dengan asam boi lepas tu dia bertukar kaler.


Close up pelam asam boi.


Kalau macam ni punya penat kait pelam, pastu potong buah sampai kecut-kecut and jual sebekas RM5.00 baik takpayah. Hahah. So semua ni dapat RM40.00 jer? **Sedih. Haha.

Dapatla 8 bekas kecik. 4 De ambik, 4 I ambik. Sama banyak adil dan saksama, baru tak gaduh. Kata Mak, ‘Jangan lupa bagi anak Mak sorang lagi tu sebekas’. Anak dia sorang lagi tu ialah Kaklong. I cakap nak bagi 2 bekas, kata De tak payah. Sebab bukan dia yang buat. Hahaha. Kekecut tangan I potong pelam, sekali hadap dah selamat. Nyampah. Baik beli jer.


-eNd-

2 comments:

Dilla Jalil said...

alahaiiii..mmg meleleh air lior ni..mana pulak nk cari mangga muda??teringin pulak nak buat sendiri..

entah2 ku ganti dengan jambu batu je, beli dkt rnr tapah..ahahaha

Chooyaya! said...

Dilla Jalil : jambu tak kick sebab tak masam. tak best.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...